Wednesday 29 February 2012

Surprise untuk papa..

framed khat..size A4

Hari ni, saya hadiahkan hubby tulisan khat namanya. Saya tempah design ni dari kawan facebook. Hubby memang suka sangat dengan seni khat ni. Dia boleh tekun siapkan karya khat dia berjam2. Minatnya pada seni khat menyebabkan saya teruja tempahkan tulisan khat atas namanya. Khat ni namanya Diwani Jali...memang khat yang paling dia suka. Saya pilih bentuk ni sebab nampak unik.

Tadi, saya ke kedai printing dan printkan design yang saya tempah ni atas kertas keras. Pastu, saya framekan. Simple dan kemas...saya pun jatuh cinta pada kehalusan seni khat ni. Hubby apatah lagi...asyik sengih memanjang tengok khat ni. Cantik sangat katanya. Alhamdulillah, suka bila hubby happy camni.

Tuesday 28 February 2012

Ayam goreng anak soleh

Ayam goreng ni saya masak ikut sesedap saya. Resepi tak tentu...ikut kreativiti. Yang penting kena berani mencuba. So, balik sekolah tadi saya gorengkan ayam untuk Muhammad. Ayam ni, saya beli kat pasar seksyen 6, Shah Alam. Suka beli kat situ sebab yakin halalnya dan ayamnya segar2. Pulak tu, memang saya kenal tokey ayam tu. Suami kepada sahabat se-usrah saya. Dia sembelih ayam tu sendiri. Saya memang dah lama tak beli ayam kat mana2 supermarket atau kedai2 runcit.

Resepi kali ni, memang resepi favourite saya sebab rasa dia tak heavy dengan rempah. Sesuai untuk selera budak2. Jom semak resepi.


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (buang kulit)
1 inci halia
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
garam
serbuk lada sulah
1 biji telur
tepung beras & tepung gandum

Cara-cara:
1. Blend halia, bawang besar, bawang putih sampai lumat
2. Perapkan ayam dengan bahan2 yang dah di blend tadi, garam & serbuk lada sulah lebih kurang 1/2 jam. Kadang2 tu, kalau nak cepat, perap 5 minit pun ok.
3. Pastu, pecahkan sebiji telur dalam ayam tadi, gaul2 dan biarkan. Sambil2 tu, panaskan minyak dalam periuk. Minyak mesti banyak..agak2 tenggelam ayam kita nanti.
4. Letakkan campuran tepung beras & tepung gandum dalam bekas. Golek2kan ayam tu atas tepung dan goreng dengan api perlahan supaya isinya elok masaknya.

*Ada macam2 kaedah nak salutkan ayam dengan tepung. Teknik ni penting untuk keragupannya. Nanti saya cerita kemudian. Nak serve dinner jap...hubby baru balik kerja.

Ok, kawan2, selamat mencuba.

Saturday 25 February 2012

Sup Ayam Muhammad

Budak2 memang suka makan sup. Kalau nasi tu berkuah atau ada sup, lajulah diaorang makan. Bertambah2 jadinya. Samalah dengan anakanda sorang ni. Kalau boleh hari2 dia nak makan nasi dengan sup. Dia selalu minta "mama! Muhammad nak nasyik ngan shup". Tapi, seminggu dua ni, lain sikit bahasa dia.."mama, syaya nak nasyik"..Hehe, kelakar lak. Ada tambahan "saya". Semua benda mesti ada "saya". "Syaya nak kencing"..Syaya nak syusyu"..Syaya nak air shedap"...Hehehe..apa2 ajelah anak mama ni. Agaknya, kat sekolah cikgunya ajar camtu. Dah pandai guna pronouns dalam ayat.

