Saturday 29 October 2011

Kek Coklat Kukus

kek coklat kukus..siap!
tak sempat2...xpakai baju lak tu..hehe
Dah lama anakanda sibuk nak makan kek..So, pagi tadi,sempatlah buatkan kek untuk dia. Punyalah makan sampai 2 cup (saiz XL). Jom semak resepi...senang sangat. Guna blender je..senang nak kemas...hehe. Ambil dari blog macam2..ubah sikit2...

Bahan-bahan:
Bahan A:
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan coco powder
1 cawan gula
1 cawan butter yang dicairkan / minyak jagung

Bahan B:
4 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri


Caranya:
Masak atas dapur: Masuk semua bahan A, masakkan atas dapur dengan api yang perlahan. Kacau je sampai sebati. Dah sebati, tutup api. Jangan lama2, nanti coklat hangit...tak sedap. Then, tapiskan.

Guna blender: Blend bahan B. Pastu masukkan dalam bahan A (tak perlu tunggu bahan A sejuk dulu). Pastu, letak dalam loyang. Kukus sampai masak. Kalau letak dalam loyang, anggaran masak, 45 minit. Kalau letak dalam cupcakes..10-15 minit dah masak. Senang kan...cubalah.

Tuesday 25 October 2011

Jom buat cakepops..

gambar dr google

Dua tiga hari ni anakanda sorang tu duk sibuk nak cake. Asal balik dari taska je..sibuk minta cake. "Mama, nak cake, mama"..kesian lak. Saya lak, tak sempat2 lagi nak buatkan cake untuk dia. Ingat nak buat cakepops je...senang, sedap dan menarik. Dulu masa tolong suami business kedai roti, biasa jugak tengok the bakers buat cakepops.

Caranya mudah; hancurkan kek (apa2 flavour...saya ingat nak cuba kek pisang lak..hehe..ala, beli je yang dah siap), campurkan dengan jem atau chocolate frosting atau nutella (ikut selera kita)...sebatikan adunan. Then gempal2kan dia, buat bulat2. Pastu cucukkan sticks (sticks lolichocs tu). Then, sejukkan. Pastu, bolehla kalau nak coated kan dia dengan chocolate...letak kacang ke..choc rice ke...ikut creativity.

Dalam mencari2 idea deco cakepops, terjumpa cakepop maker, jenama Babycake. Chumil je..elok jadi bulat2nya. Best jugak kalau ada satu. Kat mana nak beli ni..mahal ke? Emm...rasanya kalau setakat anakanda sorang je yang nak makan..gempalkan sendiri je..huhu.

Monday 24 October 2011

Pilih doorgift yang sesuai

Hari ni, anak saya balik dengan sebungkus doorgift dari taskanya. Cikgunya kata, celebrate birthday kawannya yang baru berumur setahun. Happy sangat anak saya hari ni dapat doorgift tu. Sampai rumah je..terus minta dibukakan plastik doorgift tu. Excited sangat! Saya pun terus membuka plastik doorgift tu..tapi, rasa nak marah sangat sebab semua snack dalam tu tak halal & makanan entah apa2...tak sesuai untuk kanak-kanak.

Apa lagi, saya cuba alihkan perhatian pada makanan lain yang ada dirumah....biskut,  pizza, air soya. Semuanya dia tak nak. Menangis2 la anakanda sorang ni nakkan snack doorgift tu. Last2, bukakan laptop untuk dia...tengok ultraman dalam google...barulah diam.

Terduduk kejap memikirkan hal ni. Dah banyak kali, anak saya dapat doorgift yang macam ni. Kenapa la..kita tak fikir akan sensitiviti parents yang lain akan makanan ringan yang mana sesuai, yang mana tidak sesuai. Banyak lagi makanan ringan lain yang berkhasiat, halal dan bersih. Contohnya, cupcakes, muffin, tart, mini pizza, cookies, bahulu etc. Kalau pun nak beli yang siap dijual di kedai2...banyak juga pilihannya seperti biskut ke, roti ke, cereals ke..chocolate pun banyak yang halal. Kalau tak, lebih baik tak perlu adakan doorgift. Cukup sekadar birthday cake untuk mereka di taska.

Tak ramai di antara kita yang begitu menitik beratkan soal pemakanan anak2. Tambah2 sekarang ni ibubapa sibuk dengan kerjaya...lantaran anak2 lebih mudah dihidangkan dengan pelbagai makanan ringan, junk food, fast food. Kesian kat anak2 kita..mereka masih kecil, memerlukan banyak khasiat untuk membesar. Kalau di usia bayi, kita begitu menekankan soal penyusuan susu ibu...kenapa bila mereka dah besar, kita hidangkan mereka dengan makanan yang tidak berkhasiat (junk food, jajan, entah apa2 lagi). Bahkan menggalakkan kanak-kanak lain untuk turut menikmatinya dengan doorgift yang diberikan.

Sekadar berkongsi, peringatan buat diri ini jua..

