Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Friday, 28 December 2012

Muhammad dah nak sekolah

Asalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, minggu ni dapat selesaikan urusan pendaftaran sekolah untuk anakanda Muhammad Farhi. Kami hantar dia ke Sekolah Sri Pintar untuk pra 4 tahun. Sekolah ni tempat saya mengajar. Sekolah ni ada sekolah menengah, sekolah rendah dan tadika (pra). Saya mengajar murid sekolah rendah dan sedar tak sedar, dah 6 tahun saya berkhidmat di situ. Alhamdulillah, syukur atas nikmatnya.

Sebelum buat keputusan untuk hantar anak saya ke situ, saya berminat juga nak hantarkan anak saya ke beberapa tadika lain. Bayaran permulaannya pun lebih kurang. Cuma, kami di Sri Pintar ada kelebihan dari segi pengurangan bayaran yuran bulanan sehingga 75 %...banyak tu..hehe. Selain tu juga, saya lebih yakin dan percaya pada guru-guru Sri Pintar dan tekad untuk menghantar anak saya ke sana. Alhamdulillah, syukur tak terhingga.

Harapan saya, moga anakanda tersayang, Muhammad Farhi, hidupnya sentiasa diberkati Allah, diberikan kesihatan dan kebahgiaan yang sempurna serta menjadi anak soleh yang hebat & cemerlang dunia & akhirat..Ameen Ya Robb. Anak saya ni memang sangat aktif. Seminit tak duduk diam. Mulut pun boleh tahan becoknya...volume pun kuat. Kalau bercakap tu, memang susah nak berhenti...siap ada gaya dan aksi lagi. Risau juga dibuatnya. Bila difikir2kan hal ni, memang tak lena tidur. Macamana lah anakanda ni nanti di sekolah ? Harap2 tak menyusahkan guru2nya. Maklumlah, guru2nya semua sahabat2 saya. Apapun, saya perlu yakin dan percaya pada anak saya dan yakin dan percaya juga pada guru2nya. Moga ada hikmahnya.

Muhd dgn uniform sekolah Sri Pintar...kopiah belum ada..

Monday, 3 December 2012

Cuti Sekolah | Karenah Anakanda

Hari ni saya dengan anakanda ke PETRONAS (Kedai Mesra) untuk bank in duit ke a/c CIMB. Sebelum sampai ke PETRONAS, saya berkali2 pesan pada anakanda sorang ni;

Mama: Muhammad, kita nak pergi Petronas ni. Mama nak bank in duit jap.
Muhammad: Yeayy2...nak pergi Petronas. Nanti Muhammad nak beli Boboiboy lagi. Muhammad nak Boboiboy Petir. Muhammad ada duit ni <sambil tunjukkan duit syiling yang dia ada..hehe..ada la dalam 80 sen>
Mama: Muhammad, kan dah beli hari tu. Buat apa banyak2. Membazir je. Kesian kawan2 Muhammad kat Palestin takde mainan macam Muhammad, kesian kan?
Muhammad: <terdiam berfikir> emm...Muhammad nak tengok je..Muhammad x beli pun. 
Mama: <terseyum lega>

Sampai je kat Petronas (Kedai Mesra), saya pesan lagi...ulang2 ayat yang sama supaya dia ingat & faham. Masuk je kedai tu, dia terus berlari cari boboiboy. Alhamdulillah, dia takde cakap nak beli. Memang dia tengok2 je...macam window shopping..hehe. Lepas tu, biasalah, anak saya ni tak duduk diam. Habis dia pusing satu kedai tengok barang2 yang dia suka. Mulutnya tak berhenti2 membebel entah apa2...hehe..kelakar la anak mama ni.

Dalam sibuk menggunakan mesin cash deposit tu, sesekali saya panggil dia supaya dia tak melarat keluar kedai pulak. Risau jugak, sekarang ni musim culik budak kan. Tiba2, masa saya panggil dia beberapa kali, dia tak menyahut. Mulalah berdebar dibuatnya. Pastu dengar dia menjerit "Mama!! Muhammad kat sini la. Muhammad nak gula2 ni. Mama!! ada halal tak gula2 ni?" Kahkahkah...semua orang kat kedai tu gelak tengok dia. Suara dia memang kuat..macam mama dia..hehe. Kelakar la Muhammad ni. Saya pun belikan la gula2 tu. Kesian kat dia..memang ada halal JAKIM kat gula2 tu.
Muhammad Farhi...3/12/2012

tengokla tu..aksi apa tu..



Saturday, 20 October 2012

Tahniah Kelantan!

gambar dr mr google

Alhamdulillah dan Tahniah buat The Red Warrior dan Kelantan atas kejuaraan mereka dalam Piala Malaysia 2012 dan misi treble mereka berjaya dengan suksesnya. Sangat terharu bila melihatkan suasana stadium yang penuh dengan warna merah tanda sokongan rakyat Kelantan yang kuat dan bersemangat.  Difahamkan bahawa 3/4 stadium dipenuhi dengan penyokong-penyokong The Red Warrior. Mereka semua tekad dan berusaha untuk turun Shah Alam tidak kira yang datang dari Kelantan, yang menetap di Shah Alam sendiri, dan yang berada di mana jua (Perak, Perlis, Johor, dan lain-lain). Mereka yang berada di luar Malaysia juga turut menonton perlawanan tersebut melalui streaming. Begitulah kuatnya sokongan rakyat Kelantan, semuanya bersatu demi The Red Warrior, demi maruah negeri Cik Siti Wan Kembang. Tahniah! Allahu Akbar! 3x.

So, hari ni saya masak nasi berlauk gulai ikan tongkol bersempena dengan kemenangan Kelantan semalam. Hehehe...tak pernah2 masak nasi berlauk ni untuk breakfast. Tup2, hari ni nak masak lak. Biasanya, kalau nak makan masakan Kelantan ni, saya ke Padang Jawa je. Suka makan kat kedai akak Kelantan tu. Sedap sangat. Tapi, semenjak tak sentuh nasi ni, dah lama tak pergi kedai tu. Hari ni, saya masak untuk breakfast and lunch sekali. Lunch nanti, kalau perlu, saya tambah lauk lain.

gulai ikan tongkol...ada timun, cili api & telur rebus..
Gulai ni saya masak ikut rasa saya. Ikut bahan apa yang ada kat dapur. Bukan originally resepi Kelantan. Nak resepi ke?...hehe. Ok, jom semak resepi.

Gulai Ikan Tongkol Mama Farhi
Bahan-bahan:
Seekor ikan tongkol hitam (siripnya panjang.kalau tongkol putih, siripnya pendek)
4 biji Bawang merah
1 biji Bawang putih
1/2 sudu kecil Jintan manis
1/2 sudu kecil Jintan putih
1/2 sudu kecil Ketumbar
halia, lengkuas (banyakkan lengkuas dari halia)
serbuk kunyit
asam keping
santan pekat
timun (potong memanjang)
garam & gula/ gula melaka
*bahan rahsia -chicken stock (1/4 dari kiub)

Cara-cara:
  1. Blend bawang2, jintan2, ketumbar, halia, lengkuas. 
  2. Then, tumiskan bahan blend tadi sampai naik minyak dan cantik. Masukkan serbuk kunyit, ikan tongkol, asam keping. Ikan tu lebih kurang 600 gm.
  3. Biarkan seketika sampai air ikan keluar. Biarkan lagi sampai air ikan tadi kering sikit. Barulah masukkan santan pekat dan timun. Kacau perlahan-lahan sampai gelegak. Siaplah gulai kita. Pastu, boleh masukkan cili api, dan telur rebus dalam gulai tu. 
~Emmm...sedapnya dimakan dengan nasi panas2. Cili api tu gigit2 makan dengan nasi. Emm...memang sedap bak kata orang kelantan.."nyakut molek".
~kalau mak saya, dia rebus dulu ikan tongkol tu dengan asam keping dan garam. Rebus pun tak letak air. Api perlahan je...biar air ikan tu kuar sendiri. Pastu, gulainya tak ditumis dan tak letak jintan2...hanya guna ketumbar dan cili kering sikit. Kalau cili boh tak sedap. Then, masukkan semua bahan dalam periuk.
~Kalau guna kunyit hidup lagi sedap.

Saturday, 9 June 2012

Cucu ke 6 Hj Adnan dan Hjh Norazian

Alhamdulillah, 8hb June 2012, lahirlah anak saudara baru saya yang ke 6. Adik saya, Faridah selamat melahirkannya di Hospital Putrajaya pada jam 9 lebih, malam. Tak ingat nak tanya pukul berapa. Berat baby boy ni 2.88 kg.
baby boy...is sleeping soundly
Muhd ada sepupu baru
cium sikit..mmuah!!
excited tgk baby..tak lepas2..

