Monday, 24 October 2011

Pilih doorgift yang sesuai

Hari ni, anak saya balik dengan sebungkus doorgift dari taskanya. Cikgunya kata, celebrate birthday kawannya yang baru berumur setahun. Happy sangat anak saya hari ni dapat doorgift tu. Sampai rumah je..terus minta dibukakan plastik doorgift tu. Excited sangat! Saya pun terus membuka plastik doorgift tu..tapi, rasa nak marah sangat sebab semua snack dalam tu tak halal & makanan entah apa2...tak sesuai untuk kanak-kanak.

Apa lagi, saya cuba alihkan perhatian pada makanan lain yang ada dirumah....biskut,  pizza, air soya. Semuanya dia tak nak. Menangis2 la anakanda sorang ni nakkan snack doorgift tu. Last2, bukakan laptop untuk dia...tengok ultraman dalam google...barulah diam.

Terduduk kejap memikirkan hal ni. Dah banyak kali, anak saya dapat doorgift yang macam ni. Kenapa la..kita tak fikir akan sensitiviti parents yang lain akan makanan ringan yang mana sesuai, yang mana tidak sesuai. Banyak lagi makanan ringan lain yang berkhasiat, halal dan bersih. Contohnya, cupcakes, muffin, tart, mini pizza, cookies, bahulu etc. Kalau pun nak beli yang siap dijual di kedai2...banyak juga pilihannya seperti biskut ke, roti ke, cereals ke..chocolate pun banyak yang halal. Kalau tak, lebih baik tak perlu adakan doorgift. Cukup sekadar birthday cake untuk mereka di taska.

Tak ramai di antara kita yang begitu menitik beratkan soal pemakanan anak2. Tambah2 sekarang ni ibubapa sibuk dengan kerjaya...lantaran anak2 lebih mudah dihidangkan dengan pelbagai makanan ringan, junk food, fast food. Kesian kat anak2 kita..mereka masih kecil, memerlukan banyak khasiat untuk membesar. Kalau di usia bayi, kita begitu menekankan soal penyusuan susu ibu...kenapa bila mereka dah besar, kita hidangkan mereka dengan makanan yang tidak berkhasiat (junk food, jajan, entah apa2 lagi). Bahkan menggalakkan kanak-kanak lain untuk turut menikmatinya dengan doorgift yang diberikan.

Sekadar berkongsi, peringatan buat diri ini jua..

Mama Farhi ('',)
           

No comments:

Post a Comment