Wednesday, 30 May 2012

Nasi Lemak

Pagi ni saya masakkan nasi lemak untuk anakanda sorang ni. Dia memang suka sangat dengan nasi lemak. Sekali makan tu memang menambah. Saya yang kena stopkan dia makan. Kalau tidak, asyik menganga je mulut dia..hehe. Tapi, anak saya ni makan pun ada mood gak. Kalau noodles, spaghetti, macaroni, nasi lemak, sup-sup...memang suka sangat.

Masak nasi lemak memang senang. Boleh makan dari pagi sampai tengahari. Kira 2 in 1. Tengahari nanti, dah tak payah masak. Kalau nak tambah lauk, goreng je ayam..hehe. Nasi lemak ni, resepi yang saya cuba2 buat dan dah jadi biasa buat dengan cara ni. Jom semak resepi.

Nasi Lemak
Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi (beras ni je ada kat rumah...kami memang guna beras ni)
2 1/2 cawan air + santan sawit (ala..peket hijau tu..dia liquid...suka guna santan ni...senang disimpan) 
halia, bawang merah, daun pandan, biji lada hitam (sikit je)
garam secukup rasa

Cara-caranya:
Semua tu, masukkan dalam rice cooker. Masak macam biasa. Siap! Satu rumah harum baunya nanti.

Sambal
Bahan-bahan:
Bahan A
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
80 gm cili boh (yang dalam bekas dadih kecil tu)
sedikit belacan

Bahan B
Ikan bilis (goreng dulu separuh masak)
1 asam keping
garam & gula secukup rasa (bubuh gula sampai warna dia tukar merah pekat sikit)

Cara-caranya:
  1. Blend semua bahan A. Sekali dengan cili boh tu. Jangan lupa letak air sikit dalam blender tu sebelum blend. Bila dah siap di blend, biarkan dulu bahan A tadi dalam blender tu. Bagi dia serap & sebati semuanya. Lagi sedap, wangi masa menumis nanti.
  2. Pastu, panaskan kuali (saya gunakan chinese wok), letak minyak masak, masukkan semua bahan A tadi..tumis sampai pecah minyak. Then, masukkan ikan bilis, asam keping, garam & gula. Boleh letak air ikut suka. Minyak menumis tu biar banyak sikit. Nanti senang nak menumis. Sambal pun sedap dan cantik. 
Ok, dah siap! Sedap makan nasi lemak ni dengan  telur rebus/ telur dadar, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan sambal kita tadi.



Resepi Pudding Custard Fruit Cocktail

pudding custard fruit cocktail...bekas kecil, senang nak makan..

Atas permintaan ramai, saya updatekan resepi pudding kastad fruit cocktail. Resepi ni pun resepi bonda tersayang. Mak olah resepi ni dari resepi asal trifle pudding. So, selalu jugak mak buatkan pudding ni untuk kami sekeluarga. Kalau dah pandai nanti, jangan lupa share pada orang lain tau. Moga ilmu yang sedikit ini ada manfaatnya buat semua..Ameen. Ok, jom semak resepi.

Bahan-bahan:
Bahan A
1 tin susu cair
1 tin creamy sweet corn
2 tbsp sugar
3 tbsp tepung kastad
sedikit pewarna kuning telur

Bahan B
1 tin fruit cocktail

Bahan c
1 packet crystal jelly (saya suka perasa raspberry)

Cara-caranya:
  1. Gunakan chinese wok, masukkan semua bahan A kecuali tepung custard. Pastu, barulah panaskan api. Kacau bahan-bahan tadi tanpa berhenti. Bila dah panas sikit bahan tadi, barulah masukkan tepung custard yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau lagi sampai pekat & likat. Then, agak2 dah masak, tutup api dan tuangkan dalam bekas masa tengah panas2. Kalau dah sejuk, nanti keras pulak.
  2. Fruit cocktail ni, toskan dulu sebab tak guna airnya (tapi, jangan buang airnya tu...boleh buat air punch yang sedap & menyegarkan ^__^). Then, letak fruit cocktail tadi atas bahan A. Susun cantik2. Kalau nak gunakan buah peach dalam tin pun sedap jugak.
  3. Bahan C ni perlu dimasak mengikut peraturan dalam kotak dia. Saya gunakan cystal jelly brand Nona. Kat kotaknya ada ditulis macamana nak masak crystal jelly ni. So, ikut betul2 apa yang disuruh. Pastu, lepas masak crystal jelly tu, tuangkan atas layer fruit cocktail tadi perlahan-lahan. Siap! Biarkan sejuk sebelum masukkan dalam fridge. Makan sejuk2 memang sedap.
Ok, kawan-kawan, kalau tak berapa jelas cara-caranya tu, bagitau saya ye..Tinggalkan komen kat bawah ni pun takpe.

