Thursday, 6 October 2011

Pra Tadika (3 hingga 4 tahun)

Dua tiga hari ni..saya dan hubby duk sibuk survey tadika yang sesuai buat anak soleh sorang ni. Kami bercadang nak hantarnya ke pra tadika tahun depan. Saya merasakan perlu untuk anak saya ke pra tadika melihat kepada beberapa perkara dan setelah berbincang dengan guru taskanya...hehehe, kelakar..macam skima je ayat.

Perkembangan Kanak-kanak Pra tadika / Play school (3-4 tahun)
Kanak-kanak pra-tadika mahu menyentuh, merasa, menghidu, dan mencuba sesuatu dengan sendiri. Mereka teruja untuk belajar. Mereka belajar dengan cara mengalami dan melakukan sendiri. Mereka akan sibuk membina kemahiran hidup, menggunakan bahasa dan bersusah payah berlatih mengawal perasaan.

Kanak-kanak pra-sekolah mahu berkembang secara individu, tanpa terlalu terikat dengan ibubapa. Mereka lebih berdikari berbanding ‘toddler’ dan lebih mudah menyatakan keinginan kerana penguasaan bahasa mereka adalah lebih baik.
 
Perasaan takut selalu terbentuk semasa umur pra-tadika. Ketakutan yang selalu dialami adalah terhadap tempat baru dan dipisahkan dengan ibubapa atau orang yang penting bagi mereka. Anda boleh melihat mereka akan menguji anda banyak kali pada usia begini. Mereka mungkin akan menggunakan perkataan-perkataan yang anda larang atau berperangai yang menjengkelkan.
 
Pada usia begini, mereka mungkin masih bermasalah bergaul dengan kanak-kanak lain dan bermasalah berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan. Disebabkan perkembangan imaginasi dan fantasi yang meningkat, mereka mungkin sedikit bermasalah membezakan fantasi dan realiti. Ada yang akan bercakap tentang kawan-kawan ghaib mereka. Pada usia begini mereka perlukan peraturan yang jelas dan mudah supaya mereka kenal larangan dan perangai yang boleh diterima.

Pre school curriculum ?
Banyak nak kena tahu pasal maklumat curriculum pre school ni. Banyaknya yang tak tahu. Bila dibaca2 mengenai info ni, barulah tahu yang rupanya banyak juga program curriculum pre school ni. Antaranya, montessori, khalifah method, smart reader, etc. Kita ibubapa punya banyak pilihan untuk anak kita. Pilihlah yang terbaik untuk mereka. Untuk maklumat lanjut, saya akan ceritakan lagi nanti. Kita bersambung!!

No comments:

Post a Comment