Monday 29 October 2012

Singgang Daging

Hari ni saya masih lagi bercuti sempena cuti Aidiladha. Hubby dah mula kerja hari ni. So, tinggallah saya dan anakanda sorang ni dirumah. Lunch hari ni saya masak singgang daging sebab daging banyak dalam freezer tu. Daging bawa balik dari kampung semalam. Peti ais pun taklah besar mana...sumbat2 juga dalam freezer tu..hehe. Resepinya sangat mudah. Ikut citarasa saya. Jom semak resepi.

Bahan-bahan:
1/2 kilo daging(dihiris2)
3 biji bawang putih (diketuk2)
1/2 inci halia
2 inci lengkuas
1/2 sudu kecil budu
cili api (tak perlu dipotong...biarkan sebiji2...ikut pedas)
sedikit gula melaka & garam secukup rasa

Cara-cara:
Rebus je semua ni dengan api yang sangat perlahan. Kalau ada pressure cooker lagi senang. Rebus dulu daging sampai lembut, baru masukkan bawang putih dan bahan2 lain.

Senang je kan respinya..ni resepi ikut citarasa saya. Kalau mak yang masak, dia tak letak lengkuas, budu, gula melaka, cili api. Ok, selamat mencuba!

Thursday 25 October 2012

Strawberry Cheese Tart

strawberry cheese tart in e making..

siap dihias...
fresh from oven..dah masak..
sedap sangaat...
Dah lama nak buat cheese tart ni. Alhamdulillah, petang tadi dapat buat dan cadangnya untuk makan raya. Tapi, tak banyak sangat...dapat 2 bekas je. Nak buat lagi sempat ni...tapi badan dah letih. Satu hari ni kelam kabut membasuh baju je. Baju2 untuk balik kampung belum di kemaskan lagi. Esok pagi2, kami akan beraya dengan opah dulu, pastu terus ke Tanjung Karang. Anakanda sorang ni asyik nangis je tadi sibuk tanya bila nak balik kampung. Sampai dah tak larat nak pujuk....hehe. Dia cakap "mama!!...nak balik kampung acik atol..cepatlah siap!!" . Kesian dia..rindu kat kampung. Memang dah lama tak balik pun. Bila ditanya kat kampung ada siapa? Mulalah dia sebut nama sorang2...atok, nenek, acik atol, acik wardah, iman...hehe.

Resepi Strawberry Cheese Tart
Tart shell:
340 gm butter (Anchor-salted)
100 gm icing sugar
2 biji telur (gred C)
580 gm tepung gandum
2 tsp esen vanilla
acuan tart

Cara-cara:
  1. Dengan menggunakan spatula kayu, pukul butter dan icing sugar sampai sebati. Jangan pukul lama sangat.
  2. Then masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi dengan menggunakan spatula.
  3. Then, masukkan tepung sikit2. Pukul lagi sampai jadi dough. 
  4. Then, masukkan dough tadi dalam plastik dan simpan dalam fridge semalaman. Kalau nak cepat, simpan setengah jam pun ok.
  5. Then, letakkan dough tadi ke dalam acuan. Tekan elok2, biar tak nipis sangat dan tak tebal sangat. Then, cucuk dengan garpu sebelum dibakar dengan suhu 170'c selama 25 minit atau sehingga masak.
  6. Biarkan sejuk sebelum diletakkan fillingnya.Tart shell ni boleh disimpan didalam chiller/ fridge. Bila2 nak guna, senang dah ada kan...

Cream cheese:
250 gm cream cheese (Philadelphia)
50 gm castor sugar
1 biji telur (gred B)
1/2 tsp esen vanilla / esen lemon

Cara-cara:
  1. Keluarkan cream cheese 30 minit awal sebelum digunakan. Tapi, jangan biarkan cream cheese jadi suhu bilik.
  2. Blend semua bahan. Letakkan telur dibawah sekali. Pastu bahan-bahan lain tu masukkan je semua. Then, blend sampai lumat dan tak berketul. Senang je cara saya..hehe.

