Thursday, 25 August 2011

Farhi's favourite..Spaghetti Udang Anak Soleh

Resepi ni rekaan saya sendiri. Memasak ni begitu subjektif. Kita bebas masak ikut citarasa, kreativiti & selera kita. Yang penting, kita berani mencuba sesuatu yang lain dengan olahan & idea kita sendiri. Anak soleh mama sorang ni memang suka sangat pasta. Saya lak suka mereka resepi ikut bahan-bahan yang ada, ikut selera. Selalunya, saya suka masak spaghetti telur, spaghetti carbonara, spaghetti goreng, macaroni bakar, macaroni sup, macaroni sup tomato..etc.

Raya kedua ni ingat nak buat spaghetti carbonara yang saya namakan "Spaghetti Udang Anak Soleh"..Jom share resepi.

Bahan-bahan:
*kuantiti bahan-bahan ni ikut selera & masak untuk berapa orang
Spaghetti (rebus sampai lembut..letak minyak sikit)
Udang (buang kulit...senang nak makan)
Carbonara sauce (prego yg tin...warna biru)
Heavy cream/ thickened cream (kalau takde pun takpe..)
Bawang besar..banyakkan bawang besar daripada bawang putih (blend)
Bawang putih..sikit je (blend)
Cendawan cina (hiris...ada dijual yang dah siap dihiris..yang kering nyer)
Kacang peas (frozen)
Serbuk oregano
Garam
Butter Anchor (untuk tumis)

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar dengan bawang putih yang dah di blend dengan butter sampai pecah minyak.
2. Pastu, masukkan udang (ikut nak banyak mana)..goreng sampai masak udang.
3. Then, masukkan cendawan cina & kacang peas...pastu, masukkan carbonara sauce..Kacau lagi...masukkan garam sikit je..sebab sauce tu dah cukup rasa..
4. Last sekali, masukkan spaghetti yang dah direbus & ditoskan. Kacau lagi..gaul sebati..tutup api. Hiaskan dengan daun oregano..yummy..sedap sangat.


Simple je..senang nak masak. Kat rumah memang selalu ada pasta. Cadangkan untuk anakanda sorang ni. Lagi senang bila dah ada paste Prego.Cubalah..mesti anak-anak suka. Makan menambah...^_^

Places & Spaces

A toddler is aware only of what's immediately before him. But by 2, a child grasps the relative placements of things, and his understanding of space expands between 2 and 2 1/2. No, not his understanding of the cosmos but of where people and objects are in his own little world. This includes concepts such as "there," "where," "inside" and "outside," "go away," "near" and "far," "way up in the sky," and "over" and "under." He's gaining a better sense of size, quantity, and other spatial relationships.

You can see this new grasp of spatial thinking in the words he picks up and in his growing ability to follow directions: "Bring me the ball that's over in the corner." "Look on top of the bed."

Some ways to reinforce this new understanding:

  • Talk about where people in his life are when they're not with him: "Daddy's at work." "Grandma lives far away."
  • Give a series of simple instructions that involve different directions, such as first putting a toy on the chair, then under the chair, and then giving it back to you.
  • Ask questions that prompt him to think about location: "Where do birds live?" "Where do airplanes fly?" "Where's the door?" (Don't expect a correct answer every time or turn it into a quiz; just make questions like these part of your everyday conversation.)
Ambil article ni dari babycenter.com. Good info to be shared...^_^

Monday, 22 August 2011

Thanks a bunch

Nestum Crunchy..second batch

Alhamdulillah, semalam dapat menyiapkan semua tempahan biskut raya. Sanggup stay up..hehe. Seronok bila tengok dapat isi banyak balang. Harap customer berpuas hati. Order dari Putrajaya, officemate hubby, Kota Bharu, etc.

