Tuesday, 25 October 2011

Jom buat cakepops..

gambar dr google

Dua tiga hari ni anakanda sorang tu duk sibuk nak cake. Asal balik dari taska je..sibuk minta cake. "Mama, nak cake, mama"..kesian lak. Saya lak, tak sempat2 lagi nak buatkan cake untuk dia. Ingat nak buat cakepops je...senang, sedap dan menarik. Dulu masa tolong suami business kedai roti, biasa jugak tengok the bakers buat cakepops.

Caranya mudah; hancurkan kek (apa2 flavour...saya ingat nak cuba kek pisang lak..hehe..ala, beli je yang dah siap), campurkan dengan jem atau chocolate frosting atau nutella (ikut selera kita)...sebatikan adunan. Then gempal2kan dia, buat bulat2. Pastu cucukkan sticks (sticks lolichocs tu). Then, sejukkan. Pastu, bolehla kalau nak coated kan dia dengan chocolate...letak kacang ke..choc rice ke...ikut creativity.

Dalam mencari2 idea deco cakepops, terjumpa cakepop maker, jenama Babycake. Chumil je..elok jadi bulat2nya. Best jugak kalau ada satu. Kat mana nak beli ni..mahal ke? Emm...rasanya kalau setakat anakanda sorang je yang nak makan..gempalkan sendiri je..huhu.

No comments:

Post a Comment