Monday, 28 May 2012

Cuti Sekolah

source: mr google

Alhamdulillah, dah cuti sekolah. Seronok rasanya bila cuti sekolah ni. Boleh relax dan buat apa je aktiviti yang kita suka atau dah lama teringin nak buat, tapi tak terbuat2. Saya ni wish list memang banyak. Semuanya pasal hobby; cooking, baking, crafting, sewing, macam2 lagi. Bila dapat buat benda ni, hati rasa puas. Puas tu satu nikmat yang sangat menyenangkan....susah nak digambarkan. So, waktu cuti sekolah je la yang saya rasakan sesuai nak buat semua yang saya suka. Tu yang seronok jadi cikgu ni, ada cuti panjang. Banyak masa bersama family.

Kursus PBS
Walaubagaimanapun, hari ni dan esok saya ada kursus di sekolah. Kursus Perlaksanaan PBS. Hari Rabu lak, saya ada tuition class di sekolah. Lepas tu, barulah cuti betul2. Tapi, rasanya maybe saya akan ke sekolah juga untuk settlekan beberapa hal sekolah. Exam paper pun belum habis marking lagi. Program Ko-ko pun banyak yang perlu dikemaskini. So, kira2nya tinggal seminggu je cuti saya kali ni. Banyak la tu...sapa nak bagi cuti banyak tu.

Potty train
Cuti kali ni, saya plan nak train anakanda sorang ni untuk tak perlu pakai diapers lagi. Buang air kecil dan besar di toilet. Tapi, seminggu sebelum cuti baru ni, cikgu dia dah start ajar tak gunakan diapers. So, nak tak nak, saya perlu sokong apa yang cikgunya ajar di taska. So, saya di rumah pun akan pastikan dia bagitahu bila dia nak buang air. Lebih kurang seminggu jugalah saya duk lap lantai je..hehe, lap kencing dia yang terbabas tu. Masa tu, memang letih sikit. Tambah2 bila kita duk kelam kabut memasak lepas balik sekolah. Masa tu la juga dia 'terbabas' kat lantai.

Kenangan manis tu, tak dapat dilupakan. Sesekali teringat, memang tersenyum dibuatnya. Sekarang ni, anakanda saya dah tak pakai diapers lagi. Alhamdulillah, bermula Jumaat lepas, 25 Mei 2012, dia dah pandai cakap kalau dia nak buang air. Kami kecil2 dulu, mak kata, setahun lebih dah tak pakai diapers. Tapi, anak saya ni lambat sikit, 2 tahun 10 bulan baru di ajar tak pakai diapers. Hehe..mama dia malas sikit.

Saya nak share petua nak ajar anak supaya tak perlu lagi pakai diapers. Saya belajar dari kawan2 guru disekolah;
  • 2 minggu sebelum kita ajar anak kita, kita mesti selalu cakap kat dia bahawa dia dah besar, dah tak boleh pakai diapers lagi, pastu kalau nak kencing/ berak mesti dalam toilet sahaja. Penting untuk kita selalu masukkan input ni sebab dia akan simpan apa yang kita cakap. Sampai masa nanti, dia senang nak apply apa yang kita cakap. <yang ni, saya sempat 2 hari je bagitahu dia sebab cikgu dia dah advance dulu ajar kat sekolah tanpa berbincang dengan saya dulu. Tp, ok je...bagusla. Saya je yang tak bersedia latih dia di rumah sebab plan nak ajar masa cuti sekolah ni..hehe.>
  • Kita sebagai ibunya kena yakin dan percayakan dia. Apa yang kita fikirkan mempengaruhi emosi dia. Letakkan gelombang2 yang +ve dalam dirinya.
Cuti-cuti Malaysia
Dah lama rasanya kami sekeluarga tak jalan-jalan..cuti-cuti Malaysia. Teringin nak stay satu malam kat mana2 resort, pastu ronda2. Tapi, sebenarnya dah lama tak balik kampung. Balik kampung pun best. Memang best sangat. Kira 2 in 1...cuti2 M'sia dan ziarah mak ayah di kampung. Banyak jimatnya tu. Kami memang nak balik kampung cuti kali ni. Tapi, saya duk agak2 yang adik saya kat Putrajaya tu akan bersalin anak kedua minggu ni. So, kesian pula kat dia. Kalau saya ada, boleh tolong2 apa yang patut. Anak sulung dia tu, boleh tahan juga activenya.

