Sunday, 11 March 2012

Jelly Kelapa

Resepi ni saya main reka-reka. Ikut apa yang ada dirumah. Saya guna agar-agar biasa je...ala yang peket panjang tu (20 gm). Resepi ni, saya tak tambah air. Nak rasa asli kelapa tu. Tak nak yang macam jual kat kedai tu...hehehe..eksen la pulak. Jom semak resepi. Istimewa untuk kawan-kawan blog Mama! I Love You.

jelly kelapa...emm..segaarrr!!

Bahan-bahan:
6 cawan (1 cawan=250 ml) Air kelapa -biasanya 3 biji kelapa
1/4 Agar-agar (agar-agar yg peket 20gm tu, saya guna 1/4 je)
Gula secukup rasa
Daun pandan

Cara-caranya:
1. Dalam periuk : masakkan agar-agar, air kelapa, gula dan daun pandan sampai hancur agar-agar tu.
2. Pastu, tutup api dan tapis.
3. Tuangkan dalam bekas dan letakkan isi kelapa dalam bekas tu. Sejukkan di dalam suhu bilik dan bolehlah dimasukkan dalam peti ais. Makan masa sejuk2....emmm..sedapnyer.

**Kalau guna serbuk jelly pun sedap. Rasa dia kenyal sikit.

6 comments:

  1. tak pernah buat jelly ni,teringin gak nak buat sendiri.

    ReplyDelete
  2. Sufi, saya pun baru belajar2 buat. Kalau awak nak lembut lagi..kurangkan jelly. Kak ina ajar, 10 biji kelapa guna sepeket agar2.

    ReplyDelete
  3. aaaaa.... xbace abis... letak serbuk agar2 byk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa...ye ker. xper2, cuba lg ek..xpun, masak balik agar2 tu, tambah air lg..

      tq, cuba resepi ni =)

      Delete
  4. saya buat tak jadi jeli la, keras cam agar-agar

    ReplyDelete
  5. Saya nk tanya biasanye jely kelapa ni tahan brapa lama?

    ReplyDelete