Jom semak resepi sup ayam mudah ni. Senang disediakan....rebus je.

sup ayam anak soleh mama

Sup Ayam Muhammad
Bahan-bahan:
1/2 ekor Ayam (buang kulit)
1 Sup bunjut Adabi
3 ulas Bawang besar (sederhana besar)..hiris
1 ulas Bawang putih..hiris
2 inci halia (hiris)...lebih sikit pun ok.
garam secukup rasa 
1 biji ubi kentang (belah 4)
Carrot, Kobis, Batang saderi
Daun sup

Cara-cara:
1. Masukkan ayam dalam periuk beserta air secukupnya, bawang besar, bawang putih, halia dan sup bunjut...sambil2 tu, bacakan selawat.
2. Pastu rebus je sampai naik minyak...pastu letak garam & rebus lagi.
3. Bila ayam nampak macam nak masak, masukkan kentang, carrot...rebus lagi sampai ayam betul2 lembut (Muhd suka ayam yang betul2 lembut..sampai terkeluar dari tulang)
4. Last sekali, masukkan kobis...kacau2...tutup api...dan masukkan daun sup yang dipatah2kan (nak hiris pun boleh)...SIAP.

*Saya masukkan sayur sekali sebab nak senang...dah tak payah masak sayur. Kira 2 in 1..jimat masa dan mudah.
*Saya tak gunakan chicken stock..rebus naturally dengan api yang perlahan. Nak sedap lagi, letak serbuk lada sulah. Makanan sihat untuk anak-anak.

Muhammad kalau sup dia ni dah siap masak..dia akan sibuk cari pinggan nak kita letakkan nasi dia. Pastu sibuklah dia duduk depan nasi dia & baca doa makan. Alhamdulillah, dia dah pandai baca doa makan dengan terjemahannya sekali (english version...hehehe..cikgu taska yang ajar translation tu).

Wednesday 22 February 2012

Donut sedap..

Malam ni, lepas solat maghrib, tak sabar nak cuba resepi baru..donut sedap. Kali ni, resepinya sangat mudah dan simple. Saya ambil dari blog Kak Ina . Siap ada tutorial cara buat donat ni. Memang banyak membantu. Tak perlu gunakan acuan donut. Buat bulat2, leperkan pastu tekapkan nozzle ditengah2nya. Kalau tak percaya, visit la blog akak ni. Akak ni memang businesswoman kuih-muih. Teruja tengok kuih2nya.

Saya sebenarnya tercari2 apakah makanan yang sesuai dijual disekolah, diwaktu balik. So, saya pun google resepi2 dalam internet yang mudah dan ringkas. Dalam seminggu tu, maybe boleh dipelbagaikan juadahnya. Isnin jual donut, selasa jual cupcake, rabu jual donut lagi...hehe..khamis cupcake lak..hehehe. Tak terlarat budak2 nanti..

proses mengembang..

dah siap goreng..

gebu..sedap!!
Ada banyak lagi donut yang saya goreng setengah masak tadi. Saya jadikan frozen. Plan nak decorate dengan coklat, jem, custard, etc. Hubby dengan anak pun suka makan. Makan tengah panas2, memang sedap!! Bak kata Muhammad.."shedapnyer mama mashak".


Resepi Donat Versi Zalin

500gm tepung gandum 
50gm gula pasir
50gm margerin
1 biji telur
1 1/2 sudu kecik yis kering (saya pakai mauripan..)
1 sudu kecik garam halus
1 sudu kecik baking powder
2 sudu kecik tepung susu (susu tepung anak umur 1 tahun pun ok...jgn susu Anlene)
250ml air suam (jangan panas sangat nanti yis mati..)

Cara-caranya:-

1.Bancuh air suam dengan gula...larutkan...pastu letak yis..biar sekejap (berbuih2)
2.Masukkan semua bahan dalam mixer...atau dalam bekas untuk yang nak uli pakai tangan
3.Kalau guna mixer uli 5 minit kelajuan sederhana..
4.Kalau guna tangan, lama sikit ye...sampai adunan tak melekat kat tangan
5.Tutup adunan...biar kembang selama 1 jam atau lebih...paling lama pun 3-4 jam...lama sangat nanti bau tapai pulak..
6.Adunan dah kembang baru la boleh dibulat-bulat macam kat tutorial tadi...

