Monday 11 July 2011

Logo Wan Home Bakery


Alhamdulillah..selepas sejam bertungkus lumus memikirkan design logo pilihan, akhirnya siap jugak. Sebenarnya, dari semalam duk memikirkan nama apa yang sesuai dengan baking project saya ni. Ingat nak tempah sticker untuk biskut raya. Tempahan dah banyak, tapi nama bakery takde lagi.Takkan takde nama..Maka bermulalah dalam otak ni kuar macam2 nama yang entah apa2..Silverspoon Bakery, Happy Home Baking, Mum's Cottage, Ukhti Bakery..macam-macam lagi...kahkahkah..kelakar lak.

Hubby pulak, sibuk suruh tiru macam cina. "Cuba mama tengok cara orang cina letak nama..biskut cap pingpong..air badak..ubat batuk cap ibu dan anak..walaupun kelakar, tp orang mudah ingat"..Hahahaha..biskut cap pingpong?? Aduii..klasik sangat...apa2 ajelah tok laki ambo nih.

Sejam memerah idea & kreativiti
Setelah semalaman memikirkan nama apa yang best, bermulalah sesi  mendesign logo. Suka sebenarnya buat kerja2 design ni...enjoy sangat sampai leka duk depan laptop. Tengok2 dah sejam berlalu. Design guna paint & MS Word je..adobe illustrator takder dalam laptop ni sebab berat xsesuai dengan laptop ni. Hubby jap jap duk gelakkan saya..katanya "Mama design guna paint je...hehehe"..mengusik orang..ayat perleceh la tu. Hehehe..apapun, yang penting siap!!

Symbol & warna dalam logo
Bila dah siap sketch logo..hubby sempat comment. Katanya dalam logo perlu ada symbol. Orang mudah ingat dengan symbol. So, saya pilih oven mitt tu sebagai symbol dalam logo. Oven mitt tu sangat synonym dengan saya...wajib gunakan ia setiap kali baking.

Warna yang digunakan juga kena terang. Warna yang elok didominasikan dalam logo adalah merah & biru...sebab dua warna ni senang diingat. Contohnya macam logo KFC, Coca Cola, Gardenia, Pizza Hut..etc. Apapun, warna2 lain pun ok..asal jelas & terang. So, saya guna brown colour..sebab tu my favourite colour. Ianya juga melambangkan core product saya..iaitu chocolate cake. Cake kegemaran saya sejak dari kecil. Chocolate ni flavour yang paling glamour..digemari ramai. Sebenarnya, tiada had & batasan untuk berkarya..it's depend on your expression & creativity.

Nangka seulas sama bidara,
Enak rasa si buah manggis,
Orang yang ikhlas azam membara,
Kalah tak kecewa, gagal tak menangis.
...Fedtri Yahya...

4 comments:

  1. Mmg menarik logo tu Kak Wan.. Simple and profesional.. nama "Wan Home Bakery" pun nampak comercial... nanti nama tu jadi commecial ala2 Chef Wan, insyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  2. kahkahkah..tq zul.nak kena byk belajar dgn zul ni..ilmu bisnes pun kena belajar kan..selain ilmu teknikal..hehe baca dr blog zul.xpernah miss.

    ReplyDelete
  3. Wah! Cantik la k Wan... betul cakap Abang tu, nanti k Wan pun famous cam Chef Wan... nama pun dah sama :)

    ReplyDelete
  4. tq..ni sebab nak buat sticker la punyer pasal.kak wan print sendiri je..

    famous cam chef wan??...kahkahkah..sabor je la..

    ReplyDelete