Sunday, 31 July 2011

It's Ramadhan

meje guruku..
Salam Ramadhan sahabat-sahabiah semua..terima kasih atas sms-sms ucapan Salam Ramadhan. Tak pandai nak buat ayat2 sedap. Antara banyak-banyak ucapan sms yang diterima, satu ucapan yang menarik perhatian saya adalah:

"This Ramadhan..Facebook will trade for Faithbook..Where we can connect to ALLAH..Tag our hearts..Like doing good deeds..Add dua and prayers..Share wealth through charity..Poke conscience..Untag sins and Confirm our love to ALLAH and his Prophet (saw)"

____________________________________________________________________
Sama-samalah kita perbaiki amalan kita dengan mendisiplinkannya di bulan ramadhan. Dengan harapan, ianya berkekalan dibulan-bulan yang lain selepas sebulan latihan di bulan penuh keberkatan ini. Laksanakan segala azam yang telah kita tulis didalam diary untuk ramadhan kali ini. Insya Allah, kita pasti berjaya merealisasikannya. Moga ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan-ramadhan sebelumnya..Ameen Ya Robb!!

Homemade Kerepek Pisang Tanduk

kerepek pisang tanduk..siap digoreng
dah dibuang kulitnya..
proses menggoreng..
Ahad, 31 July 2011, saya sempat balik kampung suami...kumpul ramai2..makan2 sempena menyambut ramadhan. Singgah di rumah nenek, teruja tengok Mak Ta memproses kerepek pisang untuk jualan raya. Setiap tahun, kerepek pisangnya mendapat sambutan hangat. Rasa lemak masin kerepek hasil tangannya menjadikan ianya digemari ramai terutamanya kepada pelanggan2 setianya. Tanpa mesin yang besar, hanya dengan menggunakan penyagat kesayangannya, hasilnya tetap setanding kerepek2 yang dijual dari kilang...malah lebih halus dan teliti pembikinannya.

Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya segera.
1/2 kilo = RM10.00

Saturday, 30 July 2011

Dessert::Pudding Custard Fruit Cocktail

...sesuai dijadikan doorgift::wedding, birthday, aqiqah, etc..
layer bawah: custard sweet corn...layer atas: fruit cocktail & crystal jelly


Friday, 29 July 2011

Thanks Ifah

Moist Chocolate Cake..1/2 kg
Order dari Ifah..a birthday cake to her beloved abah..daripada Ifah adik-beradik..tq so much...

Tuesday, 26 July 2011

Thanks Sekolah Sri Pintar

Ana Muslim Cupcakes
Sekolah Sri Pintar order 50 cupcakes untuk jualan Canteen Day mereka..<hehe..skolah kita la tuh.."Sri Pintar Dihatiku">
The girls would like to have the "Ana Muslim". Boys??..don't worry..there are also "cars" theme for them...so excited..('',)

Feedback dari Sri Pintar:
Budak-budak suka sangat dengan cupcakes tu..cepat je habis jual..ramai yang repeat beli.

<Alhamdulillah, budak2 memang suka dengan edible image ni. Tahun depan order lg ek..hehe>

Saturday, 23 July 2011

Thanks Kak Ina

Upin Ipin Birthday Cake..2kg
Order dari Kak Ina untuk birthday anak saudaranya yg ke 2...moist chocolate cake..2kg. Thanks Kak Ina.

Feedback dari Kak Ina:
Ammar suka sangat-sangat....puas kepung dia....dia nak tepuk juga kek nie and tekan tekan....peminat fanatik upin & ipin.

<hehe..samalah dgn anak saya..fanatik upin ipin>

Wednesday, 20 July 2011

Thanks Kak Hajar

Moist Chocolate Cake
Thanks Kak Hajar. Cake ni katanya untuk makan2 anak beranak kat rumah...celebrate birthday suaminya.
Kereta atas cake tu, ingat nak cari Honda Elysion (kereta Kak Hajar)..hehe..xder jual. Last2 beli yang tu je..

