Sunday 10 March 2013

Ragam awal tahun 2013

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah masuk bulan Mac kita di tahun baru 2013. Pelbagai perancangan dan aktiviti dah dilaksanakan dan banyak lagi perancangan lain yang sedang diusahakan...ye tak. Saya sendiri tahun ni memang terasa kesibukkannya. Blog ni pun saya hold dulu. Bukan tak ingat nak meng-up date. Tapi, saya dulukan aktiviti2 lain yang tak putus2 perlu dilaksanakan.

Semakin sibuk di sekolah
Di sekolah, guru-guru memang tengah sibuk dengan sistem baru pendidikan dalam perlaksanaan PBS. Walaupun saya tidak terlibat dek kerana saya tidak mengajar murid2 tahap 1, lempiasnya dirasai bersama kerana gerak kerja kami disekolah saling berkaitan dan kami tiada pertambahan guru.

Tambahan pula sekarang ni anakanda Muhammad Farhi dah bersekolah sekali dengan saya, dibangunan yang sama. Cuma dia di tingkat atas (pra). Biasanya, bila ada kerja yang tidak dapat disiapkan waktu sekolah, saya akan stay back di sekolah siapkan kerja sampai pukul 5 petang. Terutamanya kerja2 rutin marking worksheet budak2, buat lesson plan, dan sebagainya. Tapi, semenjak ada anakanda di sekolah ni, kena melayan dia dulu sebelum sambung kerja2 lain.

Ragam Muhammad di sekolah
Sekarang ni bila ada anakanda ni, kelam kabut sikit saya di bilik guru. Hehe..maklumlah boboiboy tu, sekali dia bertukar, aktifnya boleh tahan. Sampai masuk ke bilik guru besar. Bilik guru tu dibuat macam rumah sendiri. Mula2 dulu, Muhammad pernah terkencing di depan bilik meeting. Kelam kabut juga saya. Segan dengan guru2 lain. Masa tu, saya tengah meeting bersama HOD yang lain dan saya tak benarkan anak saya ikut masuk meeting. So, saya suruh dia stay di bilik saya. Tengok2, dia duk mengintai2 di luar bilik meeting nak panggil saya. Saya buat tak layan dan teruskan meeting. Apa lagi, terkencingla kawan tu kat depan bilik meeting..hehe. Itulah cabarannya mula2 dulu...terkencing kat bilik meeting, tumpahkan air di carpet bilik guru, makan biskut bersepah2 atas carpet, main air kat sinki bilik guru, panjat2 meja guru2 lain..hehe..memang kelam kabut mula2 dulu. Alhamdulillah, sekarang ni dah banyak berubah dan senang dikawal. Dia suka colouring & drawing. Bagi dia kertas satu, dia akan leka dengan drawing & colouring. Masa tu, bolehlah saya siapkan kerja2 lain.


Cuti sekolah bulan Mac
Cuti sekolah pun dah tak lama. Insya Allah, saya akan balik kampung (kota bharu) untuk 3-4 hari. Andainya masa tu ada pilihanraya, hubby tak ikut sekali. Saya akan balik dengan adik. Tak sabar rasanya nak balik kampung. Nak belajar menjahit telekung solat dengan mak. Mak jahit telekung solat memang kemas...cantik dan tak perlu untuk pakai anak tudung. Mak selalu juga dapat tempahan jahitan telekung ni. So, rugi kalau saya tak belajar dengannya kan..huhu.


Bisnes masih berjalan
Tahun ni, bisnes saya ada banyak perubahan yang telah saya dan suami rancangkan. Rasa macam banyak benda yang boleh dibuat. Tapi, tak semuanya dapat dilaksanakan atas kekangan masa, kesihatan, dan kewangan. Kena buat sikit2..satu2..baru tak serabut. Fokus pada satu benda lebih elok daripada banyak benda yang tak terlaksana. Insya Allah, moga tahun ni lebih baik dari tahun2 lepas.

Okey, sekian dulu untuk entry kali ni. Nantikan produk2 premix terbaru edaran Wan Home Bakery dengan harga yang menarik. Jalapeno cheese powder masih banyak dalam stok kami dan ramai customer dah repeat order. In Sya Allah, minggu depan akan sampai mashed potato premix yang rasanya memang macam kfc. Ianya sekali dengan gravy yang juga premix. Ada banyak lagi produk premix kami yang akan kami promosikan tahun ni. In Sya Allah, sangat berbaloi dan memuaskan.