Monday, 13 February 2012

Balik Kampung

Seminggu dua ni, teringin sangat nak balik kampung. Rindu pada suasana kampung. Rasa nak borak2 dengan mak, ayah, adik2 tersayang. Lepak2 atas katil...borak2, gelak2. Tenang rasa..pastu, petang2 keluar rumah..bakar2 daun, trim pokok2, siram pokok2 bunga, kutip buah2...seronoknya! Pagi2 pulak, keluar cari breakfast...rindu kat nasi kerabu, solok lada, nasi dagang, nasi tumpang, akok jagung, sardin gulung..huhu.

Sesekali bila teringat nak balik kota bharu, memang menitis air mata dibuatnya. Rindu pada saat2 kami sekeluarga berkumpul & bersama. Sedar tak sedar, dah lebih 5 tahun saya di klang valley bersama suami dan anak tercinta. Ingat lagi masa mula2 kami tinggal di damansara damai selepas 8 bulan perkahwinan, saya pada mulanya tak dapat sesuaikan diri untuk berjauhan dari mak ayah. Kerana sebelum tu, kami suami isteri tinggal serumah dengan mak ayah di kampung, kota bharu. Apa lagi, hampir setiap malam saya menangis rindukan mereka. Sampaikan hubby cakap "...kan abang ada ni..nape nangis2". Kesian lak..masa tu tak terfikirkan perasaan suami disisi. Walaupun hubby disisi, tak sama dengan rasa rindukan mak ayah di kampung. Hehe..tu cerita 5 tahun yang lalu.

Sekarang ni, kalau nak balik kampung, mesti nak hubby ikut sekali. Hubby pun dah tahu sangat dengan perangai saya ni. Sebab tu, walau cuti sekolah panjang sekalipun, saya takkan balik kampung tanpa hubby. Rasa kesian lak nak tinggalkan hubby kat sini dan saya dengan anak duk holiday kat kampung. Bila makan sedap2 je..mesti teringatkan hubby dirumah. Tak tenang jugak dibuatnya nanti. Saya pernah rasa macam ni masa 2 bulan berpantang di kampung masa melahirkan Muhammad. Tapi, Alhamdulillah, masa tu hubby kena outstation ke kota bharu untuk sebulan. So, lega sikit ada hubby disisi.

Tak sabar rasanya nak balik kota bharu cuti sekolah ni. Hubby plan nak bawa kami balik kota bharu cuti sekolah ni. Bawah ni gambar dolu2..sebagai kenangan.

ayahanda dgn kereta tolaknya..

muhd dgn opahnya (masa ni muhd 11 bln)

muhd temankan uncle sin

muhd ngan papa kat kebun dpn rumah

wahh!! banyaknya buah..

2 comments:

  1. samalah kita wan,masa mula2 khawin tu asyik fikir family sendiri je,tak perasan perasaan hubbykan.entry wan kali ni buat hati membuak2 nak balik kampung

    ReplyDelete
  2. hehehe..sama ek. masa duk tulis entry ni memang tengah rindu kat kampung. tambah2 sekarang ni saya asyik tak sehat je..lagi la duk ingat nak balik kb..nak makan masakan mak.

    ReplyDelete