_______________________________________________________

Apa2 pun, cuti sekolah ni waktu untuk recharge balik tenaga, emosi dan motivasi diri. Gunakanlah cuti ni sebaiknya....fully utilised.

Wednesday, 23 May 2012

Grilled chicken chop

Assalamualaikum kawan-kawan semua. Moga kawan-kawan semua sihat dan ceria selalu disamping orang-orang tersayang.

Hari ni, balik sekolah tadi, saya masak grilled chicken chop untuk dua orang buah hati tersayang. Saya masak grilled chicken chop ala Wan Nuraini..hehe saya lah tu. Masak ikut rasa je. Hehe..macam biasalah tu. Hubby pun dah tahu sangat yang saya ni suka masak ikut sesedap rasa sendiri je.

So, grilled chicken chop ni, saya masak takder sukatan tertentu. Tapi, disebabkan nak abadikan resepi ni dalam blog sebagai rujukan masa akan datang, saya agak2 sukatannya.

Bahan-bahan (marinate):
3 keping ayam bahagian peha (beli kat pasar seksyen 6, Shah Alam..cakap nak ayam untuk chicken chop. So, dia akan buangkan tulang siap2).

3 tbsp black pepper sauce
1 tsp black pepper powder (tumbuk2 pun boleh..ikut nak pedas mana)
1 ulas bawang putih (chopped)
1 tbsp honey
garam secukup rasa

 *Marinate untuk sekurang2nya sejam. Then, grill je atas non stick frying pan..letak minyak zaitun sikit. Grill sampai masak. Saya suka yang medium..dagingnya tak masak sangat, a bit juicy. Ada orang suka yang 'rare' (yang ni dagingnya pinky, juicy), ada yang suka 'well done' (brown, chewy dagingnya). Tapi kan..kalau rare ni tak lalu lak nak makan..mat saleh sukalah yang ni.

Brown Sauce
1 tin Campbell's mushroom soup
Black pepper sauce
1 tbsp butter
sedikit garam

*Masukkan soup tu dalam periuk. Pastu letak air dengan sukatan yang sama dengan tin soup tadi. Masukkan black pepper sauce. Kacau atas api yang perlahan. Then, masukkan butter and salt. Siap!

Ok..bonus untuk semua kawan-kawan blogger...nak share resepi buat coleslaw sedap.

Bahan-bahan:
cabbage, carrot  - hiris halus2. Masukkan dalam salad bowl.
mayonnaise, fresh milk, castor sugar, pinch of salt - campurkan semua dalam mangkuk, kacau sebati dan rasa. Then, masukkan ke dalam salad bowl tadi, gaul rata. Siap! Rasanya sedap lagi dari yang KFC punyer.

Ni resepi bonda tercinta. Kecil2 dulu, mak selalu masakkan kami fried chicken siap dengan coleslaw & mashed potato. Air tangan mak memang sedap. Kami 7 beradik memang suka sangat masakan mak...takde jual kat kedai.


Sunday, 20 May 2012

Pudding Roti Bersos

Malam ni saya buat pudding roti yang memang dah lama nak buat. Semalam kami ke Intekma Resort untuk jamuan Hi-Tea yang dijemput oleh PIBG Sekolah Sri Pintar. Jamuan tu untuk raikan guru-guru Sri Pintar sempena Hari Guru. Dalam banyak-banyak dessert yang disajikan, saya tertarik dengan pudding rotinya. Cantik dengan hiasan buah segar yang pelbagai. So, saya pun ambil la sikit. Bila duk suap kat anakanda sorang tu, dia nampak suka pulak ngan pudding tu.. Apalagi, saya pun tekad la nak buat gak. So, petang tadi saya sempat cari barang-barang nak buat pudding. Beli kat kedai runcit dekat rumah je..hehe. Resepi lak saya google kat banyak web.
fresh from oven..pudding roti

Jom semak resepinya...

