Namun, rasa sangat ralat sebab kali ni cameraman kami tak dapat datang di saat-saat akhir. Takpela, ada hikmahnya tu. Cameraman tu tiba-tiba pening dan tak sihat pagi tadi. Kesian kat dia. Moga dia cepat sembuh. Walaubagaimanapun, masih ada dikalangan guru-guru yang sempat snap beberapa picture kami semua...Alhamdulillah.
Hadiah Hari Guru
Alhamdulillah, tahun ni masih lagi berpeluang dapat hadih-hadiah dari anak murid. Terima kasih banyak-banyak.Tahun ni saya sediakan saguhati kecil pada murid-murid yang bagi hadiah pada saya. Ala..bukan apa pun. Saya bagi diaorang cartoon brooch. Yela..asyik murid-murid je yang bagi hadiah kat kita kan. Tu yang kali ni nak bagi gak.
Dalam banyak karenah murid-murid yang bagi hadiah ni, saya tersenyum bila memikirkan ; anak-anak murid kita ni...
1. Ada yang bagi hadiah pada guru kelas sahaja (hehe..ni yang seronok jadi guru kelas ni..)
2. Ada yang bagi hadiah pada semua guru yang ada di sekolah...di Sri Pintar hanya ada 16 orang guru (yang ni memang bagus..takkan ada guru-guru yang terasa)
3. Ada yang bagi hadiah pada semua guru yang mengajar dia sahaja (ok jugak tu..)
4. Ada yang bagi hadiah pada guru-guru yang dia suka sahaja (..ni kira nasib la..)
5. Ada yang bagi hadiah pada guru yang garang-garang sahaja (..hehe, nak bodek la tu..)
Di sekolah saya, ada seorang murid ni..memang setiap tahun dia bagi hadiah pada semua guru dan hadiahnya adalah pen merah. Samalah dengan saya dulu. Teringat masa zaman sekolah dulu, ayah saya akan belikan saya pen merah untuk dijadikan hadiah hari guru. Bukannya tak mampu untuk beli lebih mahal dari itu. Tapi ayah saya seorang yang sangat berhemah dalam berbelanja dan tidak suka mengajar anak-anaknya bermewah. Pada masa tu, saya rasa malu je nak bagi hadiah tu pada guru-guru.Ye la, hadiah saya tak seberapa. Tak macam kawan-kawan lain. Hadiahnya besar-besar.
Tapi, bila saya sekarang bergelar seorang guru (dah lebih 6 tahun mengajar), barulah saya rasa apa perasaanya dihadiahkan pen merah sempena Hari Guru. Biasanya, setiap kali hari guru, saya akan kumpulkan pen merah yang dihadiahkan murid-murid dan saya akan gunakannya satu persatu. Memang sangat berguna. Kadang-kadang tu, sampai hujung tahun pun tak payah beli pen merah lagi. Senang nak bagi pahala pada mereka yang hadiahkan saya pen merah ni. Hari-hari saya guna. Berbanding yang hadiahkan hiasan-hiasan yang pelbagai...selalunya saya akan simpan dalam kotak sebab takde tempat nak pamerkan hiasan-hiasan tu. Rasa ralat je sebab tak dapat nak gunakan. Kat rumah, memang dah berkotak-kotak penuh dengan hiasan yang dihadiahkan murid-murid sempena Hari Guru.
Walau apapun, hadiah yang paling berharga bagi seorang guru adalah keikhlasan dalam ukhuwah yang dibina dan kejayaan murid-murid tercinta. Saya sendiri rasa sejuk hati bila anak-anak murid berakhlak mulia dengan kita..sejuk mata memandang. Kalau tak pandai, tak apa..yang penting pandai jaga akhlak. Yang kurang pandai akan jadi pandai bila berakhlak mulia dengan guru. Ia selalunya datang dengan pekej..."murid pandai dan berakhlak mulia". Bila akhlak murid dengan guru dijaga, guru dengan rasa senang mengajar dan mendidik muridnya. Bahkan didoakan muridnya agar berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat.
Ya Allah, di saat kesempatan yang diberikan olehMu untukku bergelar GURU ini, jadikanlah daku guru yang cemerlang dunia dan akhirat. Menjadi jutawan akhirat yang berjaya. Mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah.
16 Mei 2012 - Sekolah Sri Pintar, Shah Alam |
No comments:
Post a Comment