Saturday, 25 June 2011

Sample biskut raya..

100% guna butter..kualiti dijamin!
Alhamdulillah, hari ni dapat siapkan sample biskut raya untuk tempahan. Buat biskut nestum tadi. Hubby suka sangat. Katanya, rangup & sedap. Alhamdulillah..biskut ni resepi daripada mak & opah. Opah dulu, masa muda, memang aktif bisnes buat biskut raya. Macam-macam biskut dia buat. Tapi, 'base'nya sama & 100% guna butter. Maybe, sebab tu biskut dia laku dijual, banyak tempahan. Tambah-tambah lagi,semua tepung yang digunakan dalam biskut ni, mesti digoreng dengan api yang sangat perlahan. Memang sangat leceh. Gigihnya opah masa tu.

Dalam duk sibuk buat biskut, ada jugak gangguan-gangguan manja..hahahaha. Apa lagi, anakanda la..anak soleh sorang tu.

Anak soleh mama memang excited masa kita duk siapkan terap biskut-biskut tu. Katanya, "ateknye..ateknye"..hehehe..maknanya "cantiknya, cantiknya".Thanks to hubby sebab banyak tolong mama jaga anak soleh. Hubby pandai alihkan perhatian dia dengan benda-benda lain. Main sampai penat..sampai dua-dua tertidur depan TV (",)

No comments:

Post a Comment