Saturday, 20 August 2011

Harga dan Kualiti

Harga tak menipu
Teringat kata-kata mak mertua saya.."harga tak menipu"..maksudnya, barang yang mahal bersesuaian dengan kualitinya yang tinggi. Barang yang murah, bersesuaian dengan kualitinya yang rendah. Pada masa tu, saya dan suami teruja dengan mainan yang dijual di kedai ekonomi di bandar Tanjung Karang dengan harga yang sangat murah. Tanpa berfikir panjang, saya terus membeli mainan tersebut (blocks..macam Lego tu..). Balik rumah, anak saya terus minta dibuka mainan tersebut. Terkejut saya bila melihat kualiti mainan tersebut. Ianya susah nak dileraikan block-block tu bila dah dicantum-cantumkan. Saya pun mulalah membebel.."laa..patutla murah...".

Memang betul, logiknya..barang yang berkualiti memang mahal, sesuai dengan kualitinya. Begitulah sebaliknya. Namun, kadang-kadang statement di atas tak betul. Harga yang tinggi dalam sesuatu produk tu boleh dilihat daripada beberapa sebab...kena study pricing strategy. Hehehe..macam dah belajar marketing lak. Kita perlu bijak berbelanja dalam memilih barang-barang yang tinggi kualitinya dengan harga yang murah atau mampu milik...affordable & reasonable.

Berkualiti, tahan lama
Saya, dari kecil lagi, ayah memang sukakan barang-barang yang berkualiti tinggi. Dalam berbelanja baju raya misalnya, ayah tak pernah lokek untuk berbelanja lebih untuk mendapatkan baju yang berkualiti. Kami adik-beradik hanya akan dapat baju baru setahun sekali..hanya waktu raya. So, berbaloi bila seorang dapat 2 pasang baju baru untuk raya kerana baju tu jugalah yang akan kami pakai selama setahun untuk jalan-jalan. Baju untuk dirumah, kami biasanya pakai yang lama-lama..kadang-kadang kami pakai baju dari orang-orang yang tidak memerlukannya lagi. Begitulah cara hidup kami. Ayah sangat jimat berbelanja. Bukannya takde duit. Tapi, sangat teliti berbelanja dan tak suka berhutang. That's my dad, my hero! Bila dah besar, saya sangat-sangat respect ayah saya kerana dia bukan saja seorang professional accountant di office, bahkan dirumah.

Diskaun menarik
Saya sendiri, memang sukakan barang-barang yang berkualiti. Biasanya, dalam memilih baju anak, design @ corak yang saya suka, mesti mahal harganya. So, apa yang saya buat ialah, saya akan cari baju-baju yang ditawarkan discount yang menarik..contohnya 50%. Walaupun saya tahu, maybe baju-baju tersebut adalah stok-stok lama..tapi saya tak kisah. Yang penting, kualiti kainya elok, tahan lama. Lagipun, budak-budak cepat besar. Pakai kejap, dah tak muat. Tapi, saya biasanya akan beli yang besar. Tahun ni, baju raya untuk anak saya yang umurnya 2 tahun, saya belikan saiz 3-4 tahun...dapat pakai lama sikit.

Wednesday, 17 August 2011

Thanks Sekolah Sri Pintar

Nestum Crunchy..1st batch

Alhamdulillah, order dari guru-guru Sekolah Sri Pintar..Nestum Crunchy.

Muhammad Farhi's Birthday

masa umur 2 hari

masa umur 6 bulan
masa umur 1 tahun 7 bulan

masa umur 1 tahun 10 bulan

Muhammad Farhi and his new bicycle from papa mama

::17 Ogos 2011::17 Ramadhan 1432H::
Alhamdulillah, thank you Allah..anak soleh mama dah cukup 2 tahun hari ni. Cepatnya masa berlalu. Rasanya, baru semalam melahirkannya. Saya melahirkannya setelah 4 tahun perkahwinan. Alhamdulillah, syukur tak terhingga atas anugerah ini.