Mama Farhi ('',)
           

Friday 21 October 2011

Jemput pisang

macam2 bulat ada..hehe
sedap..
anak soleh mama..
Jemput pisang ni hasil rekaan yang bercampuk aduk. Kisahnya macam ni..hehe. Semalam, saya beli pisang tanduk dengan kawan sekerja (ayah dia jual buah). Masa mula2 beli tu, rasa nak goreng untuk menu minum petang anakanda sorang tu. Tapi, tengok2, kat dapur takde tepung beras...tak best laa. Duk ingat2, rasanya ada lagi kat rumah..rupa2nya dah habis. So, apa lagi..buat jemput je la. Jemput ni lak..ikut bahan2 apa yang ada. Dalam fridge memang banyak whipping cream..lebih buat chocolate cake hari tu..apa lagi..hehe. Jom semak resepi..

Jemput Mama Farhi 

Bahan-bahan
2 cups self raising flour (sifted)
1/2 cup castor sugar
1 pisang tanduk
1 egg
whipping cream (pengganti air...wow! memang sedap)
garam, esen vanilla (sikit je)

Caranya:
Saya guna blender je. Blend pisang, telur, gula, whipping cream, esen vanilla, garam. Pastu masukkan dalam mangkuk besar...masukkan tepung sikit2..kacau perlahan2 sampai sebati. Pastu, goreng..siap!

Cubalah..memang sedap bila buat jemput guna self raising flour...gebu je..sedaaap!

Wednesday 19 October 2011

Thanks Kak Hajar

chocolate cake..simple deco

ada doll cumil..suka2
Alhamdulillah, repeat order dari Kak Hajar. Suka deal Kak Hajar..pasal dia tak pernah request deco macamana. Katanya, ikut senang kita. Tima kasih banyak2 atas kepercayaan akak.

Birthday cake untuk anak sulongnya..Damia Bisyri (6 tahun). Pandai budaknya...tak banyak cakap, senyum memanjang.. ('',). Moga jadi anak yang solehah, penyejuk mata ummi & abah...Ameen ya Robb.

Saturday 15 October 2011

Apam blueberry


Jumaat baru ni sempat buat apam blueberry ni. Ni sebenarnya resepi apam polkadot. Tapi, dek kerana penyakit malas & nak senang, 'dot-dot' takde. So, plain je apam tu...hehe..atas kuning, bawah hijau. Janji rasanya sedap. Hubby pun suka.

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak  
Cara kukus:
Alaskan tudung periuk kukus dengan kain supaya semasa kukus, air tak menitik ke apam...yang ni pandai2 sendiri je. Letak paper cup dalam acuan apam supaya bentuk dia jadi elok. Kalau takde acuan apam, guna je paper cup yang agak keras..(macam yg saya gunakan..tu paper cup utk cupcakes..size m)

Thursday 6 October 2011

Pra Tadika (3 hingga 4 tahun)

Dua tiga hari ni..saya dan hubby duk sibuk survey tadika yang sesuai buat anak soleh sorang ni. Kami bercadang nak hantarnya ke pra tadika tahun depan. Saya merasakan perlu untuk anak saya ke pra tadika melihat kepada beberapa perkara dan setelah berbincang dengan guru taskanya...hehehe, kelakar..macam skima je ayat.

Perkembangan Kanak-kanak Pra tadika / Play school (3-4 tahun)
Kanak-kanak pra-tadika mahu menyentuh, merasa, menghidu, dan mencuba sesuatu dengan sendiri. Mereka teruja untuk belajar. Mereka belajar dengan cara mengalami dan melakukan sendiri. Mereka akan sibuk membina kemahiran hidup, menggunakan bahasa dan bersusah payah berlatih mengawal perasaan.

Kanak-kanak pra-sekolah mahu berkembang secara individu, tanpa terlalu terikat dengan ibubapa. Mereka lebih berdikari berbanding ‘toddler’ dan lebih mudah menyatakan keinginan kerana penguasaan bahasa mereka adalah lebih baik.
 
Perasaan takut selalu terbentuk semasa umur pra-tadika. Ketakutan yang selalu dialami adalah terhadap tempat baru dan dipisahkan dengan ibubapa atau orang yang penting bagi mereka. Anda boleh melihat mereka akan menguji anda banyak kali pada usia begini. Mereka mungkin akan menggunakan perkataan-perkataan yang anda larang atau berperangai yang menjengkelkan.
 
Pada usia begini, mereka mungkin masih bermasalah bergaul dengan kanak-kanak lain dan bermasalah berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan. Disebabkan perkembangan imaginasi dan fantasi yang meningkat, mereka mungkin sedikit bermasalah membezakan fantasi dan realiti. Ada yang akan bercakap tentang kawan-kawan ghaib mereka. Pada usia begini mereka perlukan peraturan yang jelas dan mudah supaya mereka kenal larangan dan perangai yang boleh diterima.

Pre school curriculum ?
Banyak nak kena tahu pasal maklumat curriculum pre school ni. Banyaknya yang tak tahu. Bila dibaca2 mengenai info ni, barulah tahu yang rupanya banyak juga program curriculum pre school ni. Antaranya, montessori, khalifah method, smart reader, etc. Kita ibubapa punya banyak pilihan untuk anak kita. Pilihlah yang terbaik untuk mereka. Untuk maklumat lanjut, saya akan ceritakan lagi nanti. Kita bersambung!!