Sunday, 7 August 2011

Butter yang halal

Pagi tadi, sempat shopping barang-barang untuk projek biskut raya. Beli berperingkat2..demi menjamin mutu bahannya. Butter merupakan bahan utama biskut saya. Memandangkan biskut saya 100% menggunakan butter, tanpa campuran marjerin..Maka, satu bancuhan memerlukan 1 1/2 ketul butter. Satu bancuhan dapat 3 balang biskut. So, kesemuanya, saya memerlukan 24 ketul butter.

Macam biasa, saya suka gunakan butter Anchor dalam baking..buat kek, biskut, etc. Alhamdulillah, status halalnya dijamin. Janganla ada apa2 isu pasal butter Anchor ni. Dah jenuh cari butter yang halal, sedap & berkualiti. Dulu, pernah guna butter Fern. Tapi, sekarang ni dah tak nampak butter ni di pasaran. Mak saya pulak, suka guna Buttercup/ Farmcow. Tapi, sekarang ni, Buttercup diragui halalnya. Walaupun, ada logo halal di packagingnya..tapi, masih diragui halalnya. Dikatakan, Buttercup & Butter Churn..2 product yang diragui. Susah sebenarnya nak cari yang halal..Mencari yang halal adalah suatu jihad bagi umat Islam.

1 comment: