Tuesday, 5 July 2011

Kek Karamel


BAHAN A ( GULA HANGUS )

* 2 sudu besar gula (untuk buat gula hangus)
* tabur gula dalam loyang & masak atas api perlahan..biar gula hancur & warna tukar jadi perang)

BAHAN B ( KAREMEL )

* 1/2 tin susu cair FN...(boleh tmbah kalau nak karamel tebal sikit)
* 70gm gula kastor
* 1/2 sudu teh esen vanila
* 3 biji kuning telur...(kalau tambah susu cair kena tambah kuning telur )

BAHAN C ( KEK )

* 140gm tepung gandum (saya guna Self Raising Flour..so, tak payah bubuh baking powder)
* 70gm gula kastor
* 3 biji kuning telur
* 135ml air biasa
* 1 sudu teh baking powder 
* 45ml minyak masak (saya guna minyak jagung)

BAHAGIAN D ( MERINGUE )

* 6 biji putih telur
* 70gm gula kastor
* 1 sudu teh krim of tarta

Cara membuatnya:

1. Kacau semua bahan (B) perlahan2...jangan bagi berbuih2...nanti x jadi karamelnya...

2. Masukkan (B) tadi dalam loyang gula hangus tadi.

3. Pukul bahan (C)

4. Pukul sampai bhn (D) sampai jadi kembang & bila kita angkat, dia x jatuh...

5. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..

6. Bahagikan kepada beberapa bahagian warna kalau nak..(saya letak warna merah je..very light)

7. Masukkan ke dalam loyang yang tadi..jangan risau!..kek ni selamat & tak bercampur dengan karamel tadi.

8. Bakar cara steam bath - selama 1jam suhu 160-180C

9. Bila masak angkat & rest 10 minit baru terbalik kan kek yang dibakar tadi...

10.Masukkan dalam peti sejuk 1jam & makan sejuk2...sedap.

Ambil resepi ni dari kawan..thanks Sufi! Cubalah resepi ni..sedap..kalau nak kurang manis, boleh kurangkan gula.

No comments:

Post a Comment