* Tabur sikit tepung kat dulang...kalau tak nanti melekat pulak donat tu dan susah nak angkat masa nak goreng nanti..
* Kalau adunan tu terlalu melekit (mungkin terlebih air atau telur besar sikit), renjis2 tepung sikit...kat tangan pun letak tepung...macam dalam gambar kat tutorial..donat tu ada tepung sikit2...banyak2 nanti keras pulak...
* Kalau dah goreng donat pastu rasa2 nak simpan lama, susun donat dalam bekas, lepastu bungkus pakai plastik wrap...jangan bagi masuk angin langsung...insyaAllah tahan lama lembutnya tu...

Monday 20 February 2012

Pemakaian muslimah yang sempurna

gambar google

Usaha & Ikhtiar

gambar xcantik..guna camera hp

Alhamdulillah...hari ni lega sangat rasa. Banyak kerja dah settle. Soalan2 exam dah siap semua. Lesson plan pun dah siap untuk minggu depan. Rumah pun dah dikemas...siap ubah layout. Saje2 suka. Entahla..kali ni rasa lebih bertenaga. Rasa nak buat banyak kerja. Biasanya, balik sekolah je..sempat masak untuk makan malam, pastu dah tak larat. Malam pulak, tidur awal. Tapi, kali ni memang rasa berbeza. Kat sekolah pun, siap berlari naik tangga ke kelas. Hehehee...kelakar lak. 

Lebih bertenaga
Terfikir2...sebenarnya saya perasan, sejak ambil multivitamin ni, dengan izin Allah, saya lebih bertenaga. Tapi, boleh tahan seleranya. Sebelum ni, tengahari saya tak makan nasi pun ok. Tapi, sekarang ni tengahari wajib makan nasi. Makan lauk aje tak jadi. Rasa menggeletar semacam je..sampai seminggu saya kena pedih ulu hati. Last2, saya makan juga nasi untuk tengahari. Cumanya, saya sikitkan kuantiti nasi. Makan banyak sayur-sayuran. Alhamdulillah, saya lebih selesa sekarang.

Pregnacare ??
Saya makan Pregnacare..multivitamin untuk rahim dan merancang untuk hamil. Makan sebiji je sehari. Saya beli dengan sedara dari UK. Kebetulan masa tu saya ke rumahnya di Seremban. Masa duk sembang2 tu, dia suggest saya ambil supplement ni sebagai ikhtiar untuk hamil. Saya mula2nya kurang yakin. Tapi, rugi pulak kalau tak cuba. Tengok pada nutritional info dia, saya beranikan diri untuk cuba. Mula2 tu, saya bawa product ni ke klinik, consult dengan doctor. Doctor senyum je kat saya..dia kata saya boleh makan product ni. So, sekarang ni, still duk makan pregnacare. Sekotak, ada 90 biji..untuk 3 bulan. Saya baru makan 2 minggu.

Usaha & Ikhtiar
Saya memang baru merancang2 untuk hamil lagi. Baru berkira2 untuk consult dengan doctor pakar. Masa nak mengandungkan anak pertama dulu, macam2 kami ikhtiar. Sampailah saya berjumpa dengan pakar sakit puan. Semua doctor2 yang pernah saya jumpa mengatakan bahawa saya normal, sihat dan tidak ada masalah untuk hamil. Yang tersirat adalah, belum ada rezeki untuk kami.

Macam2 doa dah dihafal dan dijadikan zikir harian, solat hajat bersama. Akhirnya, Alhamdulillah...Allah makbulkan doa kami...setelah 3 tahun perkahwinan, saya disahkan mengandung. Masa tu, macam tak percaya. Hubby belikan 3 pregnancy test. Ketiga2nya double line. Tapi, hubby tak percaya jugak. So, kami jumpa doctor untuk kepastian. Last sekali, barulah hubby tersenyum lebar.