Bahan-bahan:
10 keping roti butterscotch (Gardenia)..boleh juga gunakan roti butter yang lain.
6 biji telur
2 cup whipping cream
1/2 cawan castor sugar
1 tsp esen vanilla
sedikit cinnamon powder
sedikit kismis 
sedikit butter

Caranya:
1. Sapukan butter pada loyang. Susun roti dalam loyang.
2. Satukan telur, whipping cream, castor sugar, esen vanilla dalam bowl...kacau sebati guna whisker. Then, masukkannya dalam loyang roti tadi. Biarkan sejam sebelum dihiaskan dengan kismis dan cinnamon powder.
3. Sebelum tu, panaskan oven selama 10 min sebelum masukkan loyang tadi dalam oven. Bakar pada suhu 160 celsius, selama 40 min atau sampai brownish (masak). Kalau bakar dalam bekas casserole pun ok..cantik je.

Sos:
2 cup fresh milk
1 tsp esen vanilla
sugar (ikut suka)
2 tbsp cornstarch (ikut suka nak likat macamana)

# Kalau nak gantikan whipping cream dengan susu cair pun boleh. Fresh milk tu pun sama...hehe, jimat sikit kan. Tapi, kalau guna whipping cream, rasanya lagi sedapp..biasalah tu, kalau nak yang sedap2, mesti gunakan bahan-bahan yang mahal sikit.

#Cara hidang; potongkan pudding roti ke dalam piring, pastu tuangkan sosnya diatas pudding. Hiaskan dengan strawberry / fresh fruit. 

#Ok, mesti cuba tau..anak-anak pasti suka...cik abang apatah lagi...('',). Sesuai makan untuk breakfast dan minum petang...untuk menu open house pun ok. emm..shedapnyer!!

Thursday, 17 May 2012

Selamat Hari Guru

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Sambutan Hari Guru di sekolah tadi. Seronok sangat rasa, sampai tak sedar kaki dah lenguh semacam je..huhu. Paling terharu masa perarakan masuk guru-guru ke dalam dewan dengan di apit oleh murid-murid perempuan Pintar 6.

Namun, rasa sangat ralat sebab kali ni cameraman kami tak dapat datang di saat-saat akhir. Takpela, ada hikmahnya tu. Cameraman tu tiba-tiba pening dan tak sihat pagi tadi. Kesian kat dia. Moga dia cepat sembuh. Walaubagaimanapun, masih ada dikalangan guru-guru yang sempat snap beberapa picture kami semua...Alhamdulillah.

Hadiah Hari Guru
Alhamdulillah, tahun ni masih lagi berpeluang dapat hadih-hadiah dari anak murid. Terima kasih banyak-banyak.Tahun ni saya sediakan saguhati kecil pada murid-murid yang bagi hadiah pada saya. Ala..bukan apa pun. Saya bagi diaorang cartoon brooch. Yela..asyik murid-murid je yang bagi hadiah kat kita kan. Tu yang kali ni nak bagi gak.

Dalam banyak karenah murid-murid yang bagi hadiah ni, saya tersenyum bila memikirkan ; anak-anak murid kita ni...
1. Ada yang bagi hadiah pada guru kelas sahaja (hehe..ni yang seronok jadi guru kelas ni..)
2. Ada yang bagi hadiah pada semua guru yang ada di sekolah...di Sri Pintar hanya ada 16 orang guru (yang ni memang bagus..takkan ada guru-guru yang terasa)
3. Ada yang bagi hadiah pada semua guru yang mengajar dia sahaja (ok jugak tu..)
4. Ada yang bagi hadiah pada guru-guru yang dia suka sahaja (..ni kira nasib la..)
5. Ada yang bagi hadiah pada guru yang garang-garang sahaja (..hehe, nak bodek la tu..)

Di sekolah saya, ada seorang murid ni..memang setiap tahun dia bagi hadiah pada semua guru dan hadiahnya adalah pen merah. Samalah dengan saya dulu. Teringat masa zaman sekolah dulu, ayah saya akan belikan saya pen merah untuk dijadikan hadiah hari guru. Bukannya tak mampu untuk beli lebih mahal dari itu. Tapi ayah saya seorang yang sangat berhemah dalam berbelanja dan tidak suka mengajar anak-anaknya bermewah. Pada masa tu, saya rasa malu je nak bagi hadiah tu pada guru-guru.Ye la, hadiah saya tak seberapa. Tak macam kawan-kawan lain. Hadiahnya besar-besar.

