Monday, 26 September 2011

Batuk Keranda

gambar dr google
Hari ni..tekak sakit sangat. Batuk lak tak berhenti-henti. Sampai sakit urat perut..tegang rasa. Kata kawan-kawan kat sekolah, saya ni kena "Batuk Keranda". Kahkahkah..macam-macam la diaorang ni. Kalau batuk teruk lagi, nama lain lak.."Batuk Liang Lahad". Hehehe....kelakar.

Batuk camni, memang lambat nak baik. Bila sesekali kena batuk ni...tekak rasa gatal sangat. Bila malam je, mulalah batuk tak berhenti-henti. Susah nak tidur...tak boleh nak lena. Sampai kadang-kadang boleh terkencing dibuatnya. Adui...dah macam orang tua. Waktu dalam kelas, masa mengajar, tak boleh cakap kuat-kuat. Dah biasa cakap kuat dalam kelas...so, bila kena cakap slow2..tak puas rasa.

Tapi, sebenarnya batuk saya ni ada ubatnya. Semalam tak sempat lagi ke klinik. Sebelum ni makan madu dengan Hurix je. Tapi, tak jalan gak. Ubat klinik yang selalu doktor bagi memang serasi sangat dengan saya. Semuanya ubat pil. Ubat batuk cecair tu tak kuat...hehe..kena telan ubat pil jugak. Insya Allah, dengan izin Allah...2 hari je baik..selalunya camtu.

Okey..nak log out dulu. Nak siap2...ikut husband keluar malam ni. Pastu, singgah klinik jap. Doakan saya ye..moga cepat sembuh.

2 comments:

  1. Syafakillah ya ukhti.... semoga cepat sembuh yer dear sis....

    ReplyDelete