Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Sunday, 15 April 2012

Minggu-minggu yang busy di sekolah

perbarisan rumah-rumah sukan
rumah merah @ Muhammad Al-Fateh
acara murid-murid pintar 5
guru besar(tudung coklat) & pengarahsukan tahun ni(tudung biru)
Alhamdulillah..minggu ni agak lega sikit selepas bertungkus lumus dengan gerak kerja untuk Karnival Sukan sekolah. Beberapa minggu lepas, kerja di sekolah memang bertimbun-timbun dengan latihan Pertandingan Amal Islami peringkat zon, Gerak Gempur UPSR, Karnival Sukan Sekolah. Alhamdulillah, yang terdekat dalam bulan 4 ni tinggal nak fokus pada Pertandingan Amal Islami Zon 2 dan Daerah pulak.

Bila sibuk-sibuk macam ni, memang tak sabar rasanya nak tunggu cuti sekolah. Seronok rasanya dapat duduk dirumah dengan aktiviti kita sendiri. Macam hilang batu sebeban di kepala...hehe. Masa tu, saya switch off dulu hal-hal sekolah dalam kepala otak ni. Betul-betul tumpukan pada family matters.

Kalau kat sekolah, kena ikut peraturan orang lain (majikan). Yelah..semua benda ada rules, ada target, ada dateline, dan yang paling perlu dijaga; kita deal dengan orang yang pelbagai. Tambah-tambah macam saya ni guru sekolah swasta...banyak benda perlu dijaga bila deal dengan parents, anak-anak murid, orang luar dan guru-guru lain.

Kalau duduk dirumah ni, flexible. Ikut kita nak basuh kain bila, memasak bila, mengemas bila, etc. Masak pun ikut selera dan senang kita. Takde kaitan dengan orang lain. Kita deal dengan buah hati kita (suami dan anak tersayang). Kita happy buat kerja-kerja rumah untuk orang-orang tersayang. Kita jualah 'pengurus' bagi family kita. Hehehe...hubby jadi 'penasihat'.

Apapun, seronok sebenarnya jadi cikgu ni. Mula-mula jadi cikgu dulu, memang agak tertekan bila saya tak pandai nak control class. Lama-lama tu, ok..Alhamdulillah. Maybe sebab saya minat dengan profession ni, hal-hal sekolah ni senang serasi dengan saya, Alhamdulillah (hehe..masuk bakul angkat sendiri). Di Sekolah Sri Pintar, Guru Besar kita orang memang seorang yang amat memahami, baik hati dan lembut dalam ketegasan. Suasana kerja pun seronok. Guru-guru, masing-masing nak buat yang terbaik. Sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran.

Besar amanah & tanggungjawab mendidik ni. Seorang guru bukan saja mengajar, bahkan mendidik, memimpin, memberi motivasi, menjadi role model, etc. Bukan senang mendidik anak-anak primary school. Banyak dakwah perlu dilakukan melalui dakwah bil hal selain dakwah bil lisan.

Ya Allah, berikanlah daku kekuatan dan ketabahan dalam misi dakwah ini...Ameen ya Robb.

Thursday, 1 March 2012

Sistem Pendidikan Islam di Malaysia

Tahun lepas, bulan 12, guru besar kami berpeluang menghadiri satu Persidangan Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan anjuran Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS), Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dengan Kerjasama Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Banyak maklumat yang telah dikongsi bersama kami guru-guru. Alhamdulillah, minda saya makin terbuka akan permasalahan pendidikan Islam dinegara kita. Alhamdulillah yang tidak terhingga kerana saya berada dalam sebuah institusi pendidikan yang benar-benar memperjuangkan pendidikan Islam dalam mendidik anak-anak. Pendidikan yang berpaksikan tauhid, Insya Allah.

Sebenarnya, ramai yang masih tidak menyedari akan pentingnya pendidikan Islam untuk anak-anak mereka. Mereka lebih selesa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah kebangsaan yang melaksanakan falsafah pendidikan sekular. Cuba kita perhatikan akan maksud dari Falsafah Pendidikan Negara dibawah:

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Perkataan kepatuhan kepada Tuhan menggambarkan bahawa patuh kepada tuhan masing2 dan tidak meletakkan Allah sebagai yang utama. Sedangkan Islam adalah agama rasmi kita Malaysia. Ini bermakna Islam bukanlah menjadi keutamaan dalam pendidikan di Malaysia.

YB Dr Halimah juga ada menyebut mengenai memartabatkan pendidikan Islam di Malaysia. Beliau umpamakan pendidikan Islam di Malaysia seperti berlian di gua. Ramai yang tidak menyedari akan nilainya kerana ianya berada digua. Namun, apabila ianya dikilatkan dan diikat menjadi sebentuk cincin, maka ramai yang menyukainya dan menjadi idaman ramai. Begitulah juga dengan pendidikan Islam di negara kita. Kita yang perlu memartabatkannya agar ianya di pandang dan diiktiraf.

Usaha begini bukannya mudah. Perlu banyak bermujahadah. Dalam persidangan tersebut, ramai pengusaha sekolah-sekolah Islam swasta berkumpul dan berbincang mengenai permasalahan ini. Rata-rata, cabaran yang dihadapi mereka adalah sama dan tidak banyak bezanya.

Alhamdulillah, kami guru-guru di Sri Pintar Shah Alam begitu komited dengan tugas kami dan sesungguhnya bukannya mudah untuk menjadi guru biasa yang luar biasa. Kadang-kadang kami diuji dengan permasalahan lewat dibayar gaji, kerja lebih masa dan sebagainya. Namun, Alhamdulillah, kami sering diingatkan akan maksud keberkatan didalam pekerjaan kami. Kami bekerja bukanlah bermatlamatkan gaji semata. Takut seandainya gaji yang menjadi keutamaan, maka niat kerana Allah tidak lagi wujud. Kerja kerana gaji. Kesannya pada anak-anak didik kita nanti. Itulah sebenarnya yang berlaku di kalangan guru-guru kementerian. Mereka dijanjikan dengan pelbagai kenaikan setiap kali belanjawan dibentangkan. Bahkan gaji mereka 2 kali lebih tinggi berbanding guru-guru yang mengajar di sekolah Islam swasta.

Sebenarnya, penting untuk kita pilih guru-guru yang sesuai untuk didik anak-anak kita. Ianya bermula dari mula kita menghantar anak-anak kita ke taska lagi. Takkanlah kita redha anak kita di jaga oleh pengasuh yang tak menutup aurat? Ataupun, pengasuh yang tidak menitikberatkan hal-hal agama? Kita pastinya akan pilih taska yang terbaik untuk mereka. Guru-gurunya menutup aurat dengan sempurna, baik akhlaknya. Sejuk mata memandang kan =). Pernah Utbah Bin Abi Sufyan berkata kepada guru anaknya: “Jadikan kebaikan ke atas anakku kebaikan ke atas mu juga.  Kerana mata mereka akan berpusat kemata mu dan bagaimana baiknya pandangan mereka akan menjadi kebaikan yang kamu lihat.  Dan kejelikan yang akan mereka lihat akan kejelikan yang kamu lihat juga”.

Para ibu bapa harus meneliti sekolah manakah yang harus diserahkan anak-anak untuk dididik jiwanya.  Seorang guru yang berilmu dan berjiwa Islam dan bertakwa akan dapat membentuk anak-anak kita ke jalan yang benar dan menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat, InsyaAllah.


Namun, saya tidak nafikan bahawa ada juga dikalangan ibu bapa yang menghadapi dilema mengenai penghantaran anak-anak mereka ke sekolah islam swasta. Mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:
1. Ibubapa tidak berkemampuan menghantar anak-anak mereka ke sekolah begini kerana yuran yang tinggi.
2. Tiada sekolah begini yang berdekatan dengan rumah mereka.

Kami disini sentiasa ditarbiyah untuk menjadi "Guru Jutawan Akhirat". Alhamdulillah, dalam permerhatian saya selama 6 tahun disini, guru-guru Sri Pintar memang rajin solat dhuha dan membaca Al-Quran. Itu yang menjadikannya begitu unik. Tahun ni, kami mula aktif dengan usrah masing-masing, Alhamdulillah. Moga Sri Pintar terus unggul dan melahirkan lebih ramai lagi anak-anak yang soleh & solehah, cemerlang dunia & akhirat...Ameen ya robb.

Thursday, 29 September 2011

Disleksia bukan penyakit


Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.[1]


Baru-baru ni, saya dan kawan-kawan disekolah berbincang mengenai masalah murid-murid yang mengalami disleksia ni. Bagaimana nak handle & manage murid-murid ni?. Banyak outcomes yang kami setujui...Alhamdulillah. So, start tahun ni, kami adakan pre test untuk murid-murid yang mendaftar untuk standard 1. Ini sebagai memilih murid-murid yang memenuhi kriteria kami, yang kurang peratus disleksia yang dialamninya. Kami tidak ada kepakaran didalam menangani murid-murid disleksia.

Ramai sebenarnya yang mengalami disleksia dan berjaya. Bill Gates contohnya, juga seorang yang mengalami disleksia. Tahap disleksia atas seseorang adalah berbeza. Ada yang tidak serius , ada juga yang kritikal. Namun, mereka selalunya mahir dalam skills tertentu. Contohnya, pandai melukis, hebat bersukan, dan lain-lain. 


Ada juga keadaan dimana disleksia yang dialami berkurang ke satu-satu tahap tertentu. Contoh: maybe masa di sekolah rendah, dia mengalami disleksia. Tapi, bila dah masuk menengah, disleksianya tiada. Dia tiada masalah didalam pembelajaran dan berjaya dengan cemerlang.


Murid-murid yang mengalami disleksia memerlukan pembelajaran yang sedikit berbeza daripada biasa. Sebab tu murid-murid ni memerlukan guru-guru yang khas untuk mengajar mereka. Saya sendiri tidak khusus dalam bidang ini. Banyak yang perlu dipelajari. Jom tengok ciri-ciri pengidap disleksia. Ibubapa juga perlu tahu.

Di antara beberapa ciri-ciri penghidap disleksia adalah seperti berikut :
1. Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Kebiasaannya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri pada sesuatu perkataan.
4. Sering mengalami kekeliruan dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu seperti “p” dianggap “q” dan huruf “b” dianggap  “d”.
5. Kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding perempuan.
6. Kekerapan penghidap disleksia selalu terjadi di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan,  kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
7. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak meningkat dewasa.
8. Perhatian dan tumpuan senang terganggu dan gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja sehingga selesai.
9. Cenderung menjadi seseorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.


source: 

Friday, 23 September 2011

Datang lewat ke sekolah


Karenah anak-anak murid yang pelbagai diharungi jua demi mendidik mereka menjadi "orang"...insan berilmu, beriman dan bertaqwa. Berat rasanya amanah ini. Namun, setiap tahun diharungi jua. Pejam celik, pejam celik, dah 7 tahun saya mengajar..alhamdulillah. Setiap tahun, ujian berbeza2..karenah anak-anak murid yang berbeza2. Setiap tahun jugalah saya merasakan diri semakin matang dan yakin pada diri..dan sememangnya Allah menguji hamba2Nya yang mampu. Apa jua pekerjaan kita, ada ujian disitu.

Hati tersentap bila ada parents yang mengadu bahawa anaknya tak pandai, tak tahu apa2 belajar di sekolah. They keep on blaming the teachers. "My son knows nothing!..What did the teachers do to my son?"
I was stunted when I heard the comments from the parents. The comments were actually directed to me as an English teacher. The parents said that I did nothing to improve their son achievement...especially in English subject. They believed that English was the main subject in UPSR besides BM, Science & Maths.

Datang lewat ke sekolah
Semalaman saya muhasabah diri. Memikirkan masalah ini. Saya move backward..lihat sejarah prestasi dan kelakuan murid ini di sekolah. Maka, saya jumpa satu simtom yang mengganggu kelancaran murid ini menuju kejayaan. Kalau longkang rumah kita sumbat..kita mesti cari, benda apa yang menyebabkannya sumbat. Begitulah juga dengan masalah, saya mencari2 apa yang menyebabkannya "tersumbat". Akhirnya, saya dapati yang murid ini selalu datang lewat ke sekolah bermula dari tahun satu lagi. Pelbagai tindakan telah diambil ke atas murid ini..tetapi tidak bermakna. Ibubapanya sentiasa lewat menghantarnya ke sekolah. Apapun alasannya..saya merasakan bahawa ibubapanya tidak pandai menguruskan masa. Kita pun boleh nampak yang setiap pagi, murid ini dalam keadaan yang agak kelam kabut dan tidak teratur.
1. Datang ke sekolah lewat dengan baju yang tidak bergosok (selalunya).
    Kesannya: Ketinggalan pelajaran..kalau setiap hari lewat, kira ajelah.Guru pun marah.
    Bila ditanya tentang solat subuhnya, dia mengaku tak sempat nak solat subuh.
2. Selalu tidak membawa buku...tertinggal katanya.
    Kesannya: Menyusahkan kawan sebab kena share dengan kawan. Pembelajaran tak sempurna.
    Kawan2 pun sakit hati apatah lagi guru.

Akhirnya, murid ini melalui harinya di sekolah dalam keadaan suram dan tidak bersemangat. Di tambah lagi dengan rasa marah guru2 padanya. Apatah lagi bila ianya berlaku hampir setiap hari. Masha Allah...kata2 guru dah menjadi doa baginya. Tiba2, air mata saya mula menitis...sedih memikirkan nasib murid ini. Rasa nak dipeluk murid ini.

Puncanya adalah ibubapa yang tidak pandai menguruskan masa. Biasakan anak2 kita untuk bangun awal...mandi sekali. Bila bangun awal, segala urusan di waktu pagi dapat dilakukan dengan baik. Sepatutnya, anak2 kita pergi ke sekolah dengan gembira kerana bajunya dah digosok, rambutnya disikat dan diminyakkan dengan kemas, perutnya dah di alas dengan breakfast, bagnya dah diisi dengan buku2 mengikut jadual yang betul, alat tulisnya cukup & lengkap.

Nah! Lihat!..sejuk mata memandang. Anak ini lebih keyakinannya untuk belajar. Hari2nya dimulakan dengan senyuman, keyakinan dan semangat. Sebagai ibu, saya mengingatkan diri saya juga. Moga kita semua berubah ke arah kebaikan. Jadi ibubapa yang soleh solehah. Moga Allah berikan pada kita kekuatan mendidik anak2 di dalam arus dunia yang serba mencabar ini. Allahu Akbar...beratnya amanah ini.