Wednesday, 29 February 2012

Surprise untuk papa..

framed khat..size A4

Hari ni, saya hadiahkan hubby tulisan khat namanya. Saya tempah design ni dari kawan facebook. Hubby memang suka sangat dengan seni khat ni. Dia boleh tekun siapkan karya khat dia berjam2. Minatnya pada seni khat menyebabkan saya teruja tempahkan tulisan khat atas namanya. Khat ni namanya Diwani Jali...memang khat yang paling dia suka. Saya pilih bentuk ni sebab nampak unik.

Tadi, saya ke kedai printing dan printkan design yang saya tempah ni atas kertas keras. Pastu, saya framekan. Simple dan kemas...saya pun jatuh cinta pada kehalusan seni khat ni. Hubby apatah lagi...asyik sengih memanjang tengok khat ni. Cantik sangat katanya. Alhamdulillah, suka bila hubby happy camni.

Monday, 20 February 2012

Pemakaian muslimah yang sempurna

gambar google

Usaha & Ikhtiar

gambar xcantik..guna camera hp

Alhamdulillah...hari ni lega sangat rasa. Banyak kerja dah settle. Soalan2 exam dah siap semua. Lesson plan pun dah siap untuk minggu depan. Rumah pun dah dikemas...siap ubah layout. Saje2 suka. Entahla..kali ni rasa lebih bertenaga. Rasa nak buat banyak kerja. Biasanya, balik sekolah je..sempat masak untuk makan malam, pastu dah tak larat. Malam pulak, tidur awal. Tapi, kali ni memang rasa berbeza. Kat sekolah pun, siap berlari naik tangga ke kelas. Hehehee...kelakar lak. 

Lebih bertenaga
Terfikir2...sebenarnya saya perasan, sejak ambil multivitamin ni, dengan izin Allah, saya lebih bertenaga. Tapi, boleh tahan seleranya. Sebelum ni, tengahari saya tak makan nasi pun ok. Tapi, sekarang ni tengahari wajib makan nasi. Makan lauk aje tak jadi. Rasa menggeletar semacam je..sampai seminggu saya kena pedih ulu hati. Last2, saya makan juga nasi untuk tengahari. Cumanya, saya sikitkan kuantiti nasi. Makan banyak sayur-sayuran. Alhamdulillah, saya lebih selesa sekarang.

Pregnacare ??
Saya makan Pregnacare..multivitamin untuk rahim dan merancang untuk hamil. Makan sebiji je sehari. Saya beli dengan sedara dari UK. Kebetulan masa tu saya ke rumahnya di Seremban. Masa duk sembang2 tu, dia suggest saya ambil supplement ni sebagai ikhtiar untuk hamil. Saya mula2nya kurang yakin. Tapi, rugi pulak kalau tak cuba. Tengok pada nutritional info dia, saya beranikan diri untuk cuba. Mula2 tu, saya bawa product ni ke klinik, consult dengan doctor. Doctor senyum je kat saya..dia kata saya boleh makan product ni. So, sekarang ni, still duk makan pregnacare. Sekotak, ada 90 biji..untuk 3 bulan. Saya baru makan 2 minggu.

Usaha & Ikhtiar
Saya memang baru merancang2 untuk hamil lagi. Baru berkira2 untuk consult dengan doctor pakar. Masa nak mengandungkan anak pertama dulu, macam2 kami ikhtiar. Sampailah saya berjumpa dengan pakar sakit puan. Semua doctor2 yang pernah saya jumpa mengatakan bahawa saya normal, sihat dan tidak ada masalah untuk hamil. Yang tersirat adalah, belum ada rezeki untuk kami.

Macam2 doa dah dihafal dan dijadikan zikir harian, solat hajat bersama. Akhirnya, Alhamdulillah...Allah makbulkan doa kami...setelah 3 tahun perkahwinan, saya disahkan mengandung. Masa tu, macam tak percaya. Hubby belikan 3 pregnancy test. Ketiga2nya double line. Tapi, hubby tak percaya jugak. So, kami jumpa doctor untuk kepastian. Last sekali, barulah hubby tersenyum lebar.