Cara nak letakkan filling dan cream cheese:
  1. Pastikan tart shell kita betul2 sejuk.
  2. Letakkan strawberry filling tadi ke dalam piping bag. Letakkan juga cream cheese ke dalam piping bag.
  3. Dalam tart shell kita ni, letakkan filling dulu, baru letakkan cream cheese. Then decorate atasnya dengan pewarna merah.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 5-10 minit. Nak tahu dah masak ke tak...caranya; letakkan hujung jari kita atas cream cheese tu. kalau dah tak melekat, tandanya dah masak.
Ok, cubalah..sedap sangat. Saya ni first time buat. Kena improve lagi pembuatan tart shell saya. Tak kemas nampaknya.

Kalau nak lebih jelas, jom tengok tutorialnya disini. Ada diajarkan cara2 nak decorate tart kita ni. Terima kasih banyak2 atas tunjuk ajar Pn Azlita. Memang sangat jelas. Suka baca blog Pn Azlita... ^ ^

Wednesday 24 October 2012

DIY Bunga Tisu Carnation

dijadikan bunga telur..ni hasil kerastangan guru2..

tutorialnya akan saya upload kemudian..boleh juga ke sini.





Saturday 20 October 2012

Tahniah Kelantan!

gambar dr mr google

Alhamdulillah dan Tahniah buat The Red Warrior dan Kelantan atas kejuaraan mereka dalam Piala Malaysia 2012 dan misi treble mereka berjaya dengan suksesnya. Sangat terharu bila melihatkan suasana stadium yang penuh dengan warna merah tanda sokongan rakyat Kelantan yang kuat dan bersemangat.  Difahamkan bahawa 3/4 stadium dipenuhi dengan penyokong-penyokong The Red Warrior. Mereka semua tekad dan berusaha untuk turun Shah Alam tidak kira yang datang dari Kelantan, yang menetap di Shah Alam sendiri, dan yang berada di mana jua (Perak, Perlis, Johor, dan lain-lain). Mereka yang berada di luar Malaysia juga turut menonton perlawanan tersebut melalui streaming. Begitulah kuatnya sokongan rakyat Kelantan, semuanya bersatu demi The Red Warrior, demi maruah negeri Cik Siti Wan Kembang. Tahniah! Allahu Akbar! 3x.

So, hari ni saya masak nasi berlauk gulai ikan tongkol bersempena dengan kemenangan Kelantan semalam. Hehehe...tak pernah2 masak nasi berlauk ni untuk breakfast. Tup2, hari ni nak masak lak. Biasanya, kalau nak makan masakan Kelantan ni, saya ke Padang Jawa je. Suka makan kat kedai akak Kelantan tu. Sedap sangat. Tapi, semenjak tak sentuh nasi ni, dah lama tak pergi kedai tu. Hari ni, saya masak untuk breakfast and lunch sekali. Lunch nanti, kalau perlu, saya tambah lauk lain.

gulai ikan tongkol...ada timun, cili api & telur rebus..
Gulai ni saya masak ikut rasa saya. Ikut bahan apa yang ada kat dapur. Bukan originally resepi Kelantan. Nak resepi ke?...hehe. Ok, jom semak resepi.

Gulai Ikan Tongkol Mama Farhi
Bahan-bahan:
Seekor ikan tongkol hitam (siripnya panjang.kalau tongkol putih, siripnya pendek)
4 biji Bawang merah
1 biji Bawang putih
1/2 sudu kecil Jintan manis
1/2 sudu kecil Jintan putih
1/2 sudu kecil Ketumbar
halia, lengkuas (banyakkan lengkuas dari halia)
serbuk kunyit
asam keping
santan pekat
timun (potong memanjang)
garam & gula/ gula melaka
*bahan rahsia -chicken stock (1/4 dari kiub)