Tapi, bila saya sekarang bergelar seorang guru (dah lebih 6 tahun mengajar), barulah saya rasa apa perasaanya dihadiahkan pen merah sempena Hari Guru. Biasanya, setiap kali hari guru, saya akan kumpulkan pen merah yang dihadiahkan murid-murid dan saya akan gunakannya satu persatu. Memang sangat berguna. Kadang-kadang tu, sampai hujung tahun pun tak payah beli pen merah lagi. Senang nak bagi pahala pada mereka yang hadiahkan saya pen merah ni. Hari-hari saya guna. Berbanding yang hadiahkan hiasan-hiasan yang pelbagai...selalunya saya akan simpan dalam kotak sebab takde tempat nak pamerkan hiasan-hiasan tu. Rasa ralat je sebab tak dapat nak gunakan. Kat rumah, memang dah berkotak-kotak penuh dengan hiasan yang dihadiahkan murid-murid sempena Hari Guru.

Walau apapun, hadiah yang paling berharga bagi seorang guru adalah keikhlasan dalam ukhuwah yang dibina dan kejayaan murid-murid tercinta. Saya sendiri rasa sejuk hati bila anak-anak murid berakhlak mulia dengan kita..sejuk mata memandang. Kalau tak pandai, tak apa..yang penting pandai jaga akhlak. Yang kurang pandai akan jadi pandai bila berakhlak mulia dengan guru. Ia selalunya datang dengan pekej..."murid pandai dan berakhlak mulia". Bila akhlak murid dengan guru dijaga, guru dengan rasa senang mengajar dan mendidik muridnya. Bahkan didoakan muridnya agar berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat.

Ya Allah, di saat kesempatan yang diberikan olehMu untukku bergelar GURU ini, jadikanlah daku guru yang cemerlang dunia dan akhirat. Menjadi jutawan akhirat yang berjaya. Mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah.

16 Mei 2012 - Sekolah Sri Pintar, Shah Alam

Saturday, 12 May 2012

It's the weekend

Alhamdulillah, hari ni lega rasa dapat duduk rumah, bebas dengan aktiviti sendiri. Dah banyak minggu sibuk dengan aktiviti sekolah. Memang aktif Sekolah Sri Pintar ni. Minggu depan, hari Rabu (16 May 2012), ada Sambutan Hari Guru disekolah, malam keesokannya Khamis (17 May 2012), ada Majlis Silaturrahim Sekolah Rendah Sri Pintar dengan Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Sri Pintar. Sabtunya pulak (19 May 2012) ada Majlis Hi-Tea Guru & PIBG. Sebelum tu, pagi Sabtu tu saya ada tuition disekolah untuk murid-murid Pintar 6 (UPSR). Semuanya majlis meraikan guru sebenarnya. Alhamdulillah, terima kasih semua.

Things to be done
So, masa yang ada ni saya siapkan beberapa kerja yang tertunda. Pertamanya, mestilah kerja-kerja mengemas rumah yang tak pernah habis...hehe. Tak sempat sokmo...asyik melayan karenah anakanda yang bertuah ni. Anak baru sorang, tapi aktifnya boleh tahan. Sangat ligat. Tak habis kita duk mengelap lantai, dia taburkan biskut pulak. Lepas marah dia main biskut, dia masuk bilik air pulak (dia suka main flush jamban)...habis kena mandikan dia pulak..hehe. Memang tak putus2 kerja dia. Sangat kreatif dan banyak akal. Tapi, mak saya cakap, saya ni walaupun anak aktif macam ni, tak kurus-kurus jugak.

Keduanya, saya nak siapkan banyak tempahan ribbon dan hairclip. Ramai orang duk tanya ribbon saya. Ada yang datang ke gerai adik saya semata-mata nak beli ribbon. Ya ampun..minta maaf banyak2..saya memang tak sempat kebelakangan ni. Insya Allah, Sabtu Ahad ni, saya siapkan.

Ketiganya, nak menjahit langsir dan sarung tilam baby yang ditempah. Yang ni, sekejap je menjahitnya. Yang lambatnya sebab kena tunggu anakanda tidur dulu. So, malam2 je boleh menjahit. Kalau buat cake ke, buat ribbon ke..saya akan buat sama-sama dengan anak. Dia pun seronok tengok kita buat. Tapi, kalau menjahit ni, bahaya sikit. Yela..dengan jarum penitinya, guntingnya..macam-macam. Nanti, mula lah dia sibuk nak tolong gunting kain jugak. Haa..kecuali kalau kita pasangkan cd untuk dia. Memang dia suka...senyap je tengok cd. Tapi, kita pulak yang risau kalau dia senyap je. Takut dia main benda lain.