Feedback dari Kak Hajar:
"wan....thanx alot....sukaaaaa sangatttt.....nanti bleh order lagi..." <Alhamdulillah, terima kasih banyak2..>

Sunday, 17 July 2011

Promosi Fancy Cookies

Fancy Cookies

Sesuai sebagai doorgift untuk sebarang majlis; perkahwinan, birthday, aqiqah, kesyukuran, dan lain-lain..
  • dengan 2 flavour kegemaran ramai;
    • Almond Cookies
    • Nestum Cookies
  • terdapat berbagai bentuk pilihan seperti bentuk love, star, flower, etc.
  • dengan ribbon pelbagai warna, size dan corak.
  • simple deco, setiap satu berharga cuma RM1.50 dengan minimum order 50 unit.
  • deco yang menggunakan sugar icing berharga RM2.50 setiap satu dengan minimum order 50 unit.
  • deco dengan edible image berharga RM2.80 setiap satu dengan minimum order 50 unit.
  • tempahan hendaklah dibuat seminggu awal...tq ('',)

Thursday, 14 July 2011

Thanks Ziela..Anniversary Cake

Anniversary Cake..2kg


Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting

Wednesday, 13 July 2011

Harga promosi pembukaan...2011

Setiap kali ada tempahan, kelam kabut mengira harga yang sesuai untuk cake yang ditempah. Kali ni, duk berkira-kira harga yang sesuai untuk Red Velvet Cake. Apa lagi, mula la duk buat costing dengan mengambil kira bahan-bahan, design, etc. Kali ni cake yang ditempah katanya nak dibawa ke studio..untuk sesi photography..amik gambar anniversary dia. Semalaman sketch design yang sesuai, terkial-kial dibuatnya. Akhirnya jumpalah design yang sesuai untuk anniversary...simple, sweet and hot gitu..Bila dah jumpa design yang sesuai, baru boleh letakkan harga yang sesuai...affordable & reasonable.

Baiklah kawan-kawan,
Berikut adalah senarai harga kek daripada Wan Home Bakery :

CAKES
  • Moist Chocolate Cake (9" pan / 1 kilo lebih)
    • Tanpa topping : RM48.00
    • Topping; choc ganache, simple deco : RM60.00
    • Topping; choc ganache, strawberries : RM70.00 
    • edible image : tambah RM 10.00
  • Red Velvet Cake (9" pan / 1 kilo lebih)
    • Topping; cream cheese, simple deco : RM60.00
    • Topping; cream cheese, strawberries : RM70.00
    • Topping; walnut / pecan cream cheese, strawberries : RM75.00
  • Carrot Cake (9" pan / 1 kilo lebih)
    • Topping; cream cheese, simple deco : RM70.00
  • Caramel cake (9" pan) : RM30.00
  • Buttercake (9" pan)
    • Tanpa topping : RM40.00
    • Topping; buttercream : RM50.00
    •  edible image : tambah RM 10.00
  • Wan's Custard Fruit Cake (9" pan / 2 kilo)
    • Originally our own recipe.
    • Topping; custard & fresh fruits (kiwi, strawberries, peaches, grapes).
    • Layered with custard and fruit cocktail.
    • For only RM70.00

    CUPCAKES
    * akan di up date kemudian..tq. Salam Ukhuwah fillah...('',)


    TEMPAHAN
    Kek kami, 100% halal dan suci tanpa was-was. Telur-telur yang digunakan juga turut dibasuh. Bahan-bahan seperti whipping cream, heavy cream, cream well, cream cheese, fondant, gum paste, edible image sheet, etc semuanya halal. So, jangan risau..sudi sudikan lah menikmati kek kami.


    Untuk tempahan, sila hubungi saya call @ sms  017 629 5817. Email pun boleh..emailkan ke ukhtiani@yahoo.com. Kalau saya tak angkat, sms ye. Waktu sekolah dari pukul 8.00 pagi ke 3.30 petang adalah waktu mengajar saya..hehe..cikgu sekolah rendah. So, jangan call waktu tu ye. Tak berkat nanti curi masa mengajar...hehe. Lepas waktu tu, bolehlah call..takpun sms. Tempahan boleh dibuat seminggu awal. TQ so much!!

    Monday, 11 July 2011

    Logo Wan Home Bakery


    Alhamdulillah..selepas sejam bertungkus lumus memikirkan design logo pilihan, akhirnya siap jugak. Sebenarnya, dari semalam duk memikirkan nama apa yang sesuai dengan baking project saya ni. Ingat nak tempah sticker untuk biskut raya. Tempahan dah banyak, tapi nama bakery takde lagi.Takkan takde nama..Maka bermulalah dalam otak ni kuar macam2 nama yang entah apa2..Silverspoon Bakery, Happy Home Baking, Mum's Cottage, Ukhti Bakery..macam-macam lagi...kahkahkah..kelakar lak.