Cara-cara:
  1. Blend bawang2, jintan2, ketumbar, halia, lengkuas. 
  2. Then, tumiskan bahan blend tadi sampai naik minyak dan cantik. Masukkan serbuk kunyit, ikan tongkol, asam keping. Ikan tu lebih kurang 600 gm.
  3. Biarkan seketika sampai air ikan keluar. Biarkan lagi sampai air ikan tadi kering sikit. Barulah masukkan santan pekat dan timun. Kacau perlahan-lahan sampai gelegak. Siaplah gulai kita. Pastu, boleh masukkan cili api, dan telur rebus dalam gulai tu. 
~Emmm...sedapnya dimakan dengan nasi panas2. Cili api tu gigit2 makan dengan nasi. Emm...memang sedap bak kata orang kelantan.."nyakut molek".
~kalau mak saya, dia rebus dulu ikan tongkol tu dengan asam keping dan garam. Rebus pun tak letak air. Api perlahan je...biar air ikan tu kuar sendiri. Pastu, gulainya tak ditumis dan tak letak jintan2...hanya guna ketumbar dan cili kering sikit. Kalau cili boh tak sedap. Then, masukkan semua bahan dalam periuk.
~Kalau guna kunyit hidup lagi sedap.

Friday 19 October 2012

DIY Play dough

Bahan-bahan :

  2 cawan tepung gandum
  1 cawan garam halus
  1 cawan air
  1 sudu makan minyak minyak masak.
  sedikit pewarna

Cara-cara :

  1. Campurkan tepung,garam dan air di dalam mangkuk. Kemudian tambahkan minyak masak untuk mengelakkan doh menjadi keras.
  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil mengikut jumlah warna yang disediakan,selepas itu titikkan beberapa titik warna bagi setiap bahagian.Warna ikut selera masing masing. Kemudian uli sehingga warna rata.
  3. Setelah itu, simpan doh yang telah siap di uli dalam bekas yang kedap udara.
Tepung gandum tu, saya guna lebih sampai tidak melekat di tangan. Boleh juga dimasak. Caranya, boleh tengok kat web ni DIY Play dough.

Dough ni selamat untuk kanak-kanak. Mesti seronok dapat main dough ni puas-puas.
Muhammad busy dengan play dough dia..
*ni je gambar yang sempat diambil. Muhammad ni excited sangat dengan play dough dia. Dia yang sibuk suruh saya pi beli tepung. Pastu sepanjang kat Giant masa beli tepung tu, dia duk kepit je tepung dia. Sampai je rumah, sibuk suruh saya buat. So, saya siapkan bahan-bahan dan dia yang uli sendiri. Seronok tengok dia tekun menguli tepung. Then, saya yang warnakan dough dia. ^_^

Thursday 18 October 2012

Budak baru belajar

Alhamdulillah, hari ni rasa lebih sihat berbanding semalam. Dah boleh kembali masak untuk dinner. Balik sekolah tadi terus beli barang untuk masak. Kesian kat hubby & anakanda sorang tu, asyik makan tak proper. So, hari ni saya masak betul2. Gulai ayam masak lemak, tempe goreng dengan terung. Masakan saya memang cukup2 untuk Muhd dengan papa dia. Kalau masak lebih, nanti saya juga yang kena habiskan. Tabiat ni tak elok dan saya cuba kurangkan. Semenjak dah tak makan malam ni, badan rasa ringan sikit.

