Saturday 15 October 2011

Apam blueberry


Jumaat baru ni sempat buat apam blueberry ni. Ni sebenarnya resepi apam polkadot. Tapi, dek kerana penyakit malas & nak senang, 'dot-dot' takde. So, plain je apam tu...hehe..atas kuning, bawah hijau. Janji rasanya sedap. Hubby pun suka.

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak  
Cara kukus:
Alaskan tudung periuk kukus dengan kain supaya semasa kukus, air tak menitik ke apam...yang ni pandai2 sendiri je. Letak paper cup dalam acuan apam supaya bentuk dia jadi elok. Kalau takde acuan apam, guna je paper cup yang agak keras..(macam yg saya gunakan..tu paper cup utk cupcakes..size m)

No comments:

Post a Comment