Bila dah dapat anak yang pertama, hati ni rasa sangat2 bersyukur padaNya. Malu rasanya nak merayu lagi padaNya untuk anak yang kedua. Tapi, pada siapa lagi harus kita mengadu selainNya, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kawan2, jangan risau...Bagi yang belum menimang cahaya mata lagi..teruskan berusaha. Better kita jumpa doktor pakar untuk consult kita. Selain tu, jaga pemakanan kita. Makanlah makanan yang berkhasiat. Logiknya, badan yang sihat akan berfungsi dengan baik...Insya Allah. Andai perlu, ambillah supplement yang cukup untuk badan kita. Badan sihat, hati pun happy..ceria dan cergas. Selain tu, try juga berjumpa dengan ustaz2 yang merawat secara batiniah (Darul Syifa' ke....). Yang penting, think positive dan jangan putus harap dengan Allah. Tingkatkan usaha!..(hehehe...dah macam comment dalam buku record murid2 je).

Monday, 13 February 2012

Balik Kampung

Seminggu dua ni, teringin sangat nak balik kampung. Rindu pada suasana kampung. Rasa nak borak2 dengan mak, ayah, adik2 tersayang. Lepak2 atas katil...borak2, gelak2. Tenang rasa..pastu, petang2 keluar rumah..bakar2 daun, trim pokok2, siram pokok2 bunga, kutip buah2...seronoknya! Pagi2 pulak, keluar cari breakfast...rindu kat nasi kerabu, solok lada, nasi dagang, nasi tumpang, akok jagung, sardin gulung..huhu.

Sesekali bila teringat nak balik kota bharu, memang menitis air mata dibuatnya. Rindu pada saat2 kami sekeluarga berkumpul & bersama. Sedar tak sedar, dah lebih 5 tahun saya di klang valley bersama suami dan anak tercinta. Ingat lagi masa mula2 kami tinggal di damansara damai selepas 8 bulan perkahwinan, saya pada mulanya tak dapat sesuaikan diri untuk berjauhan dari mak ayah. Kerana sebelum tu, kami suami isteri tinggal serumah dengan mak ayah di kampung, kota bharu. Apa lagi, hampir setiap malam saya menangis rindukan mereka. Sampaikan hubby cakap "...kan abang ada ni..nape nangis2". Kesian lak..masa tu tak terfikirkan perasaan suami disisi. Walaupun hubby disisi, tak sama dengan rasa rindukan mak ayah di kampung. Hehe..tu cerita 5 tahun yang lalu.

Sekarang ni, kalau nak balik kampung, mesti nak hubby ikut sekali. Hubby pun dah tahu sangat dengan perangai saya ni. Sebab tu, walau cuti sekolah panjang sekalipun, saya takkan balik kampung tanpa hubby. Rasa kesian lak nak tinggalkan hubby kat sini dan saya dengan anak duk holiday kat kampung. Bila makan sedap2 je..mesti teringatkan hubby dirumah. Tak tenang jugak dibuatnya nanti. Saya pernah rasa macam ni masa 2 bulan berpantang di kampung masa melahirkan Muhammad. Tapi, Alhamdulillah, masa tu hubby kena outstation ke kota bharu untuk sebulan. So, lega sikit ada hubby disisi.

Tak sabar rasanya nak balik kota bharu cuti sekolah ni. Hubby plan nak bawa kami balik kota bharu cuti sekolah ni. Bawah ni gambar dolu2..sebagai kenangan.

ayahanda dgn kereta tolaknya..

muhd dgn opahnya (masa ni muhd 11 bln)

muhd temankan uncle sin

muhd ngan papa kat kebun dpn rumah

wahh!! banyaknya buah..