Lepas siap memasak tadi, duk fikir2 nak buat persiapan hari raya haji ni. Hehehe...simple2 je. Hari raya haji tahun ni, niat dihati nak jahit langsir baru. Dah 2 tahun tak bertukar langsir. Nak jahit yang simple je, sedap mata memandang. Tak suka yang beropol2. Jahit straight je. Baju raya...pakai yang hari raya puasa hari tu je. Cumanya, saya nak touch up sikit. Hehe..nak jahit manik kat lengan. Baju raya tahun ni, saya berjaya jahit sendiri. Hubby pun suka & excited tengok saya menjahit. Yang paling buat saya happy bila hubby percaya kat saya. Dulu, sebelum kahwin, saya pernah jahit blouse dan jubah sendiri. Jahitan yang sangat simple. Belajar dengan kawan. Tapi, kali ni, saya banyak belajar dalam blog2 kawan. Terima kasih atas tunjuk ajar kalian. Itulah namanya ilmu yang bermanfaat yang boleh di bawa mati...Ameen.

baju kurung...baju raya tahun ni..

peasant blouse..bawah lutut..pakai kat rumah je..

leher luas, selesa sangat..

simple...jahitan manik

Ok, nanti saya share macamana nak jahit peasant blouse dan baju tidur. Memang selesa jahit sendiri. Design peasant blouse tu boleh dijadikan baju tidur juga. Jahit labuh sikit ke bawah lutut, dan jahitkan english lace dilengan dan bawah. Pilih kain yang lembut dan jatuh...warna lembut2..mesti cantik dipakai untuk suami.

Monday 15 October 2012

Misi belum selesai

15/10/2012::Isnin
Hari ni saya tak ke sekolah. Semalam, doktor bagi mc sebab tekanan darah saya naik tinggi (160/105). So, hari ni saya tak ke sekolah. Hari ni doktor suruh datang check bp lagi. Adui..banyak kerja sekolah tak dapat nak buat hari ni. Tambah2 sekarang tengah sibuk dengan persiapan Majlis Ihtifal.

Semenjak saya ke gym ni, memang selalu sakit tengkok. Lepas habis main, terus sakit tengkok. So, semalam rasa tak sedap hati. Terus saya ke klinik sebelum ke gym. Tup2...doktor tak bagi ke gym lagi. Doktor nak monitor tekanan darah saya dulu. Doktor kata, maybe saya kena start ambil ubat darah tinggi esok. Emmm...dah tak tahu apa nak kata. 

Apa pun, saya akur dengan keputusan doktor. Andai perlu on medication, ikut je. Maybe saya boleh ke gym lagi bila bp dah stable. Misi menurunkan berat badan belum selesai. Aerobic class pun belum habis belajar lagi. Seronok sebenarnya workout kat gym. Badan rasa segar, lebih berstamina. Rasa nak berlari je. Naik tangga pun rasa nak lari..berjalan pun rasa nak lari. Rasa ringan badan ni. Balik rumah, banyak kerja rumah boleh settle.

16/10/2012::Selasa
Alhamdulillah, pukul 10 pagi tadi saya ke klinik untuk check bp. Terkejut bila doktor kata normal pula (120/80). Katanya saya kena datang balik esok untuk check bp lagi. Doktor tak galakkan saya ke gym. Dia cakap, saya elok jalan je kat tasik. Buat slow2. Maybe hari pertama jalan keliling separuh tasik, pastu esok2 3/4 keliling, esok2 1 pusingan tasik. Lama2, bila dah biasa, boleh lari2 anak pula. Kata doktor, tak perlu ambil masa yang lama sekali jalan. Emm...iklan kat tv cakap bersenam untuk 20 minit sehari dan buat 3 kali seminggu. Statement tu hanya untuk orang yang nak maintain bukan orang yang baru nak bersenam macam saya. Doktor cakap, saya tak boleh terlalu nak kejarkan nak kurus cepat. Sebulan dapat turun 1-2 kg pun ok.


Peristiwa Zulhijjah


Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah, Rabbul 'Alamin. Selawat dan salam atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW.