Haa..banyak tu benda nak buat minggu ni. Apa-apa pun, hubby banyak support saya. Dia pun sibuk dengan business dia di rumah. Nampak macam duk tengah siapkan website yang ditempah. Yang penting, mesti enjoy apa yang kita buat. Barulah seronok dan tak terasa penatnya.

Luangkan masa dengan anak
Anak ni, kita kena luangkan masa kita untuk dia jugak. Pastikan ada masa kita untuk entertain dia..gurau2, bercerita, main dengan dia, drawing dengan dia, etc. Anak saya, kalau papa dia duk dalam office siapkan kerja...dia pun nak kerja gak. So, papa dia akan lukiskan apa2 yang dia nak atas drawing block...pastu dia tambah2, melukis jugak. Lepas siap melukis dan mewarna, dia mesti lari tunjukkan kat saya dan explain apa yang dia lukis. Tergelak dengar explanation dia...dia selalu cakap "ni papa dia, mama dia, anak dia". Dia lukis bulat2 je pun..hehehe.


Saturday, 5 May 2012

Menjahit lah pulok..

Hari ni punyalah excited nak mencuba mesin baru. Tengahari tadi saya ke Jakel membeli kain-kain untuk project jahitan saya. Cuma saya tak berapa puas memilih kain sebab tak banyak choice untuk heavy cotton dan cotton yang bergambar cartoon untuk cadar budak. Konon-konon nak belajar buat cadar katil single untuk anak. Nak belajar dengan mak. Mak kebetulannya ada kat sini seminggu ni. Mak memang pandai menjahit cadar-cadar ni. Selalu dia dapat tempahan jahit untuk cadar & telekung solat (customised).

Masa kami kecik-kecik dulu, memang tak pernah tempah baju. Semuanya mak yang jahitkan. Gaun & maxi kami pun mak yang jahitkan. Dia design sendiri. Selalu jugak dia refer buku fashion dari Jepun...baju sailormoon pun ada...hehe. Kalau baju kurung tu, mak akan jahitkan dengan tulang belut sekali. Jahitan mak memang kemas dan cantik.

Sebenarnya, dalam kepala ni macam-macam nak jahit. Petang tadi, saya sempat siapkan bag yang direka sendiri. Hubby cakap, "Mama tu, ukur lah betul-betul. Main gunting je..". Hehe...nak express potong kain sebab tak sabar nak guna mesin baru. So, berlakulah experiment pertama saya petang tadi. Berpeluh-peluh gak. Mana taknya, hubby pun sibuk duk sebelah saya, tengok saya menjahit. Sibuk nak tahu apa jadi dengan bag yang saya nak jahit. Konon-konon macam supervisor saya..kihkihkih. Sebenarnya, dia pun excited gak. Akhirnya, selepas sejam setengah berlalu, siaplah bag saya. Happy sangat dapat jahit bag sendiri. Walaupun sangat simple...yang penting saya jahit sendiri. Lain kali boleh cuba lagi dengan macam-macam design. Alhamdulillah...
mesin ni user friendly..

kwang..kwang..kwang...my first trial..

Tuesday, 1 May 2012

Cuaca yang panas

gambar Mr Google
Seminggu ni, cuaca memang terasa panas sangat. Badan asyik berpeluh tak kira siang atau malam. Kadang-kadang, saya terpaksa bangun malam untuk mandi sebab rimas dengan keadaan yang berpeluh waktu tidur. Dalam rumah ni asyik buka tingkap memanjang. Nasib baiklah rumah tingkat 8. Ada privacy sikit. Boleh selak langsir seluas-luasnya. Angin malam sejuk..nyaman..segarr. Bahagia rasa..huhu.

Banyakkan minum air masak
Cuaca yang panas macam ni, kita memang kuat minum air. Anak saya, kat rumah, asyik minta air masak je. Nampak macam dia banyak minum dari makan. Saya sendiri pun sama. Di sekolah memang habis air mineral sebotol yang 1.5 liter ditambah dengan air yang saya bawa dari rumah, 1 liter. Lepas zohor lak, saya refill air kat pantry sekolah. Fuhh..memang selalu dahaga.

Dahaga simpton diabetics
Hari tu, saya pelik gak kenapa saya ni asyik minum air je. Hubby lak kurang minum air. Pastu, saya terfikir, orang kata, kalau ada diabetics, memang kuat dahaga. So, malam tu jugak saya ke klinik ambil darah, check gula. Alhamulillah, takde diabetics..bacaan gula saya 5.6 (masa tu baru lepas makan).