Saturday, 10 December 2011

Mak & Anak demam

Hari ni hari demam mama dengan anak...hehe. Anakanda superboy saya demam panas. Berjangkit dengan mamanya agaknya. Rasanya penangan makan rambutan minggu lepas. Malam ni, Alhamdulillah, anakanda saya dah makin kebah demamnya. Susah hati dibuatnya..semenjak dah besar ni..memang susah nak makan ubat. Masukkan dalam susu pun dia tak nak. Tambah2, dia kurang minum susu bila demam...suka minum air sirap je. Memang suka sangat minum air sirap..walaupun kita offer air kordial yang lain. Tapi, kalau dia memang betul2 nak susu, barulah dia minum (selalunya waktu nak tidur). So, apa yang saya buat...saya akan kerap mandikan dia...3-4 kali sehari. Siram lama2 kepala dia. Kalau mandi2 ni...memang dia suka sangat.

demam2 pun, aktif je..hehe

Malam ni, kami makan pizza ni. Order banyak..macam la ramai yang nak makan...hehe. Tak reti..first time order Domino's pizza delivery. Apa lagi..makannya sikit je..yang lain semua masuk fridge. Esok boleh makan lagi.

Friday, 4 November 2011

Chicken pox

Assalamualaikum..kawan2, bloggers semua..
Raya Haji bakal tiba..Ahad ni, pastinya ramai yang menyambut aidiladha di kampung bersama keluarga dan sanak saudara tersayang. Bagi yang memandu untuk balik ke kampung, berhati2 di jalan raya..Didoakan moga Allah permudahkan segala urusan kita, Ameen.

lepas mandi
ambil darah..cool je

Semalam..anak soleh mama, demam..chicken pox. Dah 2 kali pergi klinik. Last2, bawa dia pergi hospital..Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). Alhamdulillah, dah kebah sikit. Doctor masukkan ubat bontot (voren suppositories 12.5 mg) bila demam tak kebah2. Kata doctor, suhu yang sesuai untuk masukkan ubat bontot, 38.5 ke atas. Sebenarnya tak biasa guna ubat bontot ni..kata orang tak elok. Tapi, atas nasihat doctor, kami ikut je.

Semalam dan hari ni, anak soleh mama ni duk menangis, merengek tak sedap badan, tak selesa, gatal2. Banyak lagi biji2 air yang tak kering lagi. Penuh biji2 air tu kat belakang badannya. Lagi sedih bila bersusun biji2 air tu di punggungnya. Allahu rabbi, hati ibu mana yang tak resah bila setiap kali anaknya merengek begini. Kesiannya, anak mama..badan merah2 (panas sangat)..gatal2 lak tu. Dah tak tentu arah saya dibuatnya memikirkan bagaimana rasanya sakit yang dialami anak sorang ni. Yelah, budak lagi..kalau kita yang dewasa ni pun tak tahan sakit..inikan pula budak..baru 2 tahun 2 bulan.

Sejak dari semalam, hingga ke hari ini, anak soleh mama ni tak minum susu lagi. Dia tak nak susu. Asyik minta dibuatkan air sirap je...habis satu botol. Pagi tadi, saya sudukan dia fresh milk. Alhamdulillah, dia nak minum.

Nampaknya, kami sekeluarga tak dapat balik kampung raya kali ni. Hubby pun cakap, tak elok kita bawa anak kita yang sakit ke tempat orang ramai. Tambah2, ianya penyakit berjangkit..boleh memudhoratkan orang lain. Rasulullah sendiri mengajar agar setiap orang itu menjauhkan diri dari penyakit berjangkit. Nak jemput orang datang rumah pun, tak sedap jugak..risau kot berjangkit. Tempoh berkurung la ni..huhu.

Inilah ujian namanya. Setiap ujian Allah tu, ada hikmahnya. Apa yang penting adalah anak soleh mama ni...moga cepat sembuh. Mama & papa doakan agar anak mama ni kuat, sihat sokmo, kuat semangat. Dah janji dengan anak, lepas sembuh nanti, nak bawa dia pergi tasik..main basikal..hehe.

Jom kawan2...suka nak share info mengenai chicken pox ni...clik disini Chicken Pox

Monday, 24 October 2011

Pilih doorgift yang sesuai

Hari ni, anak saya balik dengan sebungkus doorgift dari taskanya. Cikgunya kata, celebrate birthday kawannya yang baru berumur setahun. Happy sangat anak saya hari ni dapat doorgift tu. Sampai rumah je..terus minta dibukakan plastik doorgift tu. Excited sangat! Saya pun terus membuka plastik doorgift tu..tapi, rasa nak marah sangat sebab semua snack dalam tu tak halal & makanan entah apa2...tak sesuai untuk kanak-kanak.