    Hubby pulak, sibuk suruh tiru macam cina. "Cuba mama tengok cara orang cina letak nama..biskut cap pingpong..air badak..ubat batuk cap ibu dan anak..walaupun kelakar, tp orang mudah ingat"..Hahahaha..biskut cap pingpong?? Aduii..klasik sangat...apa2 ajelah tok laki ambo nih.

    Sejam memerah idea & kreativiti
    Setelah semalaman memikirkan nama apa yang best, bermulalah sesi  mendesign logo. Suka sebenarnya buat kerja2 design ni...enjoy sangat sampai leka duk depan laptop. Tengok2 dah sejam berlalu. Design guna paint & MS Word je..adobe illustrator takder dalam laptop ni sebab berat xsesuai dengan laptop ni. Hubby jap jap duk gelakkan saya..katanya "Mama design guna paint je...hehehe"..mengusik orang..ayat perleceh la tu. Hehehe..apapun, yang penting siap!!

    Symbol & warna dalam logo
    Bila dah siap sketch logo..hubby sempat comment. Katanya dalam logo perlu ada symbol. Orang mudah ingat dengan symbol. So, saya pilih oven mitt tu sebagai symbol dalam logo. Oven mitt tu sangat synonym dengan saya...wajib gunakan ia setiap kali baking.

    Warna yang digunakan juga kena terang. Warna yang elok didominasikan dalam logo adalah merah & biru...sebab dua warna ni senang diingat. Contohnya macam logo KFC, Coca Cola, Gardenia, Pizza Hut..etc. Apapun, warna2 lain pun ok..asal jelas & terang. So, saya guna brown colour..sebab tu my favourite colour. Ianya juga melambangkan core product saya..iaitu chocolate cake. Cake kegemaran saya sejak dari kecil. Chocolate ni flavour yang paling glamour..digemari ramai. Sebenarnya, tiada had & batasan untuk berkarya..it's depend on your expression & creativity.

    Nangka seulas sama bidara,
    Enak rasa si buah manggis,
    Orang yang ikhlas azam membara,
    Kalah tak kecewa, gagal tak menangis.
    ...Fedtri Yahya...

    Wednesday, 6 July 2011

    Kaedah Bain Marie/ Steam bake



    Dalam sibuk mencari pelbagai resepi untuk dicuba, pelbagai istilah ditemui. Terlalu banyak untuk dipelajari. Seronok sebenarnya bila dapat tahu satu-satu ilmu baru. Hati berbunga-bunga..hehe. Saya kongsikan ilmu ni untuk kawan-kawan semua. Moga ada manfaat dan kebaikan bersama (‘’,).

    Apa itu Bain Marie
    Bain marie adalah satu cara yang digunakan untuk membakar kek dengan teknik steam bake.
    Teknik memasak ini biasanya digunakan untuk kek-kek yang lembut seperti custard atau sos yang bahannya menggunakan banyak kuning telur atau cheese cake yang mengandungi putih telur secara meringue.
    Tujuannya membuat kek tetap dalam suhu rendah selama memasak dan menghindari masakan cepat masak dan menghindari saus /cake menjadi kecokelatan warnanya. Kek juga tidak akan kering dan merekah.

    Cara memasak
    1. Adunan kek dimasukkan dalam loyang atau Springform, tetapi loyang itu perlu dilapis dengan foil dahulu dan melebihi dari loyang asal supaya senang ditanggal nanti atau dikuatiri termasuk air.
    2. Loyang tadi diletakkan dalam loyang yang lebih besar dan isikan air setinggi 1 inci.
    3. Masukkan loyang kedalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160'C atau seperti arahan pada resepi kek.
    4. Bakar/masak mengikut arahan resepi. Sewaktu membakar, 30 minit masa pertama, janganlah duk buka oven tu. Biarkan kek kita tu naik elok-elok, cantik. Kalau duk buka je oven tu, kek kita terbantut nanti. Lagi pun, cheese cake biasanya masak dalam masa 1 jam hingga 1 jam 15 minit.
    5. Bila telah siap masak biarkan kek dalam oven dan renggangkan pintu oven untuk beberapa jam.