Muhammad Farhi Mohd Razani dilahirkan pada 17hb Ogos 2009, jam 6.30 petang di Pusat Perubatan HUKM, Cheras dengan berat 3.02 kg dan 54cm panjang. Dilahirkan secara caesarian di atas sebab fetal distress. Masa saat2 jalan dah buka 6 cm, tiba-tiba kena high blood pressure. So, effect kepada anak soleh mama ni...dia dah lemas. Cepat2, saya dikejarkan ke operation theater. Alhamdulillah wa shukurillah..semuanya selamat.

Mama doakan anak mama, Muhammad Farhi bin Mohd Razani, jadi anak yang soleh, happy & bahgia selalu, sentiasa dilindungi Allah dari segala keburukkan & fitnah dunia, sentiasa dipermudahkan segala urusan, dan berjaya dunia & akhirat...Ameen, Ameen ya Robbal Alamin.

We love you so much!!

Saturday, 13 August 2011

Doorgift....my own design

decorative paperbag...doorgift untuk birthday muhd

Pagi tadi, sempat siapkan beberapa sample untuk doorgift birthday anak soleh mama ni. Birthday Muhd 17hb August ni..cukup 2 tahun. Teringin nak buat sendiri doorgift Muhd, saya pun start memikirkan bungkusan macamana yang nampak lain dari yang lain. Kat kedai banyak dijual plastik bag gambar cartoon untuk doorgift...cantik2...ada Pooh, Mickey Mouse, Princess, etc. Tapi, bila difikirkan birthday Muhd dalam bulan ramadhan, elok rasanya kalau letak gambar upin ipin yang pakai songkok. Lagipun, Muhd memang suka dengan upin ipin. So, apa lagi, mulalah episod mendesign...suka sangat buat benda2 macam ni. Sanggup stay up untuk siapkan design yang berkenan. Gambar2 boleh diambil dari internet.

Akhirnya, selepas setengah jam berlalu, siaplah design birthday tag/ sticker untuk diletakkan di atas paperbag tu. Dalam paper bag tu ada chocolate bar, lolipop, jelly, biskut..simple je. Muhd nak bagi pada kawan2nya di taska  ^_^  .

Friday, 12 August 2011

Khasiat untuk seisi keluarga

madu & pati kurma..khasiat sunnah..


Pati kurma
Pati kurma ni sangat elok untuk tenaga kerana ianya kaya dengan protein, serat, vitamin A & C. Selain tu, ianya membantu menguatkan ingatan & meredakan stress. Pati kurma ni..kami amalkan sesudu sehari. Anak soleh mama pun suka..Alhamdulillah.

Madu
Hubby memang sangat suka & yakin dengan madu. Madu yang paling hubby suka..madu tualang. Sejak dari mula kahwin dulu, hubby memang selalu amalkan makan madu...sesudu sehari. Khasiat madu memang diketahui umum. Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan system imunisasi tubuh.

Tuesday, 9 August 2011

Thanks Kak Su

chocolate cake..birthday banner

strawberries..

Order dari Kak Su..Moist Chocolate Cake untuk birthday hubby dia..simple deco.

Sunday, 7 August 2011

Beli atau Masak

anak soleh mama..teman mama masak..hehe

bawal mas masak Thai
sambal tumis udang

ayam masak asam pedas johor..resepi mak

::Masak sendiri::
Jimat, bersih & sedap.
Sebenarnya lebih jimat kalau kita masak sendiri lauk pauk untuk berbuka. Selain dapat mengikut selera tekak kita, kita juga dapat menjamin kebersihannya. Saya sendiri memang suka masak sendiri. Apa yang teringin dimakan, dapat kita sediakan. Boleh modified ikut selera anak & suami. Contohnya, gulai lemak kuning memang favourite anak saya & suami. So, saya akan kurangkan rasa pedasnya supaya anak pun boleh makan. Kadang-kadang cara kita masak memang berbeza dengan yang dijual di bazaar ramadhan. Tambah-tambah sekarang ni, indon-indon yang masak. Memang terasa kelainannya.

