Saturday, 20 August 2011

Harga dan Kualiti

Harga tak menipu
Teringat kata-kata mak mertua saya.."harga tak menipu"..maksudnya, barang yang mahal bersesuaian dengan kualitinya yang tinggi. Barang yang murah, bersesuaian dengan kualitinya yang rendah. Pada masa tu, saya dan suami teruja dengan mainan yang dijual di kedai ekonomi di bandar Tanjung Karang dengan harga yang sangat murah. Tanpa berfikir panjang, saya terus membeli mainan tersebut (blocks..macam Lego tu..). Balik rumah, anak saya terus minta dibuka mainan tersebut. Terkejut saya bila melihat kualiti mainan tersebut. Ianya susah nak dileraikan block-block tu bila dah dicantum-cantumkan. Saya pun mulalah membebel.."laa..patutla murah...".

Memang betul, logiknya..barang yang berkualiti memang mahal, sesuai dengan kualitinya. Begitulah sebaliknya. Namun, kadang-kadang statement di atas tak betul. Harga yang tinggi dalam sesuatu produk tu boleh dilihat daripada beberapa sebab...kena study pricing strategy. Hehehe..macam dah belajar marketing lak. Kita perlu bijak berbelanja dalam memilih barang-barang yang tinggi kualitinya dengan harga yang murah atau mampu milik...affordable & reasonable.

Berkualiti, tahan lama
Saya, dari kecil lagi, ayah memang sukakan barang-barang yang berkualiti tinggi. Dalam berbelanja baju raya misalnya, ayah tak pernah lokek untuk berbelanja lebih untuk mendapatkan baju yang berkualiti. Kami adik-beradik hanya akan dapat baju baru setahun sekali..hanya waktu raya. So, berbaloi bila seorang dapat 2 pasang baju baru untuk raya kerana baju tu jugalah yang akan kami pakai selama setahun untuk jalan-jalan. Baju untuk dirumah, kami biasanya pakai yang lama-lama..kadang-kadang kami pakai baju dari orang-orang yang tidak memerlukannya lagi. Begitulah cara hidup kami. Ayah sangat jimat berbelanja. Bukannya takde duit. Tapi, sangat teliti berbelanja dan tak suka berhutang. That's my dad, my hero! Bila dah besar, saya sangat-sangat respect ayah saya kerana dia bukan saja seorang professional accountant di office, bahkan dirumah.

Diskaun menarik
Saya sendiri, memang sukakan barang-barang yang berkualiti. Biasanya, dalam memilih baju anak, design @ corak yang saya suka, mesti mahal harganya. So, apa yang saya buat ialah, saya akan cari baju-baju yang ditawarkan discount yang menarik..contohnya 50%. Walaupun saya tahu, maybe baju-baju tersebut adalah stok-stok lama..tapi saya tak kisah. Yang penting, kualiti kainya elok, tahan lama. Lagipun, budak-budak cepat besar. Pakai kejap, dah tak muat. Tapi, saya biasanya akan beli yang besar. Tahun ni, baju raya untuk anak saya yang umurnya 2 tahun, saya belikan saiz 3-4 tahun...dapat pakai lama sikit.

No comments:

Post a Comment