Apa lagi, saya cuba alihkan perhatian pada makanan lain yang ada dirumah....biskut,  pizza, air soya. Semuanya dia tak nak. Menangis2 la anakanda sorang ni nakkan snack doorgift tu. Last2, bukakan laptop untuk dia...tengok ultraman dalam google...barulah diam.

Terduduk kejap memikirkan hal ni. Dah banyak kali, anak saya dapat doorgift yang macam ni. Kenapa la..kita tak fikir akan sensitiviti parents yang lain akan makanan ringan yang mana sesuai, yang mana tidak sesuai. Banyak lagi makanan ringan lain yang berkhasiat, halal dan bersih. Contohnya, cupcakes, muffin, tart, mini pizza, cookies, bahulu etc. Kalau pun nak beli yang siap dijual di kedai2...banyak juga pilihannya seperti biskut ke, roti ke, cereals ke..chocolate pun banyak yang halal. Kalau tak, lebih baik tak perlu adakan doorgift. Cukup sekadar birthday cake untuk mereka di taska.

Tak ramai di antara kita yang begitu menitik beratkan soal pemakanan anak2. Tambah2 sekarang ni ibubapa sibuk dengan kerjaya...lantaran anak2 lebih mudah dihidangkan dengan pelbagai makanan ringan, junk food, fast food. Kesian kat anak2 kita..mereka masih kecil, memerlukan banyak khasiat untuk membesar. Kalau di usia bayi, kita begitu menekankan soal penyusuan susu ibu...kenapa bila mereka dah besar, kita hidangkan mereka dengan makanan yang tidak berkhasiat (junk food, jajan, entah apa2 lagi). Bahkan menggalakkan kanak-kanak lain untuk turut menikmatinya dengan doorgift yang diberikan.

Sekadar berkongsi, peringatan buat diri ini jua..

Mama Farhi ('',)
           

Thursday, 6 October 2011

Pra Tadika (3 hingga 4 tahun)

Dua tiga hari ni..saya dan hubby duk sibuk survey tadika yang sesuai buat anak soleh sorang ni. Kami bercadang nak hantarnya ke pra tadika tahun depan. Saya merasakan perlu untuk anak saya ke pra tadika melihat kepada beberapa perkara dan setelah berbincang dengan guru taskanya...hehehe, kelakar..macam skima je ayat.

Perkembangan Kanak-kanak Pra tadika / Play school (3-4 tahun)
Kanak-kanak pra-tadika mahu menyentuh, merasa, menghidu, dan mencuba sesuatu dengan sendiri. Mereka teruja untuk belajar. Mereka belajar dengan cara mengalami dan melakukan sendiri. Mereka akan sibuk membina kemahiran hidup, menggunakan bahasa dan bersusah payah berlatih mengawal perasaan.

Kanak-kanak pra-sekolah mahu berkembang secara individu, tanpa terlalu terikat dengan ibubapa. Mereka lebih berdikari berbanding ‘toddler’ dan lebih mudah menyatakan keinginan kerana penguasaan bahasa mereka adalah lebih baik.
 
Perasaan takut selalu terbentuk semasa umur pra-tadika. Ketakutan yang selalu dialami adalah terhadap tempat baru dan dipisahkan dengan ibubapa atau orang yang penting bagi mereka. Anda boleh melihat mereka akan menguji anda banyak kali pada usia begini. Mereka mungkin akan menggunakan perkataan-perkataan yang anda larang atau berperangai yang menjengkelkan.
 
Pada usia begini, mereka mungkin masih bermasalah bergaul dengan kanak-kanak lain dan bermasalah berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan. Disebabkan perkembangan imaginasi dan fantasi yang meningkat, mereka mungkin sedikit bermasalah membezakan fantasi dan realiti. Ada yang akan bercakap tentang kawan-kawan ghaib mereka. Pada usia begini mereka perlukan peraturan yang jelas dan mudah supaya mereka kenal larangan dan perangai yang boleh diterima.

Pre school curriculum ?
Banyak nak kena tahu pasal maklumat curriculum pre school ni. Banyaknya yang tak tahu. Bila dibaca2 mengenai info ni, barulah tahu yang rupanya banyak juga program curriculum pre school ni. Antaranya, montessori, khalifah method, smart reader, etc. Kita ibubapa punya banyak pilihan untuk anak kita. Pilihlah yang terbaik untuk mereka. Untuk maklumat lanjut, saya akan ceritakan lagi nanti. Kita bersambung!!

