Sunday, 7 August 2011

Beli atau Masak

anak soleh mama..teman mama masak..hehe

bawal mas masak Thai
sambal tumis udang

ayam masak asam pedas johor..resepi mak

::Masak sendiri::
Jimat, bersih & sedap.
Sebenarnya lebih jimat kalau kita masak sendiri lauk pauk untuk berbuka. Selain dapat mengikut selera tekak kita, kita juga dapat menjamin kebersihannya. Saya sendiri memang suka masak sendiri. Apa yang teringin dimakan, dapat kita sediakan. Boleh modified ikut selera anak & suami. Contohnya, gulai lemak kuning memang favourite anak saya & suami. So, saya akan kurangkan rasa pedasnya supaya anak pun boleh makan. Kadang-kadang cara kita masak memang berbeza dengan yang dijual di bazaar ramadhan. Tambah-tambah sekarang ni, indon-indon yang masak. Memang terasa kelainannya.

Kasih sayang
Masak dengan penuh kasih sayang..wahwahwah!. Bila masak dengan penuh kasih sayang, hati sentiasa gembira, senang, enjoy..dan yang penting, tak terasa penatnya. Tambah-tambah, bila suami dan anak suka dengan apa yang kita masak. Walaupun tak seberapa, cukup untuk buat hati kita berbunga-bunga..hehehe. Tambah-tambah anak soleh mama ni dah pandai cakap "mama! tima kaceh mama"..Dah menjadi kebiasaan, selepas makan, hubby akan cakap, "tima kasih mama". So, anakanda sorang ni..dah terikut papa dia..^_^

Saya sendiri, bukanlah pandai memasak. Saya masak ikut selera..rasa sedap sendiri..hehe. Main campak2..jadi. Yang penting, masa masak tu, jangan lupa berselawat dan fikirkan yang baik-baik. Moga-moga, lauk kita cukup rasa, walaupun kita tak dapat nak rasa (puasa). Masa ambil beras pun ada doanya: "Walaqad nasorokumullahu bibadriw wa antum azillah". Doa ni opah yang ajar. Boleh juga dibaca masa kita nak keluarkan duit.

::Beli lauk::
Awal Ramadhan lagi hubby ada memesan.."Mama, kalau mama xlarat, xyah masak. Nanti papa beli lauk..mama masak nasi". Hubby dah bagi green light untuk saya..hehe. Biasanya, bila balik sekolah, terus ke dapur memasak..tak sempat tukar baju lain. So, dengan baju yang dipakai di sekolah tu la, saya memasak didapur. Kelam kabut nak kejar masa. Konon-kononnya, banyak benda nak dimasak. Macam tu la hari-hari. Hubby selalu cakap, "papa tengok, mama tu kalau masak, lagi banyak belanja. Baik beli je".

Ramadhan tahun ni..saya dan hubby memang sangat berjimat. Selalunya, hubby akan belikan dua jenis lauk dan saya masakkan nasi. Cuma, dalam seminggu tu, ada la 2-3 kali saya masak sendiri. Teringin juga nak berbuka puasa di masjid. Tapi, xsempat lagi. Surau yang dekat dengan rumah, Surau Islah, memang setiap hari menyediakan juadah berbuka puasa. Kami solat terawih disitu dengan anak soleh sorang ni..hehehe. Kadang-kadang, solat dirumah je.

Walau apapun, yang penting jangan membazir. MASAK atau BELI..biarlah mengikut keperluan kita. Bulan puasa ni, kita bukannya makan banyak. Perut mudah 'so oh'..bak kata orang klate. Saya sendiri, banyak minum air daripada makan. Apa yang penting, janganlah sampai ianya memudhoratkan kita..sampai susah nak solat terawih..tak boleh bangun, dan sebagainya.
 -------------------------------------------------------
::Resepi Asam Pedas Johor::
Ayam (goreng dulu dengan kunyit & garam)
Bahan Kisar
bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, buah tomato, belacan,  lada hitam, cili kering, cili merah
Perasa
air asam jawa, garam, gula, chicken stock
bunga kantan, daun kesom

Caranya 
  • tumis bahan kisar dengan minyak yang cukup sampai betul2 pecah minyak.
  • pastu masukkan air asam jawa dan semua perasa..
  • lepas gelegak, rasa kuahnya..biar cukup rasa..then masukkan ayam yang dah digoreng.
  • finally, masukkan bunga kantan & daun kesom..

No comments:

Post a Comment