Friday, 30 March 2012

Kek Coklat Kukus

2 tray kek coklat kukus (40 biji)

menunggu untuk di mandikan dengan chocolate ganache
zoom in..setelah dimandikan dengan choc ganache
Yang ni untuk jualan hari Jumaat di Masjid Bulat Seksyen 14, PJ. Tumpang gerai adikku tersayang. Harga untuk satu cupcake: RM2.50 dan minimum order 20 biji (1 tray). Order banyak, ada diskaun. Juga ada harga special untuk yang jadi follower saya ^_^

Tuesday, 20 March 2012

Hot Sale | Ribbon Brooch

Jualan ribbon brooch dibuka sekarang. Ada banyak jenis design dan warna yang menarik. Untuk order, add saya di facebook...lihat katalog dan pm order.

Thursday, 15 March 2012

My new project | Fancy Ribbon Brooch

Malam ni, saya siapkan ribbon brooch yang dah lama nak buat tapi asyik tergendala je. Hubby dengan anakanda tidur awal malam ni. Hubby tak sihat, demam selsema sejak dari semalam. So, malam ni boleh kusyuk buat ribbon brooch ni. Mula-mula ni, memang terkial-kial juga. Tapi, bila dah 2, 3 kali buat...Alhamdulillah, senang bila tahu teknik yang betul.

Ribbon brooch ni, projek saya untuk jualan pasar malam dan jualan umum. Tumpang jualan pasar malam adinda...hehe. Dia memang rajin berniaga. Dia jual pasar malam 5 kali seminggu di lain-lain tempat. Ada 2 kali dia menjual di masjid untuk hari Jumaat. Dia berniaga perfume.

Untuk first batch ni, saya hanya gunakan design ribbon yang plain colour. Semuanya dengan harga RM2.00 setiap satu. Kalau beli 3, RM5.00 je.

Sesiapa yang nak belajar buat ribbon brooch ni, pm saya kat facebook ye. Barang-barang yang perlu ada, ribbon size 0.9cm, ribbon size 2.5cm, 20mm brooch pin bar, glue gun, benang & jarum, lilin & mancis. Barang-barang nak buat ribbon ni boleh beli online kat tamujajakraf ataupun kat sofeacraft ataupun kat mana-mana je. Jangan cari kat kedai basikal lak...hehehehe..sorry2, gurau je.

ribbon brooch
antara koleksi yang ada...size 2.5cm
lagi ribbon
size 0.9cm

Tuesday, 13 March 2012

Graphic design

design untuk facebook timeline

design untuk blog header

facebook timeline
my business logo
upin ipin birthday doorgift
Adikku tersayang...Wan Nursakinah Wan Adnan
ni buat masa Hari Guru 2010
bookmark ni buat untuk jualan Hari Kantin
gambar dr google...saya tambah wording je

Banyak lagi design2 yang saya buat..especially untuk tempahan doorgift. Nanti saya upload kemudian. Suka buat design2 ni. Hubby banyak membantu. My hubby my sifu..hehehe. Hubby memang pro buat design2 camni. Dia selalu dapat order untuk buat design logo (macam2 design....khat pun ada), design t-shirt, buat website, etc. Kalau berminat, boleh contact saya. Kalau nak yang simple2 je...saya buatkan pun boleh. Kira harga kawan-kawan..hehehe.

Sunday, 11 March 2012

Jelly Kelapa

Resepi ni saya main reka-reka. Ikut apa yang ada dirumah. Saya guna agar-agar biasa je...ala yang peket panjang tu (20 gm). Resepi ni, saya tak tambah air. Nak rasa asli kelapa tu. Tak nak yang macam jual kat kedai tu...hehehe..eksen la pulak. Jom semak resepi. Istimewa untuk kawan-kawan blog Mama! I Love You.

jelly kelapa...emm..segaarrr!!

Bahan-bahan:
6 cawan (1 cawan=250 ml) Air kelapa -biasanya 3 biji kelapa
1/4 Agar-agar (agar-agar yg peket 20gm tu, saya guna 1/4 je)
Gula secukup rasa
Daun pandan

Cara-caranya:
1. Dalam periuk : masakkan agar-agar, air kelapa, gula dan daun pandan sampai hancur agar-agar tu.
2. Pastu, tutup api dan tapis.
3. Tuangkan dalam bekas dan letakkan isi kelapa dalam bekas tu. Sejukkan di dalam suhu bilik dan bolehlah dimasukkan dalam peti ais. Makan masa sejuk2....emmm..sedapnyer.

**Kalau guna serbuk jelly pun sedap. Rasa dia kenyal sikit.

Saturday, 10 March 2012

Sajak Oki Setiana Dewi - Negeri Kelantan Seindah Namamu

Hari ni suka nak share satu sajak dari Oki Setiana Dewi yang dideklamasikan pada malam 9 Mac 2012 di Kelantan Trade Center dalam program Bicara Selebriti.



Sajak - Negeri Kelantan Seindah Namamu

Negeri Kelantan seindah namamu,
Tanah serendah sekebun bunga,
Negeri tadahan wahyu.. Cik Siti Wan Kembang,
Cukup indah namamu.. Seindah negerimu..

Duhai wajahmu yang indah,
Persis Jeddah.. Yang pernah ku lewati,
Taat menjunjung Al-Quran.. Teguh menggalas syariat,
Yang tidak pernah goyah.. Tersentuh hati kudusku,

Lantaran aku disini.. Biar tidak pernah ku duga,
Bertemu dengan seorang ulama'.. Yang dicintai rakyatnya,
Lalu kuntum rindu yang lama tersimpan,
Terubat jua akhirnya.. Biar sekelumit cintaku..

Beruntung rakyatnya.. Menumpang teduh seorang ulama',
Yang lembut tetapi tegas beribadah,
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,
Pasti aku merindui lagi.. Entah kapan bisa di ubati,
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu membaja,
Membangun Islam bersama.. Semoga kita bertemu kembali..


Oki Setiana Dewi,
Kelantan Trade Center, Kota Bharu, Kelantan




Kata-kata dari buku Melukis Pelangi -Oki Setiana Dewi

Aku sampai pada keadaan ku sekarang adalah dengan perjuangan, 
Dan selama nafas ini masih terus berhembus, 
Selama itu pula aku dan semua manusia akan terus berjuang,berjuang dan terus berjuang, 
Kehidupan didunia adalah sebuah perjuangan tanpa henti,
Sejak lahir hingga akhir hayat semua dari kita berjuang,
Tengok saja seorang bayi berjuang untuk mulai membiasakan diri dengan lingkungan asing yang belum ia pernah kenal sebelumnya,
Seorang ibu berjuang untuk mendidik anak-anak menjadi generasi yang tangguh,
Seorang ayah berjuang mati-matian untuk menafkahi keluarganya,
Seorang pelajar berjuang untuk meraih ilmu,
Yang miskin berjuang untuk bisa mendapatkan kehidupan yang layak,
Yang sedang jatuh cinta berjuang untuk menahan rindu,
Yang baru bertudung berjuang untuk tidak tergoda dan membuka tudungnya,
Suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumahtangga,
Yang terkena musibah atau yang ditinggal oleh orang yang dikasihi berjuang dengan sabar dan tabah menjalani kehidupannya,
Yang berselisih berjuang untuk berdamai,
Dan setiap hamba Allah berjuang untuk kembali kepada Allah serta memiliki tugas untuk memperjuangkan agama Allah menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada seluruh makhluk bumi.

Friday, 9 March 2012

Adakah Kau Lupa


Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah
 

Friday, 2 March 2012

Pudding Roti (sedap & mudah)

Jam dah pukul 12.20 malam. Malam ni, saya sibuk mengemas rumah, basuh kain2 yang ada. Hubby cakap nak balik kampung Tanjung Karang awal2 pagi esok. So, kena bereskan kerja2 rumah dulu supaya senang bila balik dari kampung nanti. Tenang hati..taklah kelam kabut dibuatnya nanti.

Sambil2 membasuh kain ni, saya sempat buat pudding roti. Anakanda dengan papanya dah tidur awal lagi. Lega rasa bila dua beranak tu dah tidur..hehe. Jom semak resepi pudding ni. Sangat senang dan simple. Saya memang suka resepi yang senang2.

ni tak tau corak apa..ingat nak buat khat...x jd..hehehe

Bahan-bahan:
1 peket (23 gm) Agar-agar
 4 keping Roti
1 tin Susu Cair
1/2 tin Susu Pekat
4 cawan Air
2 biji Telur
1 penutup Esen vanilla
Sedikit milo
1 senduk kecil Gula (ikut citarasa)

Cara-cara:
1. Bismillahirrahmanirrahim...Ha! Mestilah mulakan dengan nama Allah. Masak agar-agar dengan air 4 cawan tadi sampai agar-agar tu hancur.
2. Blend roti, susu cair, susu pekat, telur, gula, esen vanilla. Blend sampai betul-betul lumat. Roti tu, jangan buang tepinya. Sayang tau. Nanti sapa lak nak makan tepinya tu. Takpe, blend je semua sekali.
3. Masukkan dalam agar-agar. Perlahankan api.
4. Kacau sampai gelegak sikit. Tutup api.
5. Pastu bolehlah diwarnakan pudding kita ikut kreativiti. Kalau nak warna coklat, campur milo sikit. Saya buat 2 warna je...warna asal dengan warna merah.
6. Agak2 pudding kita tu dah sejuk...masukkannya ke dalam peti ais. Emmm...sedap sangat. Cubalah!...Anak2 pasti suka. Bak kata anakanda saya.."Shedapnya mama mashaaak". Hehe...kelakar lak. Dia tu, nasi dengan telur pun cakap sedap gak. Pandai amik hati mamanya. Hehehe...

*Ok, kalau tak faham tanya tau. Tinggalkan komen anda dibawah. Nanti saya jawabkan.

Thursday, 1 March 2012

Sistem Pendidikan Islam di Malaysia

Tahun lepas, bulan 12, guru besar kami berpeluang menghadiri satu Persidangan Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan anjuran Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS), Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dengan Kerjasama Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Banyak maklumat yang telah dikongsi bersama kami guru-guru. Alhamdulillah, minda saya makin terbuka akan permasalahan pendidikan Islam dinegara kita. Alhamdulillah yang tidak terhingga kerana saya berada dalam sebuah institusi pendidikan yang benar-benar memperjuangkan pendidikan Islam dalam mendidik anak-anak. Pendidikan yang berpaksikan tauhid, Insya Allah.

Sebenarnya, ramai yang masih tidak menyedari akan pentingnya pendidikan Islam untuk anak-anak mereka. Mereka lebih selesa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah kebangsaan yang melaksanakan falsafah pendidikan sekular. Cuba kita perhatikan akan maksud dari Falsafah Pendidikan Negara dibawah:

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Perkataan kepatuhan kepada Tuhan menggambarkan bahawa patuh kepada tuhan masing2 dan tidak meletakkan Allah sebagai yang utama. Sedangkan Islam adalah agama rasmi kita Malaysia. Ini bermakna Islam bukanlah menjadi keutamaan dalam pendidikan di Malaysia.

YB Dr Halimah juga ada menyebut mengenai memartabatkan pendidikan Islam di Malaysia. Beliau umpamakan pendidikan Islam di Malaysia seperti berlian di gua. Ramai yang tidak menyedari akan nilainya kerana ianya berada digua. Namun, apabila ianya dikilatkan dan diikat menjadi sebentuk cincin, maka ramai yang menyukainya dan menjadi idaman ramai. Begitulah juga dengan pendidikan Islam di negara kita. Kita yang perlu memartabatkannya agar ianya di pandang dan diiktiraf.

Usaha begini bukannya mudah. Perlu banyak bermujahadah. Dalam persidangan tersebut, ramai pengusaha sekolah-sekolah Islam swasta berkumpul dan berbincang mengenai permasalahan ini. Rata-rata, cabaran yang dihadapi mereka adalah sama dan tidak banyak bezanya.

Alhamdulillah, kami guru-guru di Sri Pintar Shah Alam begitu komited dengan tugas kami dan sesungguhnya bukannya mudah untuk menjadi guru biasa yang luar biasa. Kadang-kadang kami diuji dengan permasalahan lewat dibayar gaji, kerja lebih masa dan sebagainya. Namun, Alhamdulillah, kami sering diingatkan akan maksud keberkatan didalam pekerjaan kami. Kami bekerja bukanlah bermatlamatkan gaji semata. Takut seandainya gaji yang menjadi keutamaan, maka niat kerana Allah tidak lagi wujud. Kerja kerana gaji. Kesannya pada anak-anak didik kita nanti. Itulah sebenarnya yang berlaku di kalangan guru-guru kementerian. Mereka dijanjikan dengan pelbagai kenaikan setiap kali belanjawan dibentangkan. Bahkan gaji mereka 2 kali lebih tinggi berbanding guru-guru yang mengajar di sekolah Islam swasta.

Sebenarnya, penting untuk kita pilih guru-guru yang sesuai untuk didik anak-anak kita. Ianya bermula dari mula kita menghantar anak-anak kita ke taska lagi. Takkanlah kita redha anak kita di jaga oleh pengasuh yang tak menutup aurat? Ataupun, pengasuh yang tidak menitikberatkan hal-hal agama? Kita pastinya akan pilih taska yang terbaik untuk mereka. Guru-gurunya menutup aurat dengan sempurna, baik akhlaknya. Sejuk mata memandang kan =). Pernah Utbah Bin Abi Sufyan berkata kepada guru anaknya: Jadikan kebaikan ke atas anakku kebaikan ke atas mu juga.  Kerana mata mereka akan berpusat kemata mu dan bagaimana baiknya pandangan mereka akan menjadi kebaikan yang kamu lihat.  Dan kejelikan yang akan mereka lihat akan kejelikan yang kamu lihat juga”.

Para ibu bapa harus meneliti sekolah manakah yang harus diserahkan anak-anak untuk dididik jiwanya.  Seorang guru yang berilmu dan berjiwa Islam dan bertakwa akan dapat membentuk anak-anak kita ke jalan yang benar dan menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat, InsyaAllah.


Namun, saya tidak nafikan bahawa ada juga dikalangan ibu bapa yang menghadapi dilema mengenai penghantaran anak-anak mereka ke sekolah islam swasta. Mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:
1. Ibubapa tidak berkemampuan menghantar anak-anak mereka ke sekolah begini kerana yuran yang tinggi.
2. Tiada sekolah begini yang berdekatan dengan rumah mereka.

Kami disini sentiasa ditarbiyah untuk menjadi "Guru Jutawan Akhirat". Alhamdulillah, dalam permerhatian saya selama 6 tahun disini, guru-guru Sri Pintar memang rajin solat dhuha dan membaca Al-Quran. Itu yang menjadikannya begitu unik. Tahun ni, kami mula aktif dengan usrah masing-masing, Alhamdulillah. Moga Sri Pintar terus unggul dan melahirkan lebih ramai lagi anak-anak yang soleh & solehah, cemerlang dunia & akhirat...Ameen ya robb.