Thursday, 1 March 2012

Sistem Pendidikan Islam di Malaysia

Tahun lepas, bulan 12, guru besar kami berpeluang menghadiri satu Persidangan Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan anjuran Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS), Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dengan Kerjasama Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Banyak maklumat yang telah dikongsi bersama kami guru-guru. Alhamdulillah, minda saya makin terbuka akan permasalahan pendidikan Islam dinegara kita. Alhamdulillah yang tidak terhingga kerana saya berada dalam sebuah institusi pendidikan yang benar-benar memperjuangkan pendidikan Islam dalam mendidik anak-anak. Pendidikan yang berpaksikan tauhid, Insya Allah.

Sebenarnya, ramai yang masih tidak menyedari akan pentingnya pendidikan Islam untuk anak-anak mereka. Mereka lebih selesa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah kebangsaan yang melaksanakan falsafah pendidikan sekular. Cuba kita perhatikan akan maksud dari Falsafah Pendidikan Negara dibawah:

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Perkataan kepatuhan kepada Tuhan menggambarkan bahawa patuh kepada tuhan masing2 dan tidak meletakkan Allah sebagai yang utama. Sedangkan Islam adalah agama rasmi kita Malaysia. Ini bermakna Islam bukanlah menjadi keutamaan dalam pendidikan di Malaysia.

YB Dr Halimah juga ada menyebut mengenai memartabatkan pendidikan Islam di Malaysia. Beliau umpamakan pendidikan Islam di Malaysia seperti berlian di gua. Ramai yang tidak menyedari akan nilainya kerana ianya berada digua. Namun, apabila ianya dikilatkan dan diikat menjadi sebentuk cincin, maka ramai yang menyukainya dan menjadi idaman ramai. Begitulah juga dengan pendidikan Islam di negara kita. Kita yang perlu memartabatkannya agar ianya di pandang dan diiktiraf.

Usaha begini bukannya mudah. Perlu banyak bermujahadah. Dalam persidangan tersebut, ramai pengusaha sekolah-sekolah Islam swasta berkumpul dan berbincang mengenai permasalahan ini. Rata-rata, cabaran yang dihadapi mereka adalah sama dan tidak banyak bezanya.

Alhamdulillah, kami guru-guru di Sri Pintar Shah Alam begitu komited dengan tugas kami dan sesungguhnya bukannya mudah untuk menjadi guru biasa yang luar biasa. Kadang-kadang kami diuji dengan permasalahan lewat dibayar gaji, kerja lebih masa dan sebagainya. Namun, Alhamdulillah, kami sering diingatkan akan maksud keberkatan didalam pekerjaan kami. Kami bekerja bukanlah bermatlamatkan gaji semata. Takut seandainya gaji yang menjadi keutamaan, maka niat kerana Allah tidak lagi wujud. Kerja kerana gaji. Kesannya pada anak-anak didik kita nanti. Itulah sebenarnya yang berlaku di kalangan guru-guru kementerian. Mereka dijanjikan dengan pelbagai kenaikan setiap kali belanjawan dibentangkan. Bahkan gaji mereka 2 kali lebih tinggi berbanding guru-guru yang mengajar di sekolah Islam swasta.

Sebenarnya, penting untuk kita pilih guru-guru yang sesuai untuk didik anak-anak kita. Ianya bermula dari mula kita menghantar anak-anak kita ke taska lagi. Takkanlah kita redha anak kita di jaga oleh pengasuh yang tak menutup aurat? Ataupun, pengasuh yang tidak menitikberatkan hal-hal agama? Kita pastinya akan pilih taska yang terbaik untuk mereka. Guru-gurunya menutup aurat dengan sempurna, baik akhlaknya. Sejuk mata memandang kan =). Pernah Utbah Bin Abi Sufyan berkata kepada guru anaknya: Jadikan kebaikan ke atas anakku kebaikan ke atas mu juga.  Kerana mata mereka akan berpusat kemata mu dan bagaimana baiknya pandangan mereka akan menjadi kebaikan yang kamu lihat.  Dan kejelikan yang akan mereka lihat akan kejelikan yang kamu lihat juga”.

Para ibu bapa harus meneliti sekolah manakah yang harus diserahkan anak-anak untuk dididik jiwanya.  Seorang guru yang berilmu dan berjiwa Islam dan bertakwa akan dapat membentuk anak-anak kita ke jalan yang benar dan menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat, InsyaAllah.


Namun, saya tidak nafikan bahawa ada juga dikalangan ibu bapa yang menghadapi dilema mengenai penghantaran anak-anak mereka ke sekolah islam swasta. Mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:
1. Ibubapa tidak berkemampuan menghantar anak-anak mereka ke sekolah begini kerana yuran yang tinggi.
2. Tiada sekolah begini yang berdekatan dengan rumah mereka.

Kami disini sentiasa ditarbiyah untuk menjadi "Guru Jutawan Akhirat". Alhamdulillah, dalam permerhatian saya selama 6 tahun disini, guru-guru Sri Pintar memang rajin solat dhuha dan membaca Al-Quran. Itu yang menjadikannya begitu unik. Tahun ni, kami mula aktif dengan usrah masing-masing, Alhamdulillah. Moga Sri Pintar terus unggul dan melahirkan lebih ramai lagi anak-anak yang soleh & solehah, cemerlang dunia & akhirat...Ameen ya robb.

No comments:

Post a Comment