Showing posts with label Sanah Helwah. Show all posts
Showing posts with label Sanah Helwah. Show all posts

Wednesday, 17 August 2011

Muhammad Farhi's Birthday

masa umur 2 hari

masa umur 6 bulan
masa umur 1 tahun 7 bulan

masa umur 1 tahun 10 bulan

Muhammad Farhi and his new bicycle from papa mama

::17 Ogos 2011::17 Ramadhan 1432H::
Alhamdulillah, thank you Allah..anak soleh mama dah cukup 2 tahun hari ni. Cepatnya masa berlalu. Rasanya, baru semalam melahirkannya. Saya melahirkannya setelah 4 tahun perkahwinan. Alhamdulillah, syukur tak terhingga atas anugerah ini.

Muhammad Farhi Mohd Razani dilahirkan pada 17hb Ogos 2009, jam 6.30 petang di Pusat Perubatan HUKM, Cheras dengan berat 3.02 kg dan 54cm panjang. Dilahirkan secara caesarian di atas sebab fetal distress. Masa saat2 jalan dah buka 6 cm, tiba-tiba kena high blood pressure. So, effect kepada anak soleh mama ni...dia dah lemas. Cepat2, saya dikejarkan ke operation theater. Alhamdulillah wa shukurillah..semuanya selamat.

Mama doakan anak mama, Muhammad Farhi bin Mohd Razani, jadi anak yang soleh, happy & bahgia selalu, sentiasa dilindungi Allah dari segala keburukkan & fitnah dunia, sentiasa dipermudahkan segala urusan, dan berjaya dunia & akhirat...Ameen, Ameen ya Robbal Alamin.

We love you so much!!

Wednesday, 3 August 2011

Sanah Helwah..to me!

tq papa for a surprise birthday celebration =)

anak soleh mama yg xduk diam..hehe

kambing golek..

ada lebih 50 juadah..xlarat nak makan ^_^

lepas tarawih...makan ice cream lak..
yeah yeah..akim! akim!
::3rd August 2011::3rd Ramadhan 1432::
saya : papa, kita nak makan kat mana ni?..
hubby : kita makan kat Restoran Sidah la..
saya : sidah?..<saya terdiam>...okla..ikut papa je..

<sampai kat simpang Restoran Sidah, hubby terus je>

saya : aik..papa nak gi mana ni?..sidah dah lepas la papa..
hubby : hehehe...surprise..takpela..nanti mama tau la..
saya : ala..mama nak tau jugak..macam jauh je ni..

<tengok2, hubby lalu jalan ke Intekma Resort..terus masuk entrance & park kereta>

saya : <senyum lebar..tak terkata>..papa!..betul ke ni?..kita makan kat sini ke?
hubby : ye..jom2..cepat masuk..dah nak berbuka ni..<hubby sengeh je>

~ TQ PAPA..I LOVE YOU ~