Sunday, 25 September 2011

Camera oh camera..

hadiah birthday

Sunyi rasa seminggu dua ni sebab Cik Camera tak dapat berfungsi dek kerana battery tak dapat di charge. Uwaaaa...battery charger tertinggal kat Kota Bharu masa balik raya baru-baru ni. Saat-saat takde camera ni, tiba-tiba camera handset sangat berharga..hehe. Duk pulun gak ambik gambar guna handset walaupun tak berapa clear...huhu.

Handset ni hadiah birthday dari adinda tersayang, Inah. Terharu bila dapat hadiah handset. Siap post ke sekolah. Masa tu, memang surprise sangat dapat parcel pos laju. Bila dibuka, tengok-tengok ada handset. Apalagi, masa tu jugak berlinang air mata. Tak tahan...terharu sangat. Maklumlah, selama ni saya pakai handset murah je..sangat basic. Sekadar boleh call & sms. Bukan tak nak beli yang baru. Cuma rasa membazir je...masih boleh digunakan. Tambah-tambah saya pernah kehilangan handset di TESCO Shah Alam tempoh hari. Serik je rasa. Pakai handset murah ni senang...jiwa merdeka! Hehe..ye lah, tak risau kalau anak duk main dengan hanset kita, kalau terlupa letak mana pun, tak risau sangat.

Alhamdulillah, rezeki tahun ni..dapat pakai handset baru. Barulah reti nak buat video call..hehe. Terima kasih banyak-banyak Inah..Kak Ni doakan Inah berjaya dengan cemerlang dunia akhirat, sehat & happy sokmo. Love you so much!!

No comments:

Post a Comment