Kasih sayang
Masak dengan penuh kasih sayang..wahwahwah!. Bila masak dengan penuh kasih sayang, hati sentiasa gembira, senang, enjoy..dan yang penting, tak terasa penatnya. Tambah-tambah, bila suami dan anak suka dengan apa yang kita masak. Walaupun tak seberapa, cukup untuk buat hati kita berbunga-bunga..hehehe. Tambah-tambah anak soleh mama ni dah pandai cakap "mama! tima kaceh mama"..Dah menjadi kebiasaan, selepas makan, hubby akan cakap, "tima kasih mama". So, anakanda sorang ni..dah terikut papa dia..^_^

Saya sendiri, bukanlah pandai memasak. Saya masak ikut selera..rasa sedap sendiri..hehe. Main campak2..jadi. Yang penting, masa masak tu, jangan lupa berselawat dan fikirkan yang baik-baik. Moga-moga, lauk kita cukup rasa, walaupun kita tak dapat nak rasa (puasa). Masa ambil beras pun ada doanya: "Walaqad nasorokumullahu bibadriw wa antum azillah". Doa ni opah yang ajar. Boleh juga dibaca masa kita nak keluarkan duit.

::Beli lauk::
Awal Ramadhan lagi hubby ada memesan.."Mama, kalau mama xlarat, xyah masak. Nanti papa beli lauk..mama masak nasi". Hubby dah bagi green light untuk saya..hehe. Biasanya, bila balik sekolah, terus ke dapur memasak..tak sempat tukar baju lain. So, dengan baju yang dipakai di sekolah tu la, saya memasak didapur. Kelam kabut nak kejar masa. Konon-kononnya, banyak benda nak dimasak. Macam tu la hari-hari. Hubby selalu cakap, "papa tengok, mama tu kalau masak, lagi banyak belanja. Baik beli je".

Ramadhan tahun ni..saya dan hubby memang sangat berjimat. Selalunya, hubby akan belikan dua jenis lauk dan saya masakkan nasi. Cuma, dalam seminggu tu, ada la 2-3 kali saya masak sendiri. Teringin juga nak berbuka puasa di masjid. Tapi, xsempat lagi. Surau yang dekat dengan rumah, Surau Islah, memang setiap hari menyediakan juadah berbuka puasa. Kami solat terawih disitu dengan anak soleh sorang ni..hehehe. Kadang-kadang, solat dirumah je.

Walau apapun, yang penting jangan membazir. MASAK atau BELI..biarlah mengikut keperluan kita. Bulan puasa ni, kita bukannya makan banyak. Perut mudah 'so oh'..bak kata orang klate. Saya sendiri, banyak minum air daripada makan. Apa yang penting, janganlah sampai ianya memudhoratkan kita..sampai susah nak solat terawih..tak boleh bangun, dan sebagainya.
 -------------------------------------------------------
::Resepi Asam Pedas Johor::
Ayam (goreng dulu dengan kunyit & garam)
Bahan Kisar
bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, buah tomato, belacan,  lada hitam, cili kering, cili merah
Perasa
air asam jawa, garam, gula, chicken stock
bunga kantan, daun kesom

Caranya 
  • tumis bahan kisar dengan minyak yang cukup sampai betul2 pecah minyak.
  • pastu masukkan air asam jawa dan semua perasa..
  • lepas gelegak, rasa kuahnya..biar cukup rasa..then masukkan ayam yang dah digoreng.
  • finally, masukkan bunga kantan & daun kesom..

Butter yang halal

Pagi tadi, sempat shopping barang-barang untuk projek biskut raya. Beli berperingkat2..demi menjamin mutu bahannya. Butter merupakan bahan utama biskut saya. Memandangkan biskut saya 100% menggunakan butter, tanpa campuran marjerin..Maka, satu bancuhan memerlukan 1 1/2 ketul butter. Satu bancuhan dapat 3 balang biskut. So, kesemuanya, saya memerlukan 24 ketul butter.