Monday, 26 September 2011

Batuk Keranda

gambar dr google
Hari ni..tekak sakit sangat. Batuk lak tak berhenti-henti. Sampai sakit urat perut..tegang rasa. Kata kawan-kawan kat sekolah, saya ni kena "Batuk Keranda". Kahkahkah..macam-macam la diaorang ni. Kalau batuk teruk lagi, nama lain lak.."Batuk Liang Lahad". Hehehe....kelakar.

Batuk camni, memang lambat nak baik. Bila sesekali kena batuk ni...tekak rasa gatal sangat. Bila malam je, mulalah batuk tak berhenti-henti. Susah nak tidur...tak boleh nak lena. Sampai kadang-kadang boleh terkencing dibuatnya. Adui...dah macam orang tua. Waktu dalam kelas, masa mengajar, tak boleh cakap kuat-kuat. Dah biasa cakap kuat dalam kelas...so, bila kena cakap slow2..tak puas rasa.

Tapi, sebenarnya batuk saya ni ada ubatnya. Semalam tak sempat lagi ke klinik. Sebelum ni makan madu dengan Hurix je. Tapi, tak jalan gak. Ubat klinik yang selalu doktor bagi memang serasi sangat dengan saya. Semuanya ubat pil. Ubat batuk cecair tu tak kuat...hehe..kena telan ubat pil jugak. Insya Allah, dengan izin Allah...2 hari je baik..selalunya camtu.

Okey..nak log out dulu. Nak siap2...ikut husband keluar malam ni. Pastu, singgah klinik jap. Doakan saya ye..moga cepat sembuh.

Thursday, 25 August 2011

Places & Spaces

A toddler is aware only of what's immediately before him. But by 2, a child grasps the relative placements of things, and his understanding of space expands between 2 and 2 1/2. No, not his understanding of the cosmos but of where people and objects are in his own little world. This includes concepts such as "there," "where," "inside" and "outside," "go away," "near" and "far," "way up in the sky," and "over" and "under." He's gaining a better sense of size, quantity, and other spatial relationships.

You can see this new grasp of spatial thinking in the words he picks up and in his growing ability to follow directions: "Bring me the ball that's over in the corner." "Look on top of the bed."

Some ways to reinforce this new understanding:

  • Talk about where people in his life are when they're not with him: "Daddy's at work." "Grandma lives far away."
  • Give a series of simple instructions that involve different directions, such as first putting a toy on the chair, then under the chair, and then giving it back to you.
  • Ask questions that prompt him to think about location: "Where do birds live?" "Where do airplanes fly?" "Where's the door?" (Don't expect a correct answer every time or turn it into a quiz; just make questions like these part of your everyday conversation.)
Ambil article ni dari babycenter.com. Good info to be shared...^_^

Wednesday, 17 August 2011

Muhammad Farhi's Birthday

masa umur 2 hari

masa umur 6 bulan
masa umur 1 tahun 7 bulan

masa umur 1 tahun 10 bulan

Muhammad Farhi and his new bicycle from papa mama

::17 Ogos 2011::17 Ramadhan 1432H::
Alhamdulillah, thank you Allah..anak soleh mama dah cukup 2 tahun hari ni. Cepatnya masa berlalu. Rasanya, baru semalam melahirkannya. Saya melahirkannya setelah 4 tahun perkahwinan. Alhamdulillah, syukur tak terhingga atas anugerah ini.

Muhammad Farhi Mohd Razani dilahirkan pada 17hb Ogos 2009, jam 6.30 petang di Pusat Perubatan HUKM, Cheras dengan berat 3.02 kg dan 54cm panjang. Dilahirkan secara caesarian di atas sebab fetal distress. Masa saat2 jalan dah buka 6 cm, tiba-tiba kena high blood pressure. So, effect kepada anak soleh mama ni...dia dah lemas. Cepat2, saya dikejarkan ke operation theater. Alhamdulillah wa shukurillah..semuanya selamat.

Mama doakan anak mama, Muhammad Farhi bin Mohd Razani, jadi anak yang soleh, happy & bahgia selalu, sentiasa dilindungi Allah dari segala keburukkan & fitnah dunia, sentiasa dipermudahkan segala urusan, dan berjaya dunia & akhirat...Ameen, Ameen ya Robbal Alamin.

We love you so much!!