Wednesday, 6 July 2011

Kaedah Bain Marie/ Steam bake



Dalam sibuk mencari pelbagai resepi untuk dicuba, pelbagai istilah ditemui. Terlalu banyak untuk dipelajari. Seronok sebenarnya bila dapat tahu satu-satu ilmu baru. Hati berbunga-bunga..hehe. Saya kongsikan ilmu ni untuk kawan-kawan semua. Moga ada manfaat dan kebaikan bersama (‘’,).

Apa itu Bain Marie
Bain marie adalah satu cara yang digunakan untuk membakar kek dengan teknik steam bake.
Teknik memasak ini biasanya digunakan untuk kek-kek yang lembut seperti custard atau sos yang bahannya menggunakan banyak kuning telur atau cheese cake yang mengandungi putih telur secara meringue.
Tujuannya membuat kek tetap dalam suhu rendah selama memasak dan menghindari masakan cepat masak dan menghindari saus /cake menjadi kecokelatan warnanya. Kek juga tidak akan kering dan merekah.

Cara memasak
1. Adunan kek dimasukkan dalam loyang atau Springform, tetapi loyang itu perlu dilapis dengan foil dahulu dan melebihi dari loyang asal supaya senang ditanggal nanti atau dikuatiri termasuk air.
2. Loyang tadi diletakkan dalam loyang yang lebih besar dan isikan air setinggi 1 inci.
3. Masukkan loyang kedalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160'C atau seperti arahan pada resepi kek.
4. Bakar/masak mengikut arahan resepi. Sewaktu membakar, 30 minit masa pertama, janganlah duk buka oven tu. Biarkan kek kita tu naik elok-elok, cantik. Kalau duk buka je oven tu, kek kita terbantut nanti. Lagi pun, cheese cake biasanya masak dalam masa 1 jam hingga 1 jam 15 minit.
5. Bila telah siap masak biarkan kek dalam oven dan renggangkan pintu oven untuk beberapa jam.

No comments:

Post a Comment