Macam biasa, saya suka gunakan butter Anchor dalam baking..buat kek, biskut, etc. Alhamdulillah, status halalnya dijamin. Janganla ada apa2 isu pasal butter Anchor ni. Dah jenuh cari butter yang halal, sedap & berkualiti. Dulu, pernah guna butter Fern. Tapi, sekarang ni dah tak nampak butter ni di pasaran. Mak saya pulak, suka guna Buttercup/ Farmcow. Tapi, sekarang ni, Buttercup diragui halalnya. Walaupun, ada logo halal di packagingnya..tapi, masih diragui halalnya. Dikatakan, Buttercup & Butter Churn..2 product yang diragui. Susah sebenarnya nak cari yang halal..Mencari yang halal adalah suatu jihad bagi umat Islam.

Friday, 5 August 2011

Anak-anak muridku..

Saya : Afnan...Afnan sayang muallimah tak?
Afnan : Sayang!
Saya : Sayang banyak mana?
Afnan : Banyak ni...(Afnan tunjukkan tangannya..dari lantai kelas ke syiling kelas)
Saya : Wow!!..banyaknya!..

Osama : Muallimah!..saya pun sayang muallimah jugak..sayang tinggi KLCC..
Saya : Woww!..tingginya...

Danial : Muallimah, saya pun sayang muallimah..dari bumi sampai ke matahari..
Saya : Wowwww!!!...banyaknya...Muallimah pun sayang semua orang..sayang banyak sangat..Lagi muallimah sayang kalau rajin, siapkan kerja muallimah, dengar cakap muallimah...
<dalam hati ni, tersenyum lebar, terhibur dengan keletah anak-anak murid...hahahahaa..alahai anak-anak muallimah>
_____________________________________________________________________

Wednesday, 3 August 2011

Sanah Helwah..to me!

tq papa for a surprise birthday celebration =)

anak soleh mama yg xduk diam..hehe

kambing golek..

ada lebih 50 juadah..xlarat nak makan ^_^

lepas tarawih...makan ice cream lak..
yeah yeah..akim! akim!
::3rd August 2011::3rd Ramadhan 1432::
saya : papa, kita nak makan kat mana ni?..
hubby : kita makan kat Restoran Sidah la..
saya : sidah?..<saya terdiam>...okla..ikut papa je..

<sampai kat simpang Restoran Sidah, hubby terus je>

saya : aik..papa nak gi mana ni?..sidah dah lepas la papa..
hubby : hehehe...surprise..takpela..nanti mama tau la..
saya : ala..mama nak tau jugak..macam jauh je ni..

<tengok2, hubby lalu jalan ke Intekma Resort..terus masuk entrance & park kereta>

saya : <senyum lebar..tak terkata>..papa!..betul ke ni?..kita makan kat sini ke?
hubby : ye..jom2..cepat masuk..dah nak berbuka ni..<hubby sengeh je>

~ TQ PAPA..I LOVE YOU ~

Tuesday, 2 August 2011

Jom Menyanyi Bahasa Arab-DHUHA

cd Dhuha
~ Dapatkan cd ini dengan segera...cuma RM20.00
~ Hubungi saya untuk maklumat lanjut

Monday, 1 August 2011

Jus Limau Nipis...segar & asli

jus limau nipis...emm..segar..rasa yg asli

sedap diminum sejuk
____________________________________________________________________
~ rasanya yang asli, sedap dan menyegarkan..
~ produk bumiputra, 100% halal..
~ sangat sesuai dihidangkan di hari raya..
~ tawaran harga yang menarik..
RM 24.00 satu carton (24 botol)
satu botol RM 1.20
____________________________________________________________________
untuk tempahan, hubungi saya segera:
wanhomebakery@gmail.com
017-6295817