Malam ni, saya siapkan ribbon brooch yang dah lama nak buat tapi asyik tergendala je. Hubby dengan anakanda tidur awal malam ni. Hubby tak sihat, demam selsema sejak dari semalam. So, malam ni boleh kusyuk buat ribbon brooch ni. Mula-mula ni, memang terkial-kial juga. Tapi, bila dah 2, 3 kali buat...Alhamdulillah, senang bila tahu teknik yang betul.
Ribbon brooch ni, projek saya untuk jualan pasar malam dan jualan umum. Tumpang jualan pasar malam adinda...hehe. Dia memang rajin berniaga. Dia jual pasar malam 5 kali seminggu di lain-lain tempat. Ada 2 kali dia menjual di masjid untuk hari Jumaat. Dia berniaga perfume.
Untuk first batch ni, saya hanya gunakan design ribbon yang plain colour. Semuanya dengan harga RM2.00 setiap satu. Kalau beli 3, RM5.00 je.
Sesiapa yang nak belajar buat ribbon brooch ni, pm saya kat facebook ye. Barang-barang yang perlu ada, ribbon size 0.9cm, ribbon size 2.5cm, 20mm brooch pin bar, glue gun, benang & jarum, lilin & mancis. Barang-barang nak buat ribbon ni boleh beli online kat
tamujajakraf ataupun kat
sofeacraft ataupun kat mana-mana je. Jangan cari kat kedai basikal lak...hehehehe..sorry2, gurau je.
|
ribbon brooch |
|
antara koleksi yang ada...size 2.5cm |
|
lagi ribbon |
|
size 0.9cm |
No comments:
Post a Comment