Bila dah dapat anak yang pertama, hati ni rasa sangat2 bersyukur padaNya. Malu rasanya nak merayu lagi padaNya untuk anak yang kedua. Tapi, pada siapa lagi harus kita mengadu selainNya, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kawan2, jangan risau...Bagi yang belum menimang cahaya mata lagi..teruskan berusaha. Better kita jumpa doktor pakar untuk consult kita. Selain tu, jaga pemakanan kita. Makanlah makanan yang berkhasiat. Logiknya, badan yang sihat akan berfungsi dengan baik...Insya Allah. Andai perlu, ambillah supplement yang cukup untuk badan kita. Badan sihat, hati pun happy..ceria dan cergas. Selain tu, try juga berjumpa dengan ustaz2 yang merawat secara batiniah (Darul Syifa' ke....). Yang penting, think positive dan jangan putus harap dengan Allah. Tingkatkan usaha!..(hehehe...dah macam comment dalam buku record murid2 je).

Wednesday 15 February 2012

Minyak Wangi Kasturi Syifa'

Kasturi Syifa' adalah minyak wangi kasturi putih asli dari tanah arab yang telah didoakan dengan: 30 juzuk Al-Quran Ayat-ayat syifa' Ayat-ayat ruqyah Al-Muawizat As Maul Husna Doa-doa syifa' Selawat Tajrijiyyah Selawat syifa' Istighfar Solat Hajat dan lain-lain untuk tujuan perlindungan, hajat,penyembuhan dan rawatan islam. 

RM 35.90
hubungi saya untuk harga yang lebih menarik... 017-6295817

Monday 13 February 2012

Balik Kampung

Seminggu dua ni, teringin sangat nak balik kampung. Rindu pada suasana kampung. Rasa nak borak2 dengan mak, ayah, adik2 tersayang. Lepak2 atas katil...borak2, gelak2. Tenang rasa..pastu, petang2 keluar rumah..bakar2 daun, trim pokok2, siram pokok2 bunga, kutip buah2...seronoknya! Pagi2 pulak, keluar cari breakfast...rindu kat nasi kerabu, solok lada, nasi dagang, nasi tumpang, akok jagung, sardin gulung..huhu.

Sesekali bila teringat nak balik kota bharu, memang menitis air mata dibuatnya. Rindu pada saat2 kami sekeluarga berkumpul & bersama. Sedar tak sedar, dah lebih 5 tahun saya di klang valley bersama suami dan anak tercinta. Ingat lagi masa mula2 kami tinggal di damansara damai selepas 8 bulan perkahwinan, saya pada mulanya tak dapat sesuaikan diri untuk berjauhan dari mak ayah. Kerana sebelum tu, kami suami isteri tinggal serumah dengan mak ayah di kampung, kota bharu. Apa lagi, hampir setiap malam saya menangis rindukan mereka. Sampaikan hubby cakap "...kan abang ada ni..nape nangis2". Kesian lak..masa tu tak terfikirkan perasaan suami disisi. Walaupun hubby disisi, tak sama dengan rasa rindukan mak ayah di kampung. Hehe..tu cerita 5 tahun yang lalu.

Sekarang ni, kalau nak balik kampung, mesti nak hubby ikut sekali. Hubby pun dah tahu sangat dengan perangai saya ni. Sebab tu, walau cuti sekolah panjang sekalipun, saya takkan balik kampung tanpa hubby. Rasa kesian lak nak tinggalkan hubby kat sini dan saya dengan anak duk holiday kat kampung. Bila makan sedap2 je..mesti teringatkan hubby dirumah. Tak tenang jugak dibuatnya nanti. Saya pernah rasa macam ni masa 2 bulan berpantang di kampung masa melahirkan Muhammad. Tapi, Alhamdulillah, masa tu hubby kena outstation ke kota bharu untuk sebulan. So, lega sikit ada hubby disisi.

Tak sabar rasanya nak balik kota bharu cuti sekolah ni. Hubby plan nak bawa kami balik kota bharu cuti sekolah ni. Bawah ni gambar dolu2..sebagai kenangan.

ayahanda dgn kereta tolaknya..

muhd dgn opahnya (masa ni muhd 11 bln)

muhd temankan uncle sin

muhd ngan papa kat kebun dpn rumah

wahh!! banyaknya buah..

Wednesday 8 February 2012