Saturday 13 August 2011

Doorgift....my own design

decorative paperbag...doorgift untuk birthday muhd

Pagi tadi, sempat siapkan beberapa sample untuk doorgift birthday anak soleh mama ni. Birthday Muhd 17hb August ni..cukup 2 tahun. Teringin nak buat sendiri doorgift Muhd, saya pun start memikirkan bungkusan macamana yang nampak lain dari yang lain. Kat kedai banyak dijual plastik bag gambar cartoon untuk doorgift...cantik2...ada Pooh, Mickey Mouse, Princess, etc. Tapi, bila difikirkan birthday Muhd dalam bulan ramadhan, elok rasanya kalau letak gambar upin ipin yang pakai songkok. Lagipun, Muhd memang suka dengan upin ipin. So, apa lagi, mulalah episod mendesign...suka sangat buat benda2 macam ni. Sanggup stay up untuk siapkan design yang berkenan. Gambar2 boleh diambil dari internet.

Akhirnya, selepas setengah jam berlalu, siaplah design birthday tag/ sticker untuk diletakkan di atas paperbag tu. Dalam paper bag tu ada chocolate bar, lolipop, jelly, biskut..simple je. Muhd nak bagi pada kawan2nya di taska  ^_^  .

No comments:

Post a Comment