Friday, 23 September 2011

Datang lewat ke sekolah


Karenah anak-anak murid yang pelbagai diharungi jua demi mendidik mereka menjadi "orang"...insan berilmu, beriman dan bertaqwa. Berat rasanya amanah ini. Namun, setiap tahun diharungi jua. Pejam celik, pejam celik, dah 7 tahun saya mengajar..alhamdulillah. Setiap tahun, ujian berbeza2..karenah anak-anak murid yang berbeza2. Setiap tahun jugalah saya merasakan diri semakin matang dan yakin pada diri..dan sememangnya Allah menguji hamba2Nya yang mampu. Apa jua pekerjaan kita, ada ujian disitu.

Hati tersentap bila ada parents yang mengadu bahawa anaknya tak pandai, tak tahu apa2 belajar di sekolah. They keep on blaming the teachers. "My son knows nothing!..What did the teachers do to my son?"
I was stunted when I heard the comments from the parents. The comments were actually directed to me as an English teacher. The parents said that I did nothing to improve their son achievement...especially in English subject. They believed that English was the main subject in UPSR besides BM, Science & Maths.

Datang lewat ke sekolah
Semalaman saya muhasabah diri. Memikirkan masalah ini. Saya move backward..lihat sejarah prestasi dan kelakuan murid ini di sekolah. Maka, saya jumpa satu simtom yang mengganggu kelancaran murid ini menuju kejayaan. Kalau longkang rumah kita sumbat..kita mesti cari, benda apa yang menyebabkannya sumbat. Begitulah juga dengan masalah, saya mencari2 apa yang menyebabkannya "tersumbat". Akhirnya, saya dapati yang murid ini selalu datang lewat ke sekolah bermula dari tahun satu lagi. Pelbagai tindakan telah diambil ke atas murid ini..tetapi tidak bermakna. Ibubapanya sentiasa lewat menghantarnya ke sekolah. Apapun alasannya..saya merasakan bahawa ibubapanya tidak pandai menguruskan masa. Kita pun boleh nampak yang setiap pagi, murid ini dalam keadaan yang agak kelam kabut dan tidak teratur.
1. Datang ke sekolah lewat dengan baju yang tidak bergosok (selalunya).
    Kesannya: Ketinggalan pelajaran..kalau setiap hari lewat, kira ajelah.Guru pun marah.
    Bila ditanya tentang solat subuhnya, dia mengaku tak sempat nak solat subuh.
2. Selalu tidak membawa buku...tertinggal katanya.
    Kesannya: Menyusahkan kawan sebab kena share dengan kawan. Pembelajaran tak sempurna.
    Kawan2 pun sakit hati apatah lagi guru.

Akhirnya, murid ini melalui harinya di sekolah dalam keadaan suram dan tidak bersemangat. Di tambah lagi dengan rasa marah guru2 padanya. Apatah lagi bila ianya berlaku hampir setiap hari. Masha Allah...kata2 guru dah menjadi doa baginya. Tiba2, air mata saya mula menitis...sedih memikirkan nasib murid ini. Rasa nak dipeluk murid ini.

Puncanya adalah ibubapa yang tidak pandai menguruskan masa. Biasakan anak2 kita untuk bangun awal...mandi sekali. Bila bangun awal, segala urusan di waktu pagi dapat dilakukan dengan baik. Sepatutnya, anak2 kita pergi ke sekolah dengan gembira kerana bajunya dah digosok, rambutnya disikat dan diminyakkan dengan kemas, perutnya dah di alas dengan breakfast, bagnya dah diisi dengan buku2 mengikut jadual yang betul, alat tulisnya cukup & lengkap.

Nah! Lihat!..sejuk mata memandang. Anak ini lebih keyakinannya untuk belajar. Hari2nya dimulakan dengan senyuman, keyakinan dan semangat. Sebagai ibu, saya mengingatkan diri saya juga. Moga kita semua berubah ke arah kebaikan. Jadi ibubapa yang soleh solehah. Moga Allah berikan pada kita kekuatan mendidik anak2 di dalam arus dunia yang serba mencabar ini. Allahu Akbar...beratnya amanah ini.

2 comments:

  1. Assalamualaikum k Wan,

    bagus posting k Wan ni.... boleh bukak minda parents yang tak aware dengan kesalahan sendiri dan juga sebagai peringatan buat kita semua... kesian kat budak tu kan.... dah la lewat, baju tak bergosok.... sometimes parents care less tentang pengurusan masa ni.... diorang tak manage dengan betul.... Zul selalu pesan najdah supaya manage masa dengan betul... always jot down apa yang nak dibuat then susun ikut priority...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam Najdah,

    Thanks Najdah..peringatan untuk kak Wan jugak. Biasanya murid yg berjaya, mesti akhlak & disiplin dia pun ok..dtg seiring.

    ReplyDelete