Esok dah 1 Zulhijjah dalam bulan Islam. Teringatkan saya akan tazkirah mudirah (guru besar) sekolah saya yang menceritakan tentang peristiwa 1 Zulhijjah ni. Dikatakan bahawa pada hari tersebutlah berlakunya pertemuan diantara Nabi Adam dan Hawa setelah 40 tahun berpisah setelah diturunkan ke bumi. Dalam masa 40 tahun itu, cinta Nabi Adam dan Hawa tidak pernah luntur walau sedikitpun. Mereka terus berusaha mencari antara satu sama lain dan tidak pernah berputus asa. Dalam pencarian tersebut, mereka sentiasa berzikir dan berdoa dan terus berdoa. Akhirnya mereka bertemu di Jabbal Ar Rahmah. Sebab tu, orang kata, kalau nak mohon cepat jodoh, berdoalah di Jabbal Ar Rahmah. 

Maka sebagai memperingati peristiwa tersebut, elok kita berpuasa pada 1 Zulhijjah. Jom kawan-kawan, kita berpuasa esok (Rabu, 17 Oktober, 1 Zulhijjah).

Banyak lagi peristiwa yang berlaku di bulan Zulhijjah ni. Antaranya: (yang ni saya search dari google).

2 Zulhijjah
Nabi Yunus AS dilepaskan dari perut ikan Nun.

3 Zulhijjah
Hari dimustajabkan doa nabi Zakaria AS.

4 Zulhijjah
Hari Keputeraan Nabi Isa AS.

5 Zulhijjah
Keputeraan Nabi Musa AS.

6 Zulhijjah
Hari kemenangan dan pembukaan kota Khaibar bagi Rasulullah SAW.

7 Zulhijjah
Hari dipadam api neraka Jahannam dan ditutup pintunya. Tidak akan dibuka pintu tersebut melainkan selepas berlalu 10 Zulhijjah.

8 Zulhijjah
Hari Tarwiyyah

9 Zulhijjah
Hari Arafah

10 Zulhijjah
Hari Raya Eiduladha

Sabda Rasulullah SAW : Tidak ada hari yang lebih Allah kasihi untuk melakukan ibadah kepadaNya daripada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah. Allah menimbang puasa pada tiap-tiap hari tersebut dengan timbangan puasa setahun dan sembahyang pada tiap-tiap malam tersebut dengan timbangan sembahyang pada malam Lailatul Qadar.

Sunday 14 October 2012

DIY Fitted bed sheet


Hari ni saya cuba untuk buat fitted bed sheet sendiri. Senang nak sarungkan, tak mudah tercabut. Bed sheet sekarang ni memang mahal kalau nak yang elok kainnya. So, eloklah jahit sendiri. Baru puas hati. Hari ni saya jahit menggunakan bed sheet yang sedia ada dan alter sikit jadikan fitted (bergetah). Esok2 nanti, boleh beli kain lak..

Nanti saya updatekan tutorial nak jahit dan ukur bed sheet ni ye.

Tuesday 2 October 2012

Sambal kicap bihun sup sedap

Sambal kicap ni saya belajar daripada kawan sekerja. Memang sedap dan lain dari yang lain. Rasanya cukup dengan pedasnya, manisnya, lemaknya, masinnya. Kalau tak percaya, boleh cuba. Sambal kicap ni sangat sesuai untuk bihun sup ayam, daging dan sebagainya. Saya abadikan resepi ni dalam blog saya sebagai rujukan dikemudian hari. Jom semak resepi.

Bahan-bahan:
Segenggam cili api (dibasuh dan tak perlu dibuang tangkainya)
Sebotol (kecil) Kicap Cap Kipas Udang
4 labu Bawang besar (dihiris)

Cara-caranya:
Goreng bawang yang dihiris sehingga garing. Pastu ketepikan.
Goreng pula cili api dengan minyak yang sama sampai garing sikit. Pastu ketepikan.
Then, masukkan kicap sebotol, bawang dan cili yang telah digoreng tadi ke dalam blender. Blend sampai lumat. Siap! Masukkan sambal kicap kita ni ke dalam bekas dan siap untuk dihidangkan bersama bihun sup kita.