Saturday 24 November 2012

Cuti Sekolah | Crafting 1

Cuti sekolah kali ni, saya sibuk dengan macam2 projek...hehehe, kononnya. Sebenarnya, macam tu lah saya setiap tahun. Bila ada benda yang teringin nak dibuat, tapi tak berkesempatan, semuanya dilonggokkan dalam cuti sekolah. Terutamanya, cooking, baking, crafting, sewing, etc. Bila dapat buat tu, puas sangat rasa.

So, petang tadi, saya menyiapkan projek keychain saya. Saya mulakan dengan pack DIY yang saya beli secara online. Seronok bila dapat buat sendiri. Tak susah rupanya. 

Kitty Keychain...first trial..

Teddy Keychain...second trial..

Saya ni baru first time jahit blanket stitch ni. Jahitan ni pernah saya belajar masa sekolah dulu. Tapi, dah tak ingat. Jahit jelujur ok la...hehe. Memang masa sekolah dulu, mak suruh jahit jelujur baju kurung sendiri.

Ok, nak permisi dulu. Manfaatlah cuti sekolah ni sebaiknya...untuk diri, keluarga dan masyarakat. Moga hidup diberkati Allah...Ameen.

Thursday 15 November 2012

Nasi Goreng Udang

nasi goreng udang
ni dia perencahnya..
ni anakanda tidur kekenyangan..tengok tv pun x habis..

Resepi nasi goreng udang ni sangat senang disediakan. Orang bujang pun boleh masak. Saya hanya gunakan perencah, tanpa bawang. Tapi, saya jarang masak nasi goreng udang ni sebab hubby tak berapa suka yang segera2 ni. Dia suka nasi goreng yang ditumis dengan bawang dan asli tanpa sebarang perencah. Ok, jom semak resepi.

Bahan-bahan:
4 cawan nasi
12 ekor udang - ikut selera
1 packet perencah nasi goreng cina Adabi
2 biji telur
Cili merah/ cili api (dihiris) - kalau campurkan pun sedap
Daun sup (dihiris)
Garam

Cara-caranya:
  1. Lerai2kan nasi kita..jangan ada yang berketul2. Pastu, ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng telur dulu...hancur2kan. Angkat dan letakkan di atas nasi kita tadi. Ketepikan dulu.
  3. Dalam kuali yang sama, panaskan minyak sikit dan goreng pula udang kita dengan sedikit garam sampai keluar air udangnya. Angkat dan letakkan atas nasi kita tadi. Ketepikan dulu.
  4. Dalam kuali yang sama, panaskan minyak sikit dan goreng cili pula sampai garing sikit. Pastu, masukkan nasi kita tadi bersama2 dengan telur dan udang yang telah kita sekalikan tadi.
  5. Teruskan menggoreng...gaul sebati. Pastu, masukkan perencah nasi goreng cina kita dan gaul sebati. Last sekali, masukkan daun sup kita dan gaul sebati dan terus tutup api. Siap untuk dihidangkan.
~nasi tu, saya agak2 je sukatannya sebab masa masak tadi tak sukat pun.
~Kalau gunakan cili merah dan cili api lagi sedap...warna nasi goreng kita pun cantik..naik seri.

Tuesday 13 November 2012

Resepi Carrot Cake Sedap

carrot cake...fresh from oven..
simple..carrot cake with cream cheese frosting

carrot cake..sangat sedap..
 Bahan-bahan:
1 1/4 cup minyak jagung
4 eggs
120 gm castor sugar
120 gm brown sugar
100 gm walnut & almond (dibakar dulu & dicincang)
1/2 cup kismis kuning

1/2 cup chocolate chip
1 1/2 cup carrot (diparut)
250 gm self raising flour (di ayak dulu)
1/4 tsp cinnamon powder
1/4 tsp salt

Topping:
250 gm cream cheese

100 gm butter
100 gm icing sugar
1/4 tsp esen vanilla



Cara-cara:

  1. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan minyak, castor sugar dan brown sugar, sebatikan - tak perlu sampai gula hancur.
  2. Masukkan walnut, kismis, carrot (perah sikit kalau berair), chocolate chip, garam, cinnamon powder. 
  3. Pastu, masukkan tepung sikit2. Guna spatula kayu untuk kaup-balikkan adunan.
  4. Masukkan dalam loyang berukuran 9 inch yang telah disapukan butter dan ditaburkan tepung atas butter (sikit jer.).
  5. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C. Cucuk kek dengan lidi untuk pastikan dah masak ke belum. Sekiranya dilidi tiada kek yang melekat, tandanya dah masak. Kalau ada melekat kat lidi tu, tandanya belum masak lagi. Bila dah masak, sejukkan di luar oven.

  Cara nak sediakan topping:
 
  1. Masukkan semua bahan dalam blender atau mixer. Blend sebati dan jangan berketul...nanti tak cantik. Kalau guna mixer jadi berketul2, guna je blender.
  2. Bila kek dah sejuk, sapukan atas kek. Sejukkan dalam fridge sebelum dihidangkan.
Resepi carrot cake ni saya ambil dari blog iLuvislam.com. Cuma, saya tambah chocolate chip, almond, dan saya ubah sedikit sukatannya. Ada kelainannya, cubalah! Kalau dah pandai nanti, jangan lupa share pada yang lain. Moga ilmu yang sedikit ini ada manfaatnya..Ameen.