Thursday 29 September 2011

Disleksia bukan penyakit


Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.[1]


Baru-baru ni, saya dan kawan-kawan disekolah berbincang mengenai masalah murid-murid yang mengalami disleksia ni. Bagaimana nak handle & manage murid-murid ni?. Banyak outcomes yang kami setujui...Alhamdulillah. So, start tahun ni, kami adakan pre test untuk murid-murid yang mendaftar untuk standard 1. Ini sebagai memilih murid-murid yang memenuhi kriteria kami, yang kurang peratus disleksia yang dialamninya. Kami tidak ada kepakaran didalam menangani murid-murid disleksia.

Ramai sebenarnya yang mengalami disleksia dan berjaya. Bill Gates contohnya, juga seorang yang mengalami disleksia. Tahap disleksia atas seseorang adalah berbeza. Ada yang tidak serius , ada juga yang kritikal. Namun, mereka selalunya mahir dalam skills tertentu. Contohnya, pandai melukis, hebat bersukan, dan lain-lain. 


Ada juga keadaan dimana disleksia yang dialami berkurang ke satu-satu tahap tertentu. Contoh: maybe masa di sekolah rendah, dia mengalami disleksia. Tapi, bila dah masuk menengah, disleksianya tiada. Dia tiada masalah didalam pembelajaran dan berjaya dengan cemerlang.


Murid-murid yang mengalami disleksia memerlukan pembelajaran yang sedikit berbeza daripada biasa. Sebab tu murid-murid ni memerlukan guru-guru yang khas untuk mengajar mereka. Saya sendiri tidak khusus dalam bidang ini. Banyak yang perlu dipelajari. Jom tengok ciri-ciri pengidap disleksia. Ibubapa juga perlu tahu.

Di antara beberapa ciri-ciri penghidap disleksia adalah seperti berikut :
1. Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Kebiasaannya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri pada sesuatu perkataan.
4. Sering mengalami kekeliruan dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu seperti “p” dianggap “q” dan huruf “b” dianggap  “d”.
5. Kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding perempuan.
6. Kekerapan penghidap disleksia selalu terjadi di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan,  kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
7. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak meningkat dewasa.
8. Perhatian dan tumpuan senang terganggu dan gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja sehingga selesai.
9. Cenderung menjadi seseorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.


source